Pengambilan Pelajar Baru Diploma Tahfiz Darul Quran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pengambilan Pelajar Baru Diploma Tahfiz Darul Quran. Berita baik untuk bakal-bakal calon keputusan SPM 2013 yang akan diumumkan beberapa hari lagi. Darul Quran sebuah badan pengajian Al-Quran di bawah kelolaan JAKIM akan membuka pengambilan Pelajar Baru Tahfiz Al-Quran bagi sesi 2014/2015 ini. Pengambilan pelajar baru ini adalah untuk Program Diploma Tahfiz Al-Quran. Semua calon-calon yang berminat untuk mengikuti pengajian ini dipelawa untuk memohon program ini. Ini kerana Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran ini diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

Sistem Pengajian Diploma Tahfiz Darul Quran
Pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran akan dijalankan mengikut semesta selama 6 Semesta iaitu selama 3 tahun. Pelajar yang mengikuti pengajiaan ini akan akan dibimbing oleh pensyarah yang profesional dan berpengalaman dalam bidang tahfiz. Terdapat juga bidang pengkhususan yang ditawarkan antaranya Qiraat, Syariah, Dakwah, Hadis, Muamalat dan Pengurusan Industri Halal.

Syarat-Syarat Permohonan Diploma Tahfiz Darul Quran
Antara syarat-syarat untuk memohon Diploma Tahfiz Darul Quran adalah seperti berikut:-
  1. Berumur tidak melebihi 21 tahun dan BELUM BERKAHWIN.
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran berikut :
  • Bahasa Melayu
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islam
  • Bahasa Arab
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • atau; Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengan SPM.
Bagi calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak memohon.

Ujian dan Temuduga Diploma Tahfiz Darul Quran
Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk temuduga dan menduduki ujian bertulis. Sila semak senarai nama dalam talian dan bawa borang permohonan yang telah dicetak semasa proses temuduga.

Cara Memohon Diploma Tahfiz Darul Quran

Klik Di Sini Untuk Permohonan <<-- (klik disini)

Permohonan Online Diploma Tahfiz Darul Quran
Cara-Cara Pendaftaran Permohonan Diploma Tahfiz Darul Quran
Untuk tujuan pendaftaran ini, sila pastikan:-
  1. Anda mempunyai e-mail yang sah.  Jika tak ada email lagi, boleh buat email disini-->> Google Email
  2. Sila masukkan No. Kad Pengenalan anda yang sah. (Ini kerana No. Kad Pengenalan anda akan menjadi ID pengguna anda)
  3. Sila masukkan butiran nama dan alamat yang betul.
  4. Katalaluan bagi kegunaan anda masuk ke dalam sistem akan dihantar melalui e-mail anda
Berikut adalah Jadual Pergerakan Proses Pengambilan Pelajar Diploma.


Jadual Proses Diploma Tahfiz Darul Quran
Boleh rujuk disini.

Yuran Pengajian dan Biasiswa Bagi Diploama Tahfiz Darul Quran.
Alhamdulillah. Yuran pengajian tidak dikenakan. Biasiswa akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan.

Tarikh Tutup Permohonan  Diploma Tahfiz Darul Quran 
Tarikh tutup permohonan 7 hari selepas keputusan SPM 2013 diumumkan. Jadi kepada calon-calon yang berminat boleh tengok maklumat tersebut sekarang dan selepas sahaja keputusan SPM 2013 keluar anda dinasihatkan isi borang online tersebut dengan segera. Banyak kelebihan menjadi Hafiz Al-Quran. Bagi mendapatkan makluman lanjut, anda boleh menghubungi talian berikut :
03-60635333, 03-60635349, 03-60635323
Faksimili : 03-60645497

Lokasi Darul Quran Jabatan Kemajuan Agama Islam(JAKIM) ini terletak di Jalan Hamzah, Ampang Pecah 44000 Kuala Kubu Bharu,Selangor Darul Ehsan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut. Anda boleh lawati laman web Darul Quran disini.

Perhatian: Kepada calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 05 Mei 2014 adalah dianggap tidak berjaya. Isi borang maklumat tersebut dengan sebaiknya. Semoga berjaya.

28 Comments

  1. SANGAT BAGUS NIE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada yang berminat, boleh daftar nanti. Insyallah untung dunia akhirat.

      Delete
  2. wah bagus ni, thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Berkongsi maklumat untuk adik-adik yang berminat nak belajar tahfiz Al-Quran.

      Delete
  3. Lebih ramai para Hufaz, lebih bagus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bersama memelihara agama dan Al-Quran

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian....:-)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Sama-sama MKL. Semoga ianya bermanfaat untuk adik-adik yang nak belajar jadi hafiz Al-Quran. Baik-baik isi borang yea. jangan sampai tersilap.

      Delete
  6. selamat memohon pada anak-anak lepasan SPM, peluang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Nanti isi baik-baik borang permohonan diploma Tahfiz quran di Darul Quran yea.

      Delete
  7. Kakak dengar juga iklan ini di radio IKIM semalam petang dlm kereta waktu perjalanan balik kerja..

    ReplyDelete
  8. Bgus sgt...teringin jugk nk hntar anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu akak. Jika ada yang ambil SPM 2013 boleh isi borang permohonan online dalam info yang saya bagi di atas.

      Delete
  9. Bagus semua dpt BIASISWA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. betul tu. dapat semua BIASISWA.

      Delete
  10. Anonymous20.3.14

    wah bagusnya pada yang berminat, tq share info yer

    ReplyDelete
  11. Anak Saya telah pergi temuduga tapi x berjaya..boleh buat rayuan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba buat rayuan jika ada peluang. Mana tahu ada pelajar yang tarik diri kerana dapat belajar tempat lain. Semoga dimudahkan urusan kak long dan anak untuk belajar.

      Delete
  12. Anonymous11.7.14

    assalamualaikum..ana nak tye..utk pengambilan tahun 2015 pulak macam mane ye..ana dengar utk masuk ke dq kene isi borang sebelum trial spm..mihon pencerahan..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini kena tanya pihak darul quran. Saya hanya berkongsi maklumat pengambilan baru-baru ini sahaja. terima kasih.

      Delete
  13. Anonymous9.8.14

    Kalau lepasan matrik. Boleh ke nk memohon msk darulquran gune result spm dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba tanya dan memohon dengan pihak Darul Quran melalui no telefon mereka yang disedikan di atas.

      Delete
  14. kenapa x bleh bkak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tak boleh kena tengaok di alam web mereka balik di sini Nor
      http://www.darulquran.gov.my/

      Delete
  15. assallammualaikun,
    saye nak tanye ade kah sekiranya gelombang ke2 dari pade diploma tahfiz darul quran jakim ne??
    terima kasih

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.