Pesanan Bumi Kepada Manusia

Assalamualaikum semua.. sedikit perkongsian hari ni tentang kehidupan kita di dunia. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua..



Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.:

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku…

Semoga kita dapat membuat persiapan amal-amal yang soleh sebelum kita menghadapi waktu kita meniggalkan dunia ini.. Wallahualam.

11 Comments

  1. Kita semua nie akan kembali ke dlm perutmu....

    ReplyDelete
  2. Apa yg pasti kita akan berada di perut bumi - hanya masa menentukannya

    ReplyDelete
  3. sgt menginsafkan... kite selalu terlupe

    ReplyDelete
  4. kite manusia biasa sering alpa...

    muhasabah diri masing masing :D

    ReplyDelete
  5. salam kenal..sy suka dgn N3 ni..muhasabah diri setiap hari amat bagus..dapat mengingatkan & mendekatkan diri kita kepada Allah swt..

    ReplyDelete
  6. semoga kite tak mudah lupe diri dgn apa yg kt nikmati.. sentiasa bersyukur...

    ReplyDelete
  7. Mati tu pasti, hidup tu insyallah..

    Salam kenal dari saya..
    singgah dan follow :)

    ReplyDelete
  8. bersyukur dgn rahmatNya..:)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih saling ingat mengingati...
    Kita semua pasti akan kesana jugak nnt...

    ReplyDelete
  10. @Nazayiena : betul akak, kita semua akan ke sana..

    @Kakzakie: betul akak.. :)

    @norhidana : sama2

    @Cik FaRiZaM: betul2,sebok dengan dunia... lupa kehidupan selepas ni yg kekal abadi

    @Kasih Salina : terima kasih akak, sama2 beringat utk saya juga.

    @Masya : AMIN.. betul2.. terima kasih atas ingatan ini juga.

    @lyza : terima kasih, sy pun dah follow blog lyza.

    @mama maman aka yana : alhamdulillah :)

    @ainnoraini: sama2.. semoga mendapat manfaat

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.