Buang Delta Search

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya nak berkongsi tips komputer dengan kawan-kawan. Saya baru perasan dalam  browser google chrome saya. Bila buka sahaja new tab satu laman web lain terbuka. Nampaknya komputer saya dah kena trojan dan kuncu-kuncunya. Saya lebih suka guna browser google chrome berbanding browser lain. Mungkin disebabkan browser google chrome ini lebih mesra pengguna jika dibandingkan dengan browser-browser  lain yang agak kurang mesra pengguna. Pendapat saya sahaja,tapi masing-masing ada kelebihan tersendiri. Biasanya sebelum ini, kosong sahaja bila buka new tab tersebut. Ini tak pasai-pasai terbuka laman web " Delta Search ". Apalah dia Delta Search ni. Sakit mata rasa bila buka new tab keluar Delta Search ni.

Delta Search new tab, Delta Search
Delta Search bila buka New Tab

Setelah di google jumpa juga penyelesaiannya. Nak buang delta search ini, kena masuk dalam  " Control Panel\Programs\Programs and Features " di komputer kita, lepas tu  cari " Delta Chrome toolbar " dan " Delta Toolbar ". Lepas lepas tu " Uninstall " kan dia. Kira mudah cerita buang benda ni dari komputer.

Delta Search, Delta Chrome toolbar, Delta Toolbar,
Delta Chrome toolbar, Delta Toolbar, - Buang yang warna merah

Alhamdulillah dah tak ada masalah " Delta Search " lagi dalam komputer. Masalah ini terjadi disebabkan ada yang install apa-apa software dalam komputer ni. Lepas tu semasa install tak perasan delta search ini masuk sekali masa install software tersebut. Jadi lepas buang di Control Panel tersebut. Laman web Delta Search dah tak ada bila buka New Tab pada google chrome komputer saya. Semoga tips ini dapat membantu kawan-kawan yang mengalami masalah yang sama juga.  Ada tak yang kena delta Search ini??


19 Comments

  1. moning sis
    singgah pagi isnin

    ReplyDelete
  2. Oh akak punya tak ada pulak mungkin org IT yg dah buatkan. Kakak bukan pandai ini semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa ada orang IT. Nanti akak boleh belajar cara nak padam dan buang delta search ni juga.

      Delete
  3. trojan mmg ditakuti..
    pandai gak awak repair sndiri ye.. syabas.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu sikit-sikit.hehe. Trojan antara virus yang ditakuti.

      Delete
  4. salam pagi isnin.. aiza pun suka guna google crome juga.. perkongsian yang baik..

    ReplyDelete
  5. Rasa macam pernah kena macam ni jugak.. Memang akan keluar delta bila klik kat Google Chrome.. TQ sharing

    ReplyDelete
  6. hoo.. mcm tu yea.. ok gak entri ni.. bole digunakan bila berlaku perkara yg sama.. thanx byk2 yea.. =)

    ReplyDelete
  7. Anonymous13.5.13

    tq share info ni ye !

    ReplyDelete
  8. baru akk tahu google chrome mesra penguna.dh biasa dgn browser lain.terimakasih share infon nie..

    ReplyDelete
  9. tak perasan pulak setakat ni. camnapun...kalau terjadi, tahu apa nak buat. tq for sharing

    ReplyDelete
  10. memang google chrome lebih mesra pengguna..

    terima kasih untuk tips ni :)

    ReplyDelete
  11. tips yg berguna nih, walaupun lum penah terjd camtu mana tau masa akn dtg kn

    ReplyDelete
  12. delta search tu kira virus la ye? cikda tak tau pun. Thanks for d info

    ReplyDelete
  13. mmg btl kadang2 terinstall toolbar masa install software.lbh serasi dgn google....heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Tersalah install benda lain kan.

      Delete
  14. Ada. Saya kena problem ini juga dan komputer .jadi berat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna cara di atas untuk buang delta search ini.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.