7 Sebab Dah Lama Tak Update Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
7 Sebab Dah Lama Tak Update Blog.Macam best aje nak mengarang hari ni. Walaupun entri ni dah berhari saya simpan. Tulis sikit, sambung pula. Lama-lama siaplah entri macho ini. Macho la sangat.

Baru perasan sejak dua menjak ni lama dah tak update blog ni. Blog lain pun kadang sama juga. Kadang update kadang tak update. Maaflah kepada kawan-kawan yang datang ke blog ini. Tapi tak ada entri baru yang saya tulis.

7 Sebab Dah Lama Tak Update Blog, Blogger
7 Sebab Dah Lama Tak Update Blog
Jadi sebagai pemula semangat nak update blog selalu. Harap-harap menjadilah azam ini. Takut nanti tak terupdate pula. Cayok-cayok lepas ni kena update selalu yea. Kata 'peminat' senyap blog ini.

Oklah, tak nak jadi entri ini entah kemana-mana pula jadinya. Saya nak tulis sikit sebab dah lama tak update blog. Harapnya pembaca senyap blog saya ni tak marahkan saya. Kenapa dah lama tak update blog ini. Dah tak nak menulis ker, sakit ker, ker pergi mana.

Jadi sebagai pembuka bicara. Saya senaraikan 7 sebab dah lama tak update blog ini untuk tatapan semua.

Bagi yang rasa dah lama tak update blog tu. Jika nak jadikan entri ini sebagai rujukan anda pun boleh. Tapi jangan kata saya buat pula yea. Mungkin akan ada sedikit sebanyak persamaan atau perbezaan sebab-sebab saya dan anda yang tak update blog tu.

7 Sebab Dah Lama Tak Update Blog

1) Sibuk dengan kerja luar (out station)  -Yea kena kerja luar. Bila kerja luar faham-faham lah. Banyak masa duduk luar dan tak ada masa nak mangadap blog sangat. Kadang kerja luar tu duduk depan pc dan laptop juga. Tapi dah namanya kerja. Mesti kena buat kerja. Mana sempat nak tulis entri baru.

2) Malam buka blog mata mengantuk -Kerja siang penat, tak sempat nak tidur kot(mana boleh tidur). Mana boleh tidur masa waktu kerja kan. Nanti tak pasai-pasai pula ada yang sound nak kerja ke nak tidur.

Nak tidur balik tidur rumah. Nak kerja, jangan curi-curi tidur. Nanti aku tidur juga. Bila penat kerja siang. Memang nak menulis waktu malam tak ada modal nak mengarang. Nanti cerita apa-apa tah entri tu. Nak cerita ayam, tak pasai-pasai jadi ceita kereta. Tak ke jauh jadinya.

3) Tiba-tiba hilang idea pula -Tulis bukan main sedap tajuk, tajuk suam-suam panas. Lepas tu, dah sedap mengarang. Tiba-tiba ada ganguan pula. Dah hilang idea suam-suam panas tu. Jadi sejuk, beku boleh simpan dalam peti ais. Akhirnya tak siap entri tu. Tak sempat nak publish.

[ +Baca Juga- Rahsia Menulis Dapat Duit ]

4) Anak comel datang nak menulis -Haha, yang ni memang alasan yang kukuh saya rasa. Tengah sedap buka laptop nak mengarang. Tiba-tiba datang anak comel nak jadi penulis blog juga. Bagi kereta mainan tak nak, bagi bola tak nak, bagi pensel warna warnakan buku haiwan tak nak. Yang dia nak, nak menekan keybord juga. Nak tengok tulisan keluar bila dia tekan-tekan tu. Sudahnya. Tutup aktiviti menaip tu, bagi dia main-main apa yang dia nak.

5) Badan tak sihat -Yang ni alasan yang semua orang kena akur. Walau sehebat mana pun kita. Bila tak sihat, datang selsema ker, demam ke waktu tak sihat macam ni kena rehat secukupnya. Jika tak, lambat sihatlah jadinya. Bila macam ni, makan ubat. Buat apa-apa yang patut lepas tu tidur.

6) Tiba-tiba black out -Tak ada elektrik. Biasa tulis dalam notepad aje. Mungkin jika tulis dalam word bila buka balik boleh cari yang word recovery rasanya. Tulis bukan main panjang dah. Dah nak cukup 1000 patah perkataan dah. Tiba-tiba black out, tak ada elektrik. Beteri lupa letak lepas cabut kat laptop. Sudahnya entri tu hilang macam tu aje.

7) Tak ada mood nak mengarang -Yang ni kadang-kadang bila datang musim dia boleh jadi juga. Hilang mood nak mengarang. Bila buka blog, nak buat entri baru rasa macam mood nak mengarang dah hilang entah ke mana. Panggil-panggil,cari-cari tak datang-datang juga. Sudahnya buka benda lain. Buat kerja lain. Buat kerja dari rumah dalam Jobdirumah pun best juga.hehe..Tak percaya cubalah-->> Panduan Jobdirumah (klik sini)

Dah siap. Rasanya ini aje, yang sempat saya tulis. Kan nanti masuk alasan yang tak munasabah pula. Bagi yang selalu datang singgah blog ni. Insyallah ada masa nanti saya jalan-jalan blog kawan-kawan pula sebagai kunjungan balas.

Kongsikan entri "7 Sebab Dah Lama Tak Update Blog" ini dengan kawan-kawan anda juga. Mana tahu mereka pun tengah cari idea nak buat entri macam ni. Boleh guna alasan ini jika berkenaan. Selamat bercuti-cuti Malaysia.

p/s: Agoda banyak offer waktu cuti sekolah. Boleh guna khidmat agoda bagi yang nak dapat hotel bajet murah. Cari di Agoda (picit sini).
Jom bercuti.

22 Comments

  1. Bab anak kecil nak juga keyboard tu dah jelas budak sekarang sangat advance. Kereta mainan semua tu dia tak suka dah - laptop juga yg best banyak key boleh tekan-tekan hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak sekarang. Apa yang mereka nampak seronok, itulah yang dituju. Tapi saya tak bagi sangat. Biasanya cepat-cepatb tutup. Buat benda lain. Kanak-kanak tak elok lagi di dedahkan dengan peralatan dan gejat macam ni. Ada masa free baru menulis semula.

      Delete
  2. biasalahtu macam2 sebabkan... memang kalau datang tak larat nak karangtu memang tak bolehler... nak buat camnerkan.. .kita buat blogpun suka2 tuler jadinyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Zila. Bila tak kena dengan masanya, blog tak sempat nak buat entri baru.Bila keadaan ok balik baru boleh nak buat entri baru.

      Delete
  3. Saya pun dah hampir2 lupakan blog...hahaha...Hari ni baru update...tahun 2016 ni teruk betul prestasi blog saya..tak sampai 30 entri pun....

    Alasan saya: Sibuk menulis di medium FB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena azam, tahun depan kena rajin-rajin menulis dlaam blog juga.

      Delete
  4. Pasang surut dunia blogging... ini normal.. hehehehe kalau ada anak kecil lagi lah kan... 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jika ada anak kecil. Masa lagi kena cari yang paling sesuai aje.

      Delete
  5. Setuju sangat...saya pula sebab line internet tak ada di kampung..huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika di kampung saya lagi tak sempat nak buat entri baru. Kampung padat dengan aktiviti.

      Delete
  6. Rasanya kalau hakak kerja, hakak pun tak mampu nak menulis PM. Walaupun cerita santai santai tp kalau dah tak ada idea, mmg jangan haraplah nak jadi entri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila dah tak ada idea. Memang masa tu mood nak menulis entri tak jadi dibuatnya.

      Delete
  7. tak ada idea masalah terbesar seorang blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya tak ada besar mana. Lepas tu ok balik.

      Delete
  8. kalau saya sebab utama mungkin kerja luar atau bercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila kerja luar mahupun bercuti tak boleh juga nak update blog.

      Delete
  9. hehehehe... betul tu... mood menulis kadang-kadang terjunam ke laut... itu yang bertimbun entry terperuk bersawang kat draft...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena naik balik dari laut tu. Lepas tu tulis balik yang dalam draf tu Izni. Harap lepas ni mood tu datang balik untuk buat entri baru.

      Delete
  10. memang itu la antara sebabnya,,, akak pun sama juga.... tp ada satu sebab yag tak ada kat sini, kat rumah akak dah tak boleh buka blog or update kerana dah tak ada tenet... hanya di ofis dan di uni sahaja yang boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila di rumah, ada anak-anak. Kadang tak terbuat juga walaupun ada internet. Mana-mana yang sempat, boleh buat entri baru.

      Delete
  11. rs nyer semua blogger hadapi perkara yg sm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea ker. Ingat saya aje macam ni. Kena rajin buat entri balik.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.