Pesawat MAS Hilang

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.
Sedikit perkogsian berikutan Pesawat MAS yang hilang.

SEPANG 8 Mac - Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) hari ini mengesahkan spekulasi bahawa pesawatnya yang hilang iaitu MH370 telah selamat tiba di Nanming, China adalah tidak benar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, pesawat tersebut masih tidak dapat dikesan sejak dilaporkan hilang pada pukul 2.40 pagi tadi di kawasan perairan Laut China Selatan sempadan antara Malaysia dan Vietnam. - UTUSAN ONLINE

Pesawat MAS hilang, MH370,
Pesawat MAS

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.28 petang untuk berjumpa waris dan ahli keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines yang hilang hari ini

Kerajaan menubuhkan sebuah pusat operasi kordinasi bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dari radar sejak pukul 2.40 pagi tadi di Laut China Selatan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pusat tersebut yang akan diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ditubuhkan bagi memastikan operasi menyelamat itu berjalan lancar.

Beliau berkata, pada masa sama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga akan menggunakan aset mereka untuk melaksanakan operasi itu.( Utusan )

Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengesahkan bahawa pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.

Kenyataan MAS itu memberitahu, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Katanya, penerbangan itu membawa sejumlah 239 orang, yang terdiri daripada 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 petugas. Kerakyatan para penumpang adalah dari 13 negara.

Menurut kenyataan itu lagi, MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa, yang sudah pun memulakan usaha mencari dan menyelamat bagi mengenal pasti lokasi pesawat.

MAS akan memberikan berita terkini mengenai kejadian ini dan orang ramai boleh menghubungi nombor 603 7884 1234 bagi maklumat terkini. ( Utusan )

Bersama-sama kita semua mendoakan kebaikan untuk mereka semua. 

1 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.