Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pray For Malaysia - Selawat Perdana Dataran Merdeka. Alhamdulillah malam ini 15 Ogos 2014 akan diadakan salah satu program Sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-57 di Dataran Merdeka. Tempat bersejarah yang telah banyak kali di adakan acara Sambutan Hari Kemerdekkan Malaysia. Namun pada malam ini akan diadakan Malam Cinta Rasul dan Program Selawat dan Qasidah oleh Habib Syech Abdul Qadir Asseqqof. Kira mudah cerita Selawat Ya Ha Na Na.
Acara ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Stesen TV AlHijrah dan beberapa lagi badan kerajaan dan bukan kerajaan.
Ini merupakan acara yang julung-julung kalinya di anjurkan sempena sambututan Hari Kemerdekkan Malaysia. Di harap dengan pengisian program seumpama ini dapat menarik rahmat Allah SWT kepada bumi Malaysia.
Berikut adalah aturcara majlis tersebut Pray For Malaysia - Selawat Perdana Dataran Merdeka
Bagi anda yang perkelapangan bolehlah menyertainya. Nasihat saya jika ada anak kecil tak perlulah bawa. Sebab di sana keadaannya mungkin agak sesak dan menyukarkan anda nak bergerak ke mana-mana. Jika cuaca elok alhamdulillah, namun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini takut hujan, kasihan kepada anak-anak kecil jika anda tak dapat tempat untuk berteduh.
Berikut adalah anatara nasihat penganjur juga bagi anda yang ingin ke sana:-
-Berpakaian sopan.
-Berjubah/berpakaian sopan berwarna putih bagi lelaki.
-Berjubah/berpakaian sopan berwarn hitam bagi wanita.
-Sila bawa sejadah & alas duduk bersama-sama.
-Turun seawal selepas Asar bagi mengelakkan kesesakan.
-Di nasihatkan menggunakan kenderaan awam atau carpool.
Acara selawat perdana ini telah banyak kali di adakan. Di harap ianya akan memberi manfaat kepada kita semua. Di sini saya ada sertakan apa yang telah di kongsikan oleh utusan malaysia online tentang Program Selawat Perdana yang lepas.
"Selawat perdana saingi pesta muzik liar
PERHIMPUNAN Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah yang berlangung di Dataran Masjid Putra, Putrajaya pada 21 Mac lalu mencipta sejarah kerana dihadiri oleh hampir setengah juta orang. Lebih membanggakan acara itu bukan konsert hiburan yang membariskan penyanyi-penyanyi terkenal sama ada dalam atau luar negara.
Angka yang dicatatkan oleh Perhimpunan Selawat Perdana ini bukanlah suatu yang luar biasa jika mahu dibandingkan dengan konsert percuma di Dataran Merdeka. Begitu juga acara pesta muzik liar Future Music Festival Asia (FMFA) yang diadakan di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini. Bagaimanapun bagi acara yang lebih kepada pembangunan insan dan selawat, jumlah itu luar biasa.
Ini secara tidak langsung menunjukkan khalayak yang dahagakan persembahan yang berada dalam lingkungan norma agama, sosial dan budaya. Mereka bukan menolak acara persembahan atau muzik. Tetapi mungkin menolak pendekatan acara yang membawa penonton keluar daripada lingkungan yang sepatutnya.
Malah acara selawat ini juga memperlihatkan kesatuan dalam kalangan umat Islam di negara ini tanpa mengira fahaman politik, budaya dan kaum apabila bersatu menghayati selawat yang boleh dikategorikan sebagai pengucapan berlagu yang memuji Allah dan Nabi Muhammad.
Disebabkan pendekatannya tidak membiarkan penonton berhibur di luar batas yang sewajarnya, kehadiran khalayak yang begitu besar tidak mendatangkan masalah seperti FMFA hingga mengakibatkan enam remaja mati kerana terlebih mengambil dadah.
Dalam keadaan bumi basah selepas hujan di sebelah petang mencipta persekitaran cukup menyegarkan kepada pengunjung yang bersusah payah mengharungi kesesakan jalan raya untuk mencari keredaan Allah pada sebelah malamnya. Tambahan pada waktu itu negara sedang berdukacita kerana tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Justeru pada perhimpunan tersebut, hanya kalimah puji-pujian kedengaran apabila masing-masing menzahirkan ketakwaan selain mendoakan nasib penumpang pesawat dan kru penerbangan yang ditimpa malapetaka. Terasa begitu mengharukan apabila bergema selawat dan qasidah daripada Habib Syech Abdul Qadir Asseqah yang cukup menyentuh jiwa.
Ada juga pengunjung yang tidak dapat menahan perasaan mengalirkan air mata menghayati bait-bait selawat yang disampaikan. Tambahan pula selepas mendengar tausiyah mengenai perpaduan dan persaudaraan yang disampaikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
Pergaulan
Mungkin ada pihak yang menganggap persembahan berbentuk kerohanian sebegitu tidak hebat dan tidak mengikut gaya hiburan masa kini. Ini kerana acara itu mengehadkan pergaulan lelaki dan wanita, tidak seperti konsert percuma di Dataran Merdeka atau di pesta muzik liar di Stadium Bukit Jalil.
Bagaimanapun perhimpunan selawat ini membuktikan definisi persembahan oleh Barat yang menganjurkan pergaulan bebas, lagu-lagu yang menjurus kepada keruntuhan akhlak serta ditambah dengan pengambilan dadah dan arak bukan suatu yang menghiburkan kepada Islam.
Perhimpunan selawat terbesar ini membuatkan mereka berfikir tentang kehebatan Allah dan Nabi Muhammad yang sewajarnya memberikan inspirasi untuk membina kehidupan. Pengucapan berlagu ini juga sangat unik dan tumbuh subur dalam tradisi masyarakat Islam sejak dulu lagi.
Ternyata acara hiburan yang tidak terkawal seperti FMFA hanya mendatangkan kerosakan kepada khalayak disebabkan penganjur sengaja memilih pendekatan yang sedemikian. Sebenarnya antara satu persembahan dengan persembahan yang lain hanya dibezakan oleh pendekatan dan tujuan acara itu diadakan.
Kalau pendekatan yang mendekatkan pengunjung dengan nilai-nilai yang bertentangan dengan norma agama dan sosial sudah tentulah mendatangkan kesan yang buruk kepada masyarakat.
Tetapi kalau diisi dengan pendekatan yang bertujuan membina dan menyedarkan khalayak, sudah pasti matlamat yang diharapkan dapat dicapai sekalipun kehadiran penonton beratus ribu orang. Ini membuktikan kelompok yang memilih pendekatan persembahan liar mempunyai kecenderungan untuk bertindak liar tetapi pendekatan persembahan yang terkawal membuatkan penonton berdisiplin.
Kerana itu acara persembahan yang terkawal perlu diperbanyakkan dan pihak berkuasa mesti memainkan tanggungjawab untuk membanteras persembahan yang boleh meruntuhkan akhlak masyarakat terutama remaja atas alasan apa sekali pun.
Perhimpunan selawat seumpama ini pernah telah diadakan di beberapa lokasi seperti di Stadium Badminton di Cheras, Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, Pagoh, Johor dan Kedah serta mendapat sambutan yang sangat hebat.
Ini juga menandakan kesedaran masyarakat untuk beralih kepada persembahan yang mementingkan nilai akhlak yang tinggi. [sumber] "
Anda dijemput hadir bersama-sama ke program #DoaUntukMalaysia #PrayForMalaysia bersempena dengan sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-57 pada hari ini, Jumaat 15 Ogos 2014. Datang seawal jam 7 petang ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.#Merdeka57
Wallahualam
Pray For Malaysia - Selawat Perdana Dataran Merdeka. Alhamdulillah malam ini 15 Ogos 2014 akan diadakan salah satu program Sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-57 di Dataran Merdeka. Tempat bersejarah yang telah banyak kali di adakan acara Sambutan Hari Kemerdekkan Malaysia. Namun pada malam ini akan diadakan Malam Cinta Rasul dan Program Selawat dan Qasidah oleh Habib Syech Abdul Qadir Asseqqof. Kira mudah cerita Selawat Ya Ha Na Na.
Pray For Malaysia- Selawat Perdana |
Ini merupakan acara yang julung-julung kalinya di anjurkan sempena sambututan Hari Kemerdekkan Malaysia. Di harap dengan pengisian program seumpama ini dapat menarik rahmat Allah SWT kepada bumi Malaysia.
Berikut adalah aturcara majlis tersebut Pray For Malaysia - Selawat Perdana Dataran Merdeka
Aturcara Majlis Selawat Perdana Dataran Merdeka |
Berikut adalah anatara nasihat penganjur juga bagi anda yang ingin ke sana:-
-Berpakaian sopan.
-Berjubah/berpakaian sopan berwarna putih bagi lelaki.
-Berjubah/berpakaian sopan berwarn hitam bagi wanita.
-Sila bawa sejadah & alas duduk bersama-sama.
-Turun seawal selepas Asar bagi mengelakkan kesesakan.
-Di nasihatkan menggunakan kenderaan awam atau carpool.
Acara selawat perdana ini telah banyak kali di adakan. Di harap ianya akan memberi manfaat kepada kita semua. Di sini saya ada sertakan apa yang telah di kongsikan oleh utusan malaysia online tentang Program Selawat Perdana yang lepas.
"Selawat perdana saingi pesta muzik liar
PERHIMPUNAN Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah yang berlangung di Dataran Masjid Putra, Putrajaya pada 21 Mac lalu mencipta sejarah kerana dihadiri oleh hampir setengah juta orang. Lebih membanggakan acara itu bukan konsert hiburan yang membariskan penyanyi-penyanyi terkenal sama ada dalam atau luar negara.
Angka yang dicatatkan oleh Perhimpunan Selawat Perdana ini bukanlah suatu yang luar biasa jika mahu dibandingkan dengan konsert percuma di Dataran Merdeka. Begitu juga acara pesta muzik liar Future Music Festival Asia (FMFA) yang diadakan di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini. Bagaimanapun bagi acara yang lebih kepada pembangunan insan dan selawat, jumlah itu luar biasa.
Ini secara tidak langsung menunjukkan khalayak yang dahagakan persembahan yang berada dalam lingkungan norma agama, sosial dan budaya. Mereka bukan menolak acara persembahan atau muzik. Tetapi mungkin menolak pendekatan acara yang membawa penonton keluar daripada lingkungan yang sepatutnya.
Malah acara selawat ini juga memperlihatkan kesatuan dalam kalangan umat Islam di negara ini tanpa mengira fahaman politik, budaya dan kaum apabila bersatu menghayati selawat yang boleh dikategorikan sebagai pengucapan berlagu yang memuji Allah dan Nabi Muhammad.
Disebabkan pendekatannya tidak membiarkan penonton berhibur di luar batas yang sewajarnya, kehadiran khalayak yang begitu besar tidak mendatangkan masalah seperti FMFA hingga mengakibatkan enam remaja mati kerana terlebih mengambil dadah.
Dalam keadaan bumi basah selepas hujan di sebelah petang mencipta persekitaran cukup menyegarkan kepada pengunjung yang bersusah payah mengharungi kesesakan jalan raya untuk mencari keredaan Allah pada sebelah malamnya. Tambahan pada waktu itu negara sedang berdukacita kerana tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Justeru pada perhimpunan tersebut, hanya kalimah puji-pujian kedengaran apabila masing-masing menzahirkan ketakwaan selain mendoakan nasib penumpang pesawat dan kru penerbangan yang ditimpa malapetaka. Terasa begitu mengharukan apabila bergema selawat dan qasidah daripada Habib Syech Abdul Qadir Asseqah yang cukup menyentuh jiwa.
Ada juga pengunjung yang tidak dapat menahan perasaan mengalirkan air mata menghayati bait-bait selawat yang disampaikan. Tambahan pula selepas mendengar tausiyah mengenai perpaduan dan persaudaraan yang disampaikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
Pergaulan
Mungkin ada pihak yang menganggap persembahan berbentuk kerohanian sebegitu tidak hebat dan tidak mengikut gaya hiburan masa kini. Ini kerana acara itu mengehadkan pergaulan lelaki dan wanita, tidak seperti konsert percuma di Dataran Merdeka atau di pesta muzik liar di Stadium Bukit Jalil.
Bagaimanapun perhimpunan selawat ini membuktikan definisi persembahan oleh Barat yang menganjurkan pergaulan bebas, lagu-lagu yang menjurus kepada keruntuhan akhlak serta ditambah dengan pengambilan dadah dan arak bukan suatu yang menghiburkan kepada Islam.
Perhimpunan selawat terbesar ini membuatkan mereka berfikir tentang kehebatan Allah dan Nabi Muhammad yang sewajarnya memberikan inspirasi untuk membina kehidupan. Pengucapan berlagu ini juga sangat unik dan tumbuh subur dalam tradisi masyarakat Islam sejak dulu lagi.
Ternyata acara hiburan yang tidak terkawal seperti FMFA hanya mendatangkan kerosakan kepada khalayak disebabkan penganjur sengaja memilih pendekatan yang sedemikian. Sebenarnya antara satu persembahan dengan persembahan yang lain hanya dibezakan oleh pendekatan dan tujuan acara itu diadakan.
Kalau pendekatan yang mendekatkan pengunjung dengan nilai-nilai yang bertentangan dengan norma agama dan sosial sudah tentulah mendatangkan kesan yang buruk kepada masyarakat.
Tetapi kalau diisi dengan pendekatan yang bertujuan membina dan menyedarkan khalayak, sudah pasti matlamat yang diharapkan dapat dicapai sekalipun kehadiran penonton beratus ribu orang. Ini membuktikan kelompok yang memilih pendekatan persembahan liar mempunyai kecenderungan untuk bertindak liar tetapi pendekatan persembahan yang terkawal membuatkan penonton berdisiplin.
Kerana itu acara persembahan yang terkawal perlu diperbanyakkan dan pihak berkuasa mesti memainkan tanggungjawab untuk membanteras persembahan yang boleh meruntuhkan akhlak masyarakat terutama remaja atas alasan apa sekali pun.
Perhimpunan selawat seumpama ini pernah telah diadakan di beberapa lokasi seperti di Stadium Badminton di Cheras, Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, Pagoh, Johor dan Kedah serta mendapat sambutan yang sangat hebat.
Ini juga menandakan kesedaran masyarakat untuk beralih kepada persembahan yang mementingkan nilai akhlak yang tinggi. [sumber] "
Anda dijemput hadir bersama-sama ke program #DoaUntukMalaysia #PrayForMalaysia bersempena dengan sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-57 pada hari ini, Jumaat 15 Ogos 2014. Datang seawal jam 7 petang ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.#Merdeka57
Wallahualam
2 Comments
ye malam ini kann??? ada siaran langsung tak agaknya?
ReplyDeleteKena tunggu tengok malam ni.. Ada rasanya insyallah.
DeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.