Nasihat Luqman Al Hakim Kepada Anaknya

Satu-satunya manusia yang bukan Nabi, bukan pula Rasul tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur'an adalah Luqman Al Hakim. Kenapa, tak lain, kerana hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasihati anaknya tentang hidup.

"Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah fikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia boleh menikmati lazatnya berzikir."


"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya."


"Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang mengusung jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke majlis pernikahan. Kerana jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan akhirt. Sedangkan majlis pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu."


 "Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."


"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."

"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang kepada lapan wasiat para Nabi. Kalimat itu adalah:


1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik. 
2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu. 
3. Jika kau berada di tengah-tengah majelis, jagalah lidahmu. 
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu. 
5. Ingatlah Allah selalu. 
6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu 
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain. 
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

17 Comments

  1. nasihat beliau memang sangat berguna kan.. untuk panduan manusia sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul. Nasihat Luqman Hakim amat berguna untuk kita.

      Delete
  2. Mampukah kakak sebagai mama pada 3 anak melakukan itu semua. Moga dapat dimanfaatkan kalau tak dapat 100% tapi kena berusaha mencari yg terbaik dan direhdai Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Semoga kakak berjaya menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak kakak. Nasihat Lukman kepada anaknya amat berguna

      Delete
  3. masyaALLAH...

    betapa aku juga seringkali tergelincir dari wasiat para nabi...

    terima kasih mengigatkan kami...

    ReplyDelete
  4. terima kasih mengingatkan...

    ReplyDelete
  5. salam..nice entry ;)

    ReplyDelete
  6. salam kenal...

    satu nasihat yang berguna dalam kehidupan....

    ReplyDelete
  7. nasihat yg sgt2 berguna.. :)

    ReplyDelete
  8. is baru sempat singgah hari ni.. terbizi set.. hohoho (^____^)

    ReplyDelete
  9. Memang nasihat yg berguna dlm kehidupan seharian kita...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian ini. Bagus lah blog ni, penuh dgn kisah2 yang berinfomasi....Thanks sudi ke blog saya ..

    ReplyDelete
  11. Salam..sebagai seorang anak,ia sebagai peringatan buat kita & turunkn nasihat2 ini kpd anak2 kita pula sebagai panduan buat mereka dlm menempuh kehidupan.

    ReplyDelete
  12. Bagus lah info dalam blog ni.. Terima kasih singgah ke blog saya. Saya follow awak..

    ReplyDelete
  13. terima kasih atas ingatan..
    nice sharing..

    ReplyDelete
  14. @bert: betul2, nasihat yang berguna. terima kasih;-)

    @Kakzakie: Insyallah, semoga Allah bantu akak. :-)

    @dwaty: sama2, semoga bermanfaat kepada kita semua

    @ lieynanilaz: sama2 :-)

    @ -Sara-: terima kasih

    @Kazman / Sue: salam perkenalan juga.. terima kasih :-)

    @ct rahani: terima kasih,semoga kita dpt amalkan nye. :-)

    @ ✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ : tak apa, terima kasih datang sini :-) nanti datang lagi yea..

    @Nazayiena: betul2, Nasihat yg berguna.. :-)

    @Daddy Ziyyad: sama2, berkongsi ilmu mana2 yg bermanfaat

    @♥♥azatiesayang ♥♥: Alhamdulillah, semoga nanti anak2 akak&anak semua orang Islam akan jadi org2 yg soleh & solehah... AMIN


    @Rozita: terima kasih.. nanti datnag lagi yea :-)

    @Cik Pulau: sama2, saje borkongsi ilmu :-)


    ==> TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YG SUDI DATANG KOMEN DI BLOG INI.. SEMOGA KITA MENDAPAT MANFAAT..

    ReplyDelete
  15. Peringatan yang cukup bagus...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.