Indahnya Balik Kampung Musim Buah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Indahnya Balik Kampung Musim Buah. Musim buah datang lagi. Biasanya tak tentu sekarang ni. Kadang musim buah ni dua tiga kali setahun, kadang setahun tu sekali aje. Kadang musim buah ada tapi buah tak ada. Tapi ada juga yang berlaku, musim buah tak ada, tapi buah ada (buah import masuk jual macam buah tempatan -rasanya tak sesedap buah tempatan)

Indahnya Balik Kampung Musim Buah- Raja Buah Durian
Musim Buah Menjadi Tahun Ini
Alhamdulillah rezeki kami anak beranak, adik beradik serta saudara mara. Tahun ni boleh dikatakan agak menjadi musim buah di kampung isteri saya. Jika tahun lepas musim buah tak berapa nak menjadi. Asbab cuaca panas tapi hakikatnya Allah SWT yang buat semua tu, buah jadi tak berapa nak elok dan terbantut tumbesaranya. Tahun lepas pengeluaran buah kat kampung tak berapa nak elok.

Indahnya Balik Kampung Musim Buah, Buah Manggis Sedap,
Buah Manggis Depan Rumah
Tahun ini alhamdulillah, buah durian, pokok manggis depan rumah, buah rambutan merah dan kuning, buah pulasan, buah langsat, cempedak nampak macam menjadi. Buahnya lebat dan elok bila masak. Walaupun dalam kampung tersebut kata mertua saya, ada tempat buahnya elok dan ada kawasan yang buahnya kurang elok bunga tak ada, haiwan liar kacau dan macam-macam lagi.

Indahnya Balik Kampung Musim Buah, Rambutan,
Buah Rambutan Merah dan Kuning manis
Tahun ni rezeki kami. Boleh makan buah durian, rambutan dan manggis puas-puas. Bukan senang nak dapat makan hasil dari tanah sendiri. Tambah-tambah bagi anak-anak zaman sekarang yang ibu bapa tinggal di bandar-bandar. Nak rasa buah-buah kampung macam ni memang kena pergi beli di kedailah jawapnya. Itu pun bila tengah musim. Insyallah buahnya banyak pilihan dan harganya agak murah sikit nak banding beli buah-buah ni semasa luar musim.

Jika ada pesta macam pesta buah pun sama juga. Buahnya agak mahal nak banding dengan buah yang kita boleh dapat sendiri di kampung. Kadang buah macam durian kat "pesta kendurian" hari tu banyak buah durian yang kacuk. Jadi buah durianya tak sama dengan buah durian kampung. Walaupun isinya kuning, tebal, biji kecik tapi nak banding dengan buah durian kampung yang kuning mengancam tu. Memang tak boleh lawanlah. Saya suka buah durian kampung lagi. Sedap ooo..sampai menjilat biji dan jari sendiri bila makan durian ni..hohoho.

Jualan Hasil Musim Buah
Jualan hasil musim buah tahun ni agak menjadi jika nak bandingkan dengan tahun lepas. Biasnya mertua saya akan jual kepada peraih buah yang datang setiap hari jalan-jalan masuk kampung cari buah. Peraih-peraih ni biasanya orang yang sama juga. Mereka dah kenal  antara satu sama lain. Bila musim buah aje muka-muka tu lah yang akan datang pusing-pusing kampung cari buah untuk dibeli. Ini adalah salah satu cara orang kampung buat duit.

Indahnya Balik Kampung Musim Buah, Buah Langsat
Buah Langsat
Cekal betul kadang mereka ni. Pagi-pagi tanah belum nampak terang lagi dah sampai halaman rumah kita. Bertanyakan ada buah nak jual atau tak ada. Berbaloilah dengan apa yang mereka buat. Beli buah manggis dengan harga RM3 untuk 1Kg tapi jual kat luar RM6-RM7 untuk 1Kg. Buah durian pun sama, tak ada beli ikut timbang kilo pun. Beli borong aje 1 biji durian dalam RM3-RM4 macam tu, tapi jual kat luar timbang kilo RM7, RM10, RM15 perkilo dan macam-macam harga lagi. Rambutan tolak kat diorang RM2-RM4 perkilo. Tapi mereka jual kadang RM7-RM9 sekilo.

Kadang fikir, macam tak berbaloi. Tapi itulah sebab kita tak ada masa nak jual sendiri. Terpaksa tolak kat peraih/pemborong dengan harga macam tu. Kita yang ada tanaman ni kena jaga sejak pokok tu kecil. Musim bunga kena jaga juga tak bagi binatang liar macam tupai, monyet dan yang lain-lain kacau. Bila musim buah dah besar dan masak pun sama. Kadang kena berlawan dengan haiwan-haiwan ni lagi siapa cepat dia dapat. Itu belum yang datang entah dari mana-mana kutip durian yang gugur suka hati mereka aje. Macam-macam dugaan yang ada walupun buah tu ada dalam tanah kita sendiri.

[+] Panduan Mudah Borong Barang Dari Cina (Baca sini)

Berebut Durian Dengan Hantu Durian
Bila tengok cerita upin ipin baru perasan benda ni. Rupanya banyak tempat ada kes macam ni. Sebagai pemilik pokok durian, yang ada kebun durian atau yang ada banyak pokok durian berdekatan kawasan rumah mereka tidak "mudah" terlepas dengan hantu durian ni.

Indahnya Balik Kampung Musim Buah, Durian Kampung,
Durian Kampung Sedap
Yea! tak percaya, betul durian ni ada hantu rupanya. Hantu durian namanya. Hantu ni akan ada bila durian mula gugur. Masa durian tak gugur lagi mereka macam kita-kita ni juga. Naik moto keliling kampung tengok pokok durian mana hasilnya elok tahun tersebut. Bila durian mula gugur mereka pun bertukar menjadi hantu durian.

Dah nama pun hantu, mesti keluar waktu malam aje. Ada yang mula jadi hantu waktu awal pagi. Jam 2 pagi ke 4 pagi hantu-hantu ni mula berkeliaran. Berjalan bawa bakul kat belakang bawa lampu suluh cari durian orang. Mana-mana buah yang gugur, mereka jumpa bawa masuk bakul dan teruskan operasi mencari durian dari satu pokok ke satu pokok. Dari satu kawasan ke satu kawasan sampailah mereka rasa cukup untuk hasil malam tersebut. Kadang tak dapat durian jika jumpa buah cempedak yang masak mereka sebat juga. Bijak betul hantu ni.

[+] Panduan Bisnes Kambing Di Kampung (Baca sini)

Indahnya Balik Kampung Musim Buah
Bila musim buah ni yang seronok bila dapat makan buah dan berjumpa saudara mara. Kadang musim buah ni dah jadi macam musim raya juga. Bila buah banyak gugur, saudara mara yang jauh dan dekat akan balik kampung untuk menikmati buah-buah kampung. Di sampaing dapat makan-makan buah, musim buah ni dapat mengeratkan hubungan silaturahim juga. Bukan senang nak jumpa saudara mara. Insyallah musim buah adalah salah satu masa yang paling sesuai juga untuk berjumpa saudara mara.

Bagi yang ada kampung dan kampung mereka ada buah-buahan. Baliklah kampung raikan ibu bapa dan datuk nenek anda. Kadang mereka tak nak jual buah tu simpan untuk anak-anak dan saudara mara yang duduk dibandar nak balik merasa buah kampung. Hargai jasa mereka. Mereka hadir sekali aje dalam hidup kita. Jagalah hubungan baik sesama saudara mara dan adik beradik. Kerana mereka banyak berjasa kepada kita semua. Jangan sesekali bermasam muka dan bergaduh sesama kita atas sebab-sebab yang kecil. Benda kecil jangan dibesarkan. Tutuplah aib orang, nescaya Allah SWT akan tutup aib kita di dunia dan di akhirat.

[+] Rahsia Silaturahim Pembuka Rezeki (Baca sini)

Jom balik kampung! Makan buah-buah kat kampung. Segar dari pokok lagi.

Kongsikan entri Indahnya Balik Kampung Musim Buah dengan rakan media sosial anda juga. Semoga ianya bermanfaat.

27 Comments

  1. mmg indah... mcm akak kt kampung yg ada cuma pokok rambutan je...
    kalu nk durian duku manggis kene beli tp murah la di bandingkan kt kl nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada pokok buah juga. Buah kat kampung murah dan puas hati makan. Sedap buahnya masih baru dan segar lagi.

      Delete
  2. Hihi... hantu durian tu belum bertemu buku dgn ruasnya dik. Kalau kena arwah atok kakak dulu mahu dia duduk kat pangkal pokok sampai pagi. Tunggu tuannya datang bagi minum dengan tempurung kelapa baru boleh balik. Dptlah juga durian atok kakak bagi tapi mesti dia malu dan serik dah... lain kali kata atok kakak nak makan mintak jgn curi berdosa... Ini cerita betul tau kakak tak tipu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika bertemu buku dan ruas macam ni baru seronok. Kadang hantu durian ni kita dah kenal orangnya. Malas nak melayan. Sebab dah tahu orangnya jenis macam mana. Hantu durian ni kadang geng 'doktor sendiri' akak. Mereka ni dalaman dah lain macam sikit. Takut bahaya aje kejutkan dorg. Nak selamat, pergi ambil buah durian awal sebelum hantu durian ni sampai.

      Delete
  3. Replies
    1. Boleh. Jom balik kampung akak. Musim buah sekarang.

      Delete
  4. Wow.. BEstnya dapat makan buah banyak2 dan free..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Rasa nak makan durian dan buah lain ada aje setiap masa bila tiba musim buah macam ni.

      Delete
  5. syoknyaa.....saya kalau dapat durian ngan manggis mmg tak pandang kiri kanan dah..haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah kesukaan saya juga tu. Durian kuning kampung terbaik.

      Delete
  6. Memang indah. Tapi kat kampung saya tak ada durian. Ada dokong dan rambutan saja yang ayah tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah dokong pun sedap. Masa musim buah kena baliklah macam tu Usry.

      Delete
  7. Alhamdulillah.
    Rezeki orang kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Rezeki orang kampung. Memang seronok duduk kampung waktu musim buah. Boleh kutip durian jatuh.

      Delete
  8. Barulah tau kenapa nama blog Pokok Manggis depan Rumah. Rupanya sempena nama manggis depan rumah isteri tercinta hihi.... Sayang isteri nampak!!! Hihi....sapa tak sayang bini oiii ....

    Tulah....untung betul kalau mereka yg ada dusun pulak tu buah semuanya menjadi.... mmg puaslah makan, tak payah beli...

    Hari tu mak balik pun beli durian jiran PM....durian sendiri kena makan monyet kata mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena sayang isteri. Ada pokok buah sendiri memang seronok bila tiba musim buah macam sekarang akak. Macam-macam buah boleh makan. Segar dari pokok lagi.

      Delete
  9. oo dari situ nama pokok manggis tu. saya pun memang hantu durian. huhuh sedap nikmat tak terkata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantu durian ni yang curi buah durian orang kat kampung akak. Bukan yang gemar durian. Memang ramai yang suka dengan buah durian.

      Delete
  10. Syok kalau kampung ada dusun dan kebun buah .. ada 2-3 pokok pun dah cukup ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro HH. Memang seronok bila ada pokok buah masa musim buah. Balik kampung makan buah aje kerja.

      Delete
  11. meriahnya buah-buahan ! demam berturut2 nie klo mkn sume skli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tahan panas buah ni boleh makan semua. Sedap buah durian kampung.

      Delete
  12. Replies
    1. Memang sedap durian kampung jika dapat yang isi kuning.

      Delete
  13. Sedapnya buah durian. Buat pulut durian lagi best. Durian kampung tu fevret saya tu. :-)

    ReplyDelete
  14. Orang kampung dulu-dulu, dengan hasil dusun tu la mereka dapat mengerjakan ibadah haji... Alhamdulillah atas rezeki yang diberkati...

    ReplyDelete
  15. sedapnye durian.... kat kampung ada kebun bestnya....

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.