Assalamualaikum..
Hari ni saya nak berkongsi tentang Kelebihan Ayat Kursi di dalam Al-Quran
Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian." (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)
Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)
- Ayat kursi ni sekiranya di baca sebelum tidur, Insyaallah Allah akan pelihara diri,keluarga & harta kita dari apa-apa kejahatan.
Semoga kita dapat mengamalkan ayat Kursi ini.

12 Comments
alhamdulillah... setiap kali solat saya akan akhiri doa dengan ayat kursi...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Bagus la macam tu akak. Ayat kursi banyak kelebihannya.
Deleteinsyallah... tq share dik...
ReplyDeleteskrg nih mmg selalu amalkan, setiap sblum tido n pas solat, time kuar umah, time kuar umah time mlm, time nk msk umah gk... selalu pesan kt adik or edy kalu mlm or magrib sampai umah, baca ayat kursi sblum msk umah... sbb mak akak mmg selalu pesan supaya amalkan ayat ini...supaya di lindungi oleh Allah
Alhamdulillah.. Bagus macam tu akak..
Deleteayat ni sangat baik diamalkan setiap hari dan dijadikan zikir lagi baik :)) tq sharing info ni sis
ReplyDeletemasa kecik2 dulu,bila takut masa guruh dan petir,mak suruh baca ayat kursi...
ReplyDeleteselalu amalkan lepas subuh dan maghrib
ReplyDeleteKA memang hafal & amalkan ayat kursi ni specially kalau anak2 sakit perut waktu kecil2 dulu
ReplyDeletememang hafal ayat kursi nie..banyak kelebihanya:) thnks kongsi.suka masuk sini..
ReplyDeleteMemang selalu baca bila nak tido.
ReplyDeletemmg banyak fadilatnya...
ReplyDeletetak rugi sikit pun mengamalkan ayat kursi ni. thank you for sharing.
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.