Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di
tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar
satu bunyi... jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg
kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun
lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah
lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni
punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan
daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah
diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si
hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali
tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg
lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak
menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah
dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah
perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah.....
lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan.
Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas
ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari
jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi,
naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu
gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas
tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi,
cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis,
lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni
tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya
ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba
Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg
menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita
semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar
kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek
talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur
kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa
menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah.
Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..
1 minit untuk mengingati Allah
Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH
AJMA'EEN
Step 1:
Share maklumat ini kepada sahabat anda.
Result 1:
Tahniah anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati Allah,
berdoa kepada Nabi Muhammad S.A.W
1 Comments
Terima kasih atas perkongsian ini...🤗
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.