Kebaikan Bercinta Selepas Berkahwin

Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan. Cinta mendorong manusia untuk terus hidup dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah. Tetapi Islam memberikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan dan menjamin keamanan mereka. 
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan “I love you” adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan. Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
“Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai”.
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
[+] Panduan Pikat Lelaki (klik sini)
[+] Rahsia Jaga Suami (klik sini)


Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.

Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada manusia. Sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal. Malah akan menyebabkan manusia rasa gundah gulana dan kecewa. Cinta yang sejati dan agung hanyalah untuk ALLAH.
sumber

28 Comments

  1. cinta selepas kawen..lebih indah

    ReplyDelete
  2. salam.Akak pon bercinta seblm kawen tp Alhamdulilah,kami xpernah pegang tangan...jarang kuar dating.
    Alhamdulilah juga,kini telah menjadi suami yg sah selama tujuh belas tahun(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih bersama dan manis lagi..

      Delete
  3. so sweet sape yg bercinta lepas kawen tu...

    ReplyDelete
  4. tiada apa yg diharapkan selain redha Allah

    ReplyDelete
  5. Anonymous5.10.12

    bestnye kalo dapat peluang mcm ni. tapi suratan jodoh lain kan. teruskan utk kehidupan yang lebih baik...

    ReplyDelete
  6. Jujur kakak ada juga bercinta sebelum kahwin tapi 6 bulan je sebab kakak dgn abang sebelum ini satu organisasi. Masing-masing ketua jabatan bila ada hati terus-terang aje tak malu-malu pun. Tapi cuma kami tak ada jalan-jalan keluar sebab abang dgn kakak jenis org dulu-dulu. Bila dah nikah pun malu (kelakar pulak bila ingat hihi...)

    Sebenarnya boleh aje bercinta asal jgn langgar batas yg dibenarkan dlm agama.

    ReplyDelete
  7. oh manisnya kan :)
    semua orang dah ditentukan jodohnya kan..

    tapi buat yang kecundang di tengah jalan, jgn lah bermusuh-musuhan dan saling berdendam ye :)

    ReplyDelete
  8. Boleh bercinta sebelum kahwin, asal tahu menjaga batasan agama. Lebih selamat bercinta dan bertunang dalam masa yang singkat dan kemudian terus berkahwin. Tentulah cinta itu semakin mekar selepas berkahwin..

    ReplyDelete
  9. akak bercinta sebelom kawen gak..alhamdulillah setakat ni masing2 sentiasa boleh menerima seadanya :)

    ReplyDelete
  10. bercinta lepas kahwin memg sangat indah :)

    ReplyDelete
  11. sy brcnta sblum kwin hihi.. tp syukur stakat ni aktiviti bercnta lps kwen dtruskn jugk..

    ReplyDelete
  12. cinta lps nikah lebih indah :)

    ReplyDelete
  13. kenal beberapa bulan terus jer kahwin...
    alhamdulilah bahagia hingga kini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Bercinta kejap aje epas tu kawin..

      Delete
  14. Hehe..ummi salah seorang yang bercinta lepas kahwin, Alhamdulillah anak2 pun dah besar, syukur masih kekal bahagia.

    ReplyDelete
  15. cinta selepas kawin, cinta yang halal lagi berkah

    ReplyDelete
  16. Cinta selepas kahwin…
    cinta yang bermaruah..
    Inilah kemuliaan agama Islam..

    Apabila Islam melarang sesuatu perkara tentu ada sebab dan
    hikmah disebaliknya….

    ReplyDelete
  17. so sweet bagi yg dicintai sebelum dan selepas nikah kahwin. Tak seindah bagi yg merana dlm perkahwinan.

    ReplyDelete
  18. nak jugak bercinta lepas di ijabkabul kan...tp x kesampaian lagi..kena sabar menunggu nie...

    ReplyDelete
  19. hey , assalamualaikum . i love your writing .
    dont forget follow back :)

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam. Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. haha,,jadi pengen cepet" nikah
    Makasih banget gan infonya,saya tidak segan mengunjungi blog anda,kunjungi balik ya

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.