Hari Kanak-kanak Sedunia -Hebatnya

2013-11-20

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Siapa yang perasan hari ini muka depan google malaysia ada gambar kartun kanak-kanak?. Sebenarnya hari ini, 20 November setiap tahun adalah hari kanak-kanak sedunia yang telah diwartakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan UNESCO.

Hari kanak-kanak seluruh dunia diwujudkan adalah sebagai suatu hari untuk persaudaraan seluruh dunia kepada kanak-kanak dan saling memahami antara mereka. Yang mana dicadangkan pada hari tersebut diadakan program yang tertumpu kepada mempertingkatkan idea dan objektif untuk Piagam dan Kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia.

Hari Kanak-kanak
Hari Kanak-kanak..masa kecil dulu tak ingat pula ada ke tak?
Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia. Pada awalnya, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Tugas ini kemudiannya diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sejak tahun 1995.

Hari kanak-kanak seluruh dunia ini disambut berbeza-beza di setiap negara. Contohnya di negara-negara Islam termasuklah Afghanistan, Algeria, Amiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Bahrain, Bangladesh, Brunei, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Maghribi, Malaysia, Maldives, Mali, Mauritania, Mesir, Oman, Pakistan, Palestin, Qatar, Republik Sudan, Sudan Selatan, Syria, Tunisia dan Yaman, di sambut pada setiap 4 Julai.

Sementara di Jepun ianya di sabut pada 5 Mei setiap tahun, Perayaan hari kanak-kanak di Jepun dikenali sebagai "Kodomo no hi". Pada hari ini juga mereka akan menonjolkan pedang dan perisai samurai, serta anak patung pahlawan. Dua lambang yang penting pada Hari Kanak-Kanak di Jepun ialah ikan kap dan pokok bunga iris.[ sumber:wikipedia ]

Dengan adanya hari kanak-kanak ini,dapatlah kiranya diberikan perhatian kepada pembangunan dan sahsiah jati diri kanak-kanak. Sebenarnya nilai-nilai pengajaran ini hendaklah diberikan setiap hari kepada kanak-kanak agar mereka mampu menjadi manusia yang berguna kepada agama,bangsa dan negara apabila mereka dewasa kelak. Ini kerana,kanak-kanak inilah yang akan mencorakkan keadaan negara kita 30-40 tahun akan datang. Tanpa didikan yang sempurna daripada ibu bapa dan masyarakat,kehidupan meraka akan rosak, ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak mereka.
Bagi mempertingkatkan pengatahuan ibu bapa sebagai pembimbing kepada anak-anak, satu Konvensyen MEGA IBU BAPA PENYAYANG 2013 akan diadakan.
Konvensyen yang dikenali juga dengan " From Smart To Wise Parenting Convention " akan mengumpulkan pakar-pakar dari pelbagai bidang untuk berkongsi idea-idea, tips-tips dan pengalaman bagi membantu para ibubapa untuk mengukuhkan dan mambina kembali institusi kekeluargaan.

Konvensyen ini akan memaparkan ikon-ikon negara yang diiktiraf masyarakat antarabangsa seperti Prof. Dr. Rozieta, Prof. Dr. Muhaya, Dr. Irfan Khairi dan Jurulatih Kehidupan, Sharmini Hensen. Perkongsian ilmu ini janganlah dilepaskan,kerana ianya datang bukan dengan mudah. Bagi mengetahuinya boleh rujuk maklumat Konvensyen MEGA IBU BAPA PENYAYANG 2013.
Share

7 comments:

  1. betapa istimewanya kan.... bg akak hari2 hari kanak2 bt aiyan

    ReplyDelete
  2. dulu2 masa mengajar di selangor, ada sambutan hari kanak-kanak di sekolah. mereka turut dijamu dengan aiskrim, dengan roti. sejak 4,5 tahun kebelakangan ni tak de lagi:-))

    ReplyDelete
  3. alamak, x perasan pulak... hmm... baru tahu, tq

    ReplyDelete
  4. Tak ingat la pulak 20th Nov tu hari kanak2 sedunia... tapi masa zaman persekolahan dulu, memang ada celebrate hari kanak2 nie... pihak sekolah bagi gift...

    ReplyDelete
  5. bestnya kalau jadi budak2 balik..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan