Keris Peninggalan yang Perlu Dipelihara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Malam tadi bila buka Tv3 ada Majalah 3 menceritakan tantang Keris. Keris Peninggalan yang Perlu dipelihara. Dari dulu sampai sekarang saya memang suka tengok Majalah 3. Sebabnya Majalah 3 banyak berkongsi cerita tentang perkara-perkara yang saya tak tahu lagi..

Cerita dan drama-drama saya tak layan sangat. Rasa tak menarik. Tapi jika cerita macam lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramli yang lawak-lawak saya tengok. Entah la rasa tak jemu tengok cerita lakonan beliau. Tapi bila tengok sesetengah drama Tv hari ni tengok sekajap pun dah rasa boring.Maaf saya kurang berseni. Tapi jika cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramli ok aje. Semua drama-drama yang kat TV tu best-best, saya aje yang tak pandai nak menilainya kot.huhuhu.. Tak apa la.

Keris Taming Sari
Yang dikatakan Keris Taming Sari..hebatkan??
Berbalik kepada cerita Keris peninggalan yang perlu dipelihara yang saya sempat tengok tadi, pakcik dalam Majalah 3 bagitahu dia menerima sebilah keris dari "seseorang" macam misteri pulakan. Hampir 20tahun beliau menyimpan keris tersebut di kediamannya. Akhirnya beliau ingin menyerahkan keris tersebut kepada Pihak Muzium Negara untuk dipamerkan dan dijaga dengan baik oleh pihak Muzium Negara.

Alhamdulillah pihak Muzium Negara  melalui wakilnya telah datang ke rumah beliau untuk mengambil keris tersebut dan dihantar ke Muzium Negera. Sekarang ini keris tersebut berada didalam jagaan pihak Muzium Negara. Menurut beliau sesebuah keris itu mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Keris merupakan lambang kehebatan Masyarakat Melayu pada satu ketika dahulu. Sekarang keris sudah tidak digunakan lagi,dan ianya hanya menjadi bahan sejarah yang tersendiri.

Keris ini juga harus dijaga dan di simpan dengan baik sekiranya seseorang itu mempunyai koleksi simpan keris di rumah. Ini kerana keris merupakan senjata yang agak tajam dan merbahaya jika terkena pada anggota badan seseorang. Namun ianya bukan seperti bahaya jika kita bercakap dengan telefon semasa telefon dicas.

Banyak sebenarnya nilai-nilai dan kehebatan orang Melayu pada suatu masa duhulu. Dan sekarang ini,nilai-nilai sejarah tersebut semakin lupus ditelan arus kemodenan yang dilupakan oleh generasi muda mudi sekarang.
Maksud keris
Bentuk keris mempunyai maksud tersendiri..Siapa ada??

Dengan adanya pihak Muzium Negara merupakan sinar kebaikan dan pengekalan benda-benda bersejarah ini daripada hilang begitu sahaja di telan arus kemodenan. Bersama-samalah kita menjaga sejarah bangsa kita. Keris merupakan warisan bangsa yang perlu dipelihara daripada hilang begitu sahaja. Seperti juga dengan menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang. Kedua-duanya sama penting untuk dipelihara dan dijaga bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Macam yang di buat oleh pasarmini speedmart. Ada siapa-siapa simpan keris tak di rumah?


21 Comments

  1. Betul tu, keris adalah warisan negara... Kalau kita tidak menjaga dan menghargainya... tidak mustahil, keris akan hilang untuk selama-lamanya macam pupusnya dinosaur didunia.

    ReplyDelete
  2. Macam tu ke keris taming sari? Baru kali pertama tgk ....

    ReplyDelete
  3. Anonymous1.10.13

    aku pun suka jugak tonton Majalah 3 sebab dkt Malaysia kurang lagi ada dokumentari pasal negara kita..asyik2 tengok history channel dgn dicovery je..nak juga tengok pasal dalam negara kita

    ReplyDelete
  4. Cerita P Ramlee kakak kadang melayan juga tau... tengok masa bila free.
    Soal keris dulu jiran kakak (dah meninggal sekarnag ni) dia ada banyak keris. Siap ada tu dia mandikan, kami anak-anak masa tu tengok hairan. Ada limau, asap bagai. Keris dia juga boleh bergerak di dalam sarungnya. Kami dulu kata Pak Pon (nama dia) panglima sebab ada keris hihi....

    ReplyDelete
  5. ooo mcm tu rupanya...pertama kali tgok..mlm tadi majalah tiga ye..tak tgok..

    lyn ustaz don..

    ReplyDelete
  6. wahhh
    dah 20 tahun baru nak serah
    misteri betul nie !

    ReplyDelete
  7. tak berani simpan keris di rumah bila ada 2 Abdul..takut kita lena, depa bersilat ber2 pulak, naya...

    kak cukup "ngeri" bila lihat keris di muzium. membayangkan macamnalah bisa kesakitan yang dialami bila lihat lekuk-lekuk di keris itu

    ReplyDelete
  8. keris xada parang panjang zaman jepun ada...hiihihi..

    ReplyDelete
  9. keris memang warisan sejarah melayu...dedulu kecik2 orang tua kater saper ader keris dia kuat dan ader ilmu silat..unik betul keris tamning sari tu yek...

    ReplyDelete
  10. dikatakan keris pusaka ada penunggu. arwah atok akk ada keris, bila dia meninggal xde sorang punanak yg nak jaga.jadi ia hilang dalam simpanan. wallahuaklam

    ReplyDelete
  11. Keris kat rumah tak der simpan ler..tapi pedang ada..hehehehehe.

    ReplyDelete
  12. misteri juga keris tu diberi oleh seseorang. huhu
    keris xda barang lama ada le

    ReplyDelete
  13. harta nenek moyang kita perlu dijaga semoga generasi kita mengetahui apa yang dilalui orang sebelum ini

    ReplyDelete
  14. kak zu datang bertandang kesini..sory lah lama rasanya kak zu tak datang..

    ReplyDelete
  15. misterinyeee...Blogwalking..jom kita bertukar2 link…and follow each other
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. pergh.. itu ke keris tamin sari? cantiknya design n corak2 dia..

    ReplyDelete
  17. lagi lama lagi misterinya.

    ReplyDelete
  18. cantik keris nyer... patut la jd rebutan...keris d rumah? mmm parang ada la hehehehe

    ReplyDelete
  19. dulu arwah abg ipar aku aku ade simpan satu keris..tapi sekarang tatau kat mana..mungkin hilang ketika dia pindah rumah kot..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  20. kalau tidak dipelihara habislah warisan kita

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.