Taufik dan Hidayat Daripada Allah

Assalamualaikum..
Seperti biasa aku solat di surau. aku tengok surau tempat aku, di ruang dewan solat utama karpet telah di tukar baru,surau ni tak ada besar sangat, cuma brandar nya di lebarkan kerana pernah suatu ketika dulu di sini solat Jumaat di jalankan. Pada masa tu Masjid Solat Jumaat biasa di baiki struktur dalamannya.jadi tempat solat Jumaat di jalankan disini semasa pembinaan masjid utama.
Sekarang surau ini dah tak semeriah & seseri pada masa itu. Dulu meriah dengan penghuni taman ni dan taman2 sekitar nye datang utk bersolat dan mendengar majlis ilmu. Surau ini di imarahkan sebaiknya. Alhamdulillah sekarang pun masih ada lagi majlis ilmu, tetapi sudah tidak seperti dulu.. Kasihan kat rumah Allah, ramai yg sebok dengan urusan dunia. Nak solat berjemaah pun dah tak ada masa walaupun pada waktu maghrib & isyak.
Masjid al-Haram di Mekah
Aku teringat kata2 ustaz, yang kita nak buat apa2 amalan agama ni sebenarnya bukan kita suka2 boleh buat. Sebenarnya nak buat amalan agama ni dengan Taufik dan hidayat daripada Allah. Tanpa taufik & hidayat daripada Allah, kita tak akan mampu pun untuk buat apa2 amalan agama.Usahkan amal2 yang besar2 seperti nak bersolat 5 waktu di surau,nak baca Quran 10 ayat 1hari (walaupin surat khabar mampu di baca hari2 tanpa tertinggal muka surat),nak berzikir pada Allah dan banyak lagi kebaikan yang kita tahu,BAHKAN nak SENYUM(senyum kan sedekah) ngn sesama kita pun tak boleh .. cuba bayangkan,jika ada orang datang jumpa kita,pastu muka dia tak senyum pun..apa perasaan kita.. mesti kita pun risaukan... Tapi bila orang tu datang jumpa kita dengan wajah yg ceria,senyum,tak marah2 kita yang ada masalah pun rasa lege dengan wajah yang orang tu pamirkan kepada kita. Teringat lagi satu pasai tgok wajah ni.. seorang anak yang tengok wajah ibu @ bapa dia dengan wajah yg ceria, Allah bagi pahala kepada anak tersebut..BAIK nye Allah dengan kita kan.. :-)

Ok la,semoga kita sama2 dapat baiki amal kita sebelum kita jumpa Allah,rajin2 la buat amal sebelum kita di jemput Allah.. Syukran..Jadi insyallah,dah nak masuk waktu solat kejap2 lagi. Aku nak siap2 pegi solat.Jom kita pegi solat berjemaah bagi yg laki-laki ,yang perempuan solat awal2 waktu di rumah. WallahHuAlam. Terima kasih.

1 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.