Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat dan Berkesan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semua orang inginkan berat badan yang idealkan. Kita akan jadi risau jika berat badan kita semakin hari semakin meningkat. Badan kita semakin membesar,seluar, kain baju kita makin hari makin tak berapa nak muat.Jika kita timbang,alat penimbang menunjukkan bacaan yang semakin bertambah. Mesti kita gelabahkan, risau,tiap-tiap hari kita akan fikir macam mana nak turunkan berat badan kita.

Betul tak??..Macam mana nak turunkan berat badan saya ni..

Saya akan kongsikan bagaimana cara untuk kita menurunkan berat badan dengan cara selamat dan berkesan. Semoga perkongsian sihat ini dapat membantu anda semua yang inginkan berat badan yang ideal dan cantik mengikut keinginan kita semua.

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat dan Berkesan
Macam mana nak turunkan berat badan saya ni...
Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.

1)Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

2)Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.

3)Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

4)Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

5)Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

6)Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

7)Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

8)Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

9)Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

10)Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

11)Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Bagi mendapatkan panduan berat badan yang ideal dan berkesan ini, anda boleh rujuk di laman web
-->> Teknik Formula Kurus
Di dalam teknik formula kurus ini, akan diterangkan cara yang lebih terperinci lagi bagaimana menurunkan berat badan dengan sihat dan berkesan.

Sekian,semoga kita semua sihat dan ceria sentiasa. Dapatkan panduan untuk menjimatkan elektrik di rumah anda.

28 Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih..boleh cuba balik kerja nanti kak hanum.

      Delete
  2. sy makan malam selalu jam 7. sy juga kdg2 time rajin buat sit up, tapi 10kali je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus makan awal sebelum tidur. Nanti boleh tambah jadi 15-20 kali pula. Tambah sikit-sikit.

      Delete
  3. Kakak kalau buat sit-up dan push-up agaknya terus tertiarap hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat yang senang dulu kakak. Janji berat badan boleh turun dan terkawal.

      Delete
  4. cikda sit up tak suka yang suka.. sit down je.. akekekke...
    salam aidil adha PM :)

    ReplyDelete
  5. semalam baru makan kfc mcd ooo... dah le lewat mlm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kena makan awal.tak pun sebaiknya tidur lepas 3jam lepas tu..

      Delete
  6. no 11 tu yang selalu berat betul nak buat:-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Nanti boleh cuba yang 1-10 tu dulu. Boleh turunkan berat badan akak.

      Delete
  7. alaaa...cara menurunkan je ke? cara menaikkan tak ada?? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak naik senang aje. Makan banyak sikit dari yang biasa makan sekarang Buzz.

      Delete
  8. berapa kilo berat budak tu..sihat molek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lengang saja dah 10 kg KL. Yang lain tak timbang lagi.

      Delete
  9. puasa sunat isnin dan khamis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara yang berkesan untuk turunkan berat badan juga bagi yang mampu buat. Insyallah pahala pun dapat jika niat kita betul.

      Delete
  10. baca rajin..
    bila nak btnya malas..bt sekali lps tu tak bt2 dah..semangat masa awal je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa semangat buat.tapi kena buat selalu.insyallah dapat turunkan berat badan dengan berkesan.

      Delete
  11. ayu try tak makan malam alhamdulillah menjadi jgk ;-)

    ReplyDelete
  12. Anonymous21.10.13

    tq share ye & maaf lambat terjah semula, kebusyan & kesihatan Adik x mengizinkan lately!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak. Semoga bertambah sihat hendaknya adik tu.

      Delete
  13. selalu dh akak baca nih tp yg di amalkan skit je... pastu bt2 lupe lak nk amalkan... camne...

    ReplyDelete
  14. untuk turunkan berat badan, diri sendiri kena ada azam dan bertindak berdasarkan panduan yang betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tanpa panduan yang betul. susah nak turunkan berat badan yang kita nak. Boleh dapatkan ebook yang saya berikan kat atas tu untuk dijadikan panduan.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.