Dalam satu hadis, Nabi S.A.W bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.
Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri.Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad S.A.W melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas.Menurut hadis,banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.Barangsiapa ketawa tergelak-gelak,akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan,hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak.Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media.Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti,sama ada berbahagia atau menderita.Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had.Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.
"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw.Kita sedia maklum,kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang.Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga.Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka.Betapa dalam kegelapan di sana,kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu,akal turun menjadi kurang.Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.Nabi saw pernah bersabda:
"Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar).Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh '... .jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ... .' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau,namun merasakan masih kurang lagi amalannya.Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.
Dalam hadis lain,Nabi S.A.W bersabda
"Barangsiapa banyak tertawa-tawa,nescaya meringankan oleh api neraka."
Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu.Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan.Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum,tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."
Wallahu A'lam..
sumber
9 Comments
Sebab itulah kita kena saling beringat bila lupa di saat ketawa terlalu gembira. Macam kakak minggu lepas dgn bapak cerita belajar naik basikal masa kecik-kecik last-last semua ketawa gelihati tak berhenti. Bapak kakak terus ingatkan " dah jgn banyak-banyak ketawa ingat sikit" kena ada yg mengingatkan...
ReplyDeleteinsya ALLAH akan try cover gelak lepas ni,,, insya ALLAH akan selalu ingat, amiin,,
ReplyDeletesemoga2 kita sentiasa saling igt mengigti.... (mekasih krn mengigtkn saya...)
ReplyDeletenice entry..good sharing..thxs kerana mengingati ;))
ReplyDeletenice sharing..;d
ReplyDeletethanks for share :)
ReplyDeletepernah dengar juga ni..so, kena la kurgkan ketawa :)
ReplyDeleteKadang2 tak sedar terlebih ketawa kan, Sama-samalah kita saling ingat-mengingati..
ReplyDeleteia mbak umiros
ReplyDeleteaku juga kadang tidak menyadari sering ketawa sama tmen" kalo lagi ngumpul"
Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.