2 Jenis Bisnes Depan Rumah Yang Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
2 Jenis Bisnes Depan Rumah Yang Mudah. Seronok ker buat bisnes. Ada yang panggil berniaga. Sama aje maksud dia cuma yang tu bunyi hebat sikit. Konsepnya sama. Nak cari rezeki dan tambah pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga.
2 Jenis Bisnes Depan Rumah Yang Mudah, Rumah Kampung
2 Jenis Bisnes Depan Rumah Yang Mudah - sumber pic
Apa sahaja bisnes kena rajin. Jika nak buat bisnes duduk tergolek depan TV aje. Memang tak ke mana bisnes yang nak dibuat tu. Saya nak kongsikan 2 jenis bisnes depan rumah yang mudah untuk dibuat oleh sesiapa sahaja, tak kira wanita atau lelaki yang tinggal di bandar mahupun kampung. Apa yang penting kena rajin dan ada azam yang tinggi untuk berjaya. Yang lain-lain akan datang kemudian pula.

2 jenis bisnes depan rumah yang mudah ni sesuai untuk dibuat dimana-mana sahaja.

1) Bisnes Jual Air - Bisnes ni mudah nak buat dan tak perlu modal yang besar. Perlukan serba sedikit peralatan untuk buat air, bahan-bahan air tersebut dan balang air. Jika depan rumah dah ada pondok tak perlu teduhan lagi. Jika tak ada kena cari payung atau kanvas untuk dibuat teduhan masa jual air tersebut.

Bisnes Jual Air
Bisnes Jual Air
Keuntungan buat bisnes jual air ni. Memang berganda-ganda dari modal dia. Kadang modal dalam RM20-RM50 aje setiap hari. Tapi dapat untung RM200-RM400 setiap hari. Jika kena dengan caranya. Jualan air tersebut akan ada pula permintaan untuk dijadikan juadah minuman kenduri kahwin, doa selamat dan lain-lain jemputan lagi. Bulan-bulan anda boleh kira sendiri. Jika berniaga 5hari seminggu dan dapat untung paling kurang RM200 sehari. Dah boleh dapat RM4000 sebulan. Betul ker? Jom kita kira..

1hari dapat RM200 (paling rendah)
5hari x 4minggu = 20hari

RM200 x 20hari = RM4000

Tak pandai nak buat air? Tak pandai nak cari bahan dan cara-cara nak mulakan bisnes ini. Mudah aje anda boleh belajar dan tuntut ilmu macam mana nak buat bisnes air ni dengan pakar bisnes air ini. Boleh rujuk Panduan Bisnes Air (klik sini) ini.

2) Bisnes Jual Burger - Jual burger ni pun tak susah. Boleh jual sambil santai-santai bila dah balik kerja. Bagi yang tak ada kerja tetap. Boleh berniaga burger ni sebagai pekerjaan tetap anda. Burger ni dah jadi makanan ringan rakyat Malaysia. Bila nampak kedai burger aje mesti ramai aje yang serbu waktu malam. Kadang ada yang tak nak makan nasi dan makanan berat yang lain. Mereka pilih untuk makan burger. Tak sempat nak makan waktu malam sebab sibuk atau dalam perjalaan. Mereka pilih untuk beli dan makan burger.

Bisnes burger ni tak susah mana. Tak perlukan kemahiran yang tinggi pun. Sebabnya semuanya dah sedia ada. Kita cuma perlu goreng dan potong-potong bahan-bahan dia aje. Dah siap goreng masukkan bahan lain dan bungkus. Harga burger dalam lingkungan RM3-RM7 sebiji. Mengikut kadar harga dan permintaan pelanggan.

Semalam dapat jual 100-200 biji dan jika berniaga 5 hari seminggu dah boleh dapat RM6000 sebulan. Tak percaya?

Harga burger = RM3(paling murah)
1hari jual 100 (paling rendah) = 100 biji
100 biji x RM3 = RM300

RM 300 x 20hari = RM6000


Bisnes burger
Panduan Bisnes burger
Bagi anda yang berminat dan buat dan belajar tentang selok belok bisnes burger ni. Anda boleh belajar dari perkongsian ilmu anak kepada 'jutawan senyap' Malaysia Chef  Li di dalam Panduan Bisnes Burger (klik sini) ini. Semuanya di ajar satu persatu macam mana nak buat burger, resepi burger sedap, cara-cara nak mulakan dan jalankan perniagaan ini sehingga berjaya. Tak mustahil anda juga akan beroleh gelaran jutawan senyap suatu hari nanti.

Lumayan bukan. Sebab tu kita tengok kenapa ramai yang berniaga air balang depan rumah mahupun jual burger depan rumah. Walaupun nampak pekerjaan 'low profile' . Tapi hakikatnya mereka boleh dapat hasil yang lumayan dari perniagaan tersebut.

Oleh kerana itu dalam agama pun menekankan umatnya mencari rezeki dari bidang peniagaan. Sebabnya 9/10 dari sumber rezeki boleh dapat dari berniaga.

Semoga perkongsian 2 Jenis Bisnes Depan Rumah Yang Mudah ini memberi sedikit manfaat untuk semua. Kongsikan info ini dengan kongsi entri ini dengan rakan-rakan media sosial anda juga. Terima kasih.

20 Comments

  1. kalau yang kerja siang malam boleh berniaga burger..yang suri rumah boleh jual air waktu siang..kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Banyak peluang depan rumah bagi yang rajin berusaha. Boleh cuba bagi mereka yang nak tambah pendapatan.

      Delete
  2. Bila pencen nanti nak jual air laa...🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Ramai yang pencen buat bisnes macam ni. Berniaga sambil isi masa lapang dan cari sumber kewangan.

      Delete
  3. Ada lagi yg jual depan rumah macam satu makcik taman kakak jual sarapan pagi. Untung sebab ramai yg beli. Sebungkus beehoon baru berapa tapi boleh jual beringgit-ringgit. Nasi 4-5 cawan boleh jual berbungkus-bungkus juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jual sarapan pagi pun salah satu cara juga akak. Cuma nak kena pandai masak baru ramai yang datang.

      Delete
  4. betul2 akak setuju tp klu kt kampung tak sesuai sgt jual air tp kalu sarapan pagi, mmg laku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada macam-macam cara nak tambah pendapatan. Antara hendak atau tidak aje. Saya suka jual yang senang-senang.

      Delete
  5. saya setuju kedua2 ni, cuma kalau kat bandar ni kena jalan utama baru lebih ramai orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang tak nak angkut barang sangat boleh cuba berniaga depan rumah dulu. Dah ok boleh mula kat kawasan lain pula.

      Delete
    2. oo gitu. betul2

      Delete
  6. Satu peluang yang baik dan boleh difikirkan bagi mereka yang sedang mencari peluang perniagaan sampingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang nak cari peluang perniagaan sampingan. Boleh cuba kedua-dua kerja ini atau pilih salah satu dulu. Ada usaha, insyallah boleh berjaya.

      Delete
  7. erm... gd idea.... klu tgk kat indon penuh tepi jalan n umh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau disana biasa mereka berniaga macam tu. Siap jalan-jalan bawa bakso dan macam-macam lagi yang mereka jual. Di depan rumah lagi banyak yang buat.

      Delete
  8. Idea bisnes yg mnarik tu tuan..jual dpn rumah lg sng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ramai yang buat bisnes macam ni sekarang. Dapat isi masa lapang di samping boleh tambah pendapatan. Boleh cuba jies

      Delete
  9. Bisnes depan rumah pun tetap kena ade lesen berniaga.. baru baca hari ni org berniaga depan umah, masih dlm pagar umah kena saman, sbb ade jiran mengadu.. tatau cerita details psl apa jiran dia mengadu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok tempat juga. Kalau kampung ok aje. Tapi kalau kawasan bandar. Yang ada pihak berkuasa tempatan. Nak selamat mohon lesen. Buat bisnes depan rumah. Jangan sampai ganggu rumah orang. Biasa tak ada masalah la.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.