Isteri Mat Yo mohon maaf

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berikutan kekecohan pergaduhan antara Isteri Pemain bola sepak negara Mat Yo beberapa hari yang lepas, hari ini di dalam berita harian ada cerita tantang Isteri Mat Yo mohon maaf kepada mereka-mereka yang terlibat. Antara kandungan beritanya 

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.


mat yo
Mat Yo

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 


Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

------

Jika nak baca lebih terperinci boleh rujuk berita nya di berita harian online. Harap-harap dengan keluarnya berita ini dapat meredakan salah faham masyarakat tentang kisah yang sebenarnya. Sebab kita sendiri tidak mengetahui kisah di sebalik kejadian yang sebenarnya. Kerana di dalam Al-Quran sendiri Allah S.W.T ada berfirman: 

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Juzuk : 26 Surah : AL-HUJURAAT No. Surah : 49 Ayat : 6

Saya sendiri tidak berbelah kepada mana-mana pihak. Cuma sebelum apa-apa baik kita menilai dahulu. Sebab di akhir zaman ini macam-macam perkara boleh berlaku. Jika berita tersebut betul dan kita join sekali,di dalam Islam kita di kira mengumpat dan sebaliknya jika berita tersebut tidak betul dan kita join sekali menceritakannya di dalam Islam kita di kira menfitnah

Berkahwin dengan hanya mengumpul 20sen

Jadi dua-dua tak boleh buat. Begitu tingginya Islam di dalam menjaga maruah dan harga diri seseorang Islam. Jadi pada hari Jumaat yang berkat ini. Bersamalah kita bermuhasabah diri kita untuk menjadi lebih baik di sisi Allah S.W.T. Perbanyakkan Istighfar pada Allah S.W.T dan berselawat keatas Nabi S.A.W. Wallahualam.


25 Comments

  1. tu la pasal... Nampak sangat diri tu belagak dan tak hormatkan orang tua... Anak sapa la tu ye... Orang yang sebarkan video nie mesti orang yang rapat dengan dia...

    ReplyDelete
  2. owh...camtu pulak...ingat kan dia sendiri yg upload video tu....
    ermmm...apa2 pun kita ni hidup sekejap saja, tak susah nak buat baik kat semua org.

    ReplyDelete
  3. semoga dia jadikan pengajaran, jaga tingkah laku jgn berckp ikut suke ja... skrg nih diri sndiri yg malu... 1 malaysia mencemuh dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada kebaikan selepas ini. Dapat jadikan pengajaran kepada kita semua.

      Delete
  4. anggap aje ujian dr Allah.kembali kepangkal jalan..tutup aurat baru cantik luar dlm untuk jadi hamba yg taat.

    berdosa dgn manusia minta maaf berdosa dgn Allah bertaubat nasuha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..Kena minta maaf dan bertaubat jika bersalah.

      Delete
  5. Malang bila nasi sudah menjadi bubur. Sebaiknya apa pun luahan perkataan kenalah berhemah tak kira yg tua mahupun yg muda kerana izrael dtg tidak melihat usia. Peluang bertaubat ada. Kita yg tak terlibat jadikan sebagai renungan dari isu ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sama-sama ambik iktibar jangan ada lagi kes-kes macam ini.

      Delete
  6. akak malas nak ambil kisah bab ni...malu laa pulak kaum kita sendiri tuuu...adusss...mg berjaya selesaikan segera...kesian...suami yg dapat nama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap cepat selesai. Moga ada kebaikan selepas ini.

      Delete
  7. walau apa pun, cara dia bercakap mencerminkan dirinya, mencerca orang tua..
    saya pun geram juga kat guard2 ni kalau nak masuk mana2 tempat, especially hospital..tapi bila faham itu tugas dia dan kita minta izin elok2 insha Allah diorang ok..
    btw moga dapat selesai cara baik kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua-dua pihak kena berlembut. Insyallah akan ok semuanya.

      Delete
  8. Tak kisah siapa yang salah atau betul. Tapi cara bercakap tu agaknya yang buat orang marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Mungkin ini lah sebabnya. Kena ambil pengajaran daripada kes ini.

      Delete
  9. hemm.. teman pun xnk cakap apa.. tapi melalui video tu, teman x dapat lari dari emmberi pendapat bahawa popuan tu x patut lea cakap camtu pada guard tu kan.. guard tu org tua.. sepatutnya dia hormat dan x keluarkan perkataan BODOH seumpamanya.. adui.. teman mintak maaf.. terkeluar gak rasa marah ni.. hu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena beradap dengan sesiapa sahaja kan. Kena jaga akhlak kita.

      Delete
  10. Anonymous27.9.13

    semoga terlerai kekusutan yang berlaku..dan semoga dpt berbaik2 semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Begitulah hendaknya. bawa-bawa berbaik.

      Delete
  11. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik....
    cuma masih tidak suka dengan cara dia bercakap dengan orang tua tu.....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Harap-harap selesai dengan baik dan selamat.

      Delete
  12. la bukan dier ker yang upload gambar tu.....memacam hal la..

    ReplyDelete
  13. xhabis2 lagi kan ceta ni.. semakin meletop2 .hehe

    ReplyDelete
  14. Semoga segalanya berakhirr dengan baik. Tak perlulah disebarkan lagi video berkenaan. Mengaibkan oranglain, nanti keaiban kita Allah pertontonkan di Padang Mahsyar

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.