TV Alhijrah: Iftar Cara Rasulullah S.A.W bersama Ustaz Badli Shah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Hari ini saya nak berkongsi Tips Berbuka Puasa atau Iftar Cara Rasulullah S.A.W yang saya dapat semasa menonton rancangan " Cinta Ilmu " TV Alhijrah semalam. Kuliah ini disampaikan oleh Ustaz Badli Shah pada waktu petang sebelum waktu berbuka puasa. Antara Tips Berbuka Puasa atau Iftar Cara Rasulullah S.A.W adalah

1- Berbuka dengan Baca Doa dan Bismillah
Hendaklah kita semasa berbuka puasa berdoa kepada Allah S.W.T. Kata ustaz juga doa pada waktu sebelum berbuka puasa adalah Mustajab iaitu waktu penerimaan doa di sisi Allah S.W.T. Sebelum berbuka kita doa panjang-panjang pun tak apa. Semua doa dan hajat yang  kita minta pada masa tersebut.Insyaallah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.

2- Segerakan Berbuka Puasa
Apabila azan maghrib dilaungkan kita hendaklah menyegerkan berbuka puasa.Dalam perjalan sekali pun sediakan bekalan untuk berbuka jika kita rasa kita akan lambat sampai ke destinasi yang ingin kita tuju. Paling kurang sediakan asam atau air meneral takut tak sempat sampai ke tempat berbuka.Paling bagus bawa buah kurma siap-siap.Kalau tak ada berbuka dengan asam atau gula-gula pun boleh jika tak ada kurma.

Kurma, Iftar, berbuka puasa, Sunnah buka puasa dengan kurma,
Kurma

3- Berbuka Dengan Kurma
Rasulullah S.A.W berbuka dengan kurma basah,tak ada kurma basah berbuka dengan kurma kering, tak ada kurma minum air kosong.Ada orang tanya tak boleh ker jika kita berbuka dengan buah lain. Ustaz tersebut bagitahu kita kena ikut setiap Sunnah Rasulullah S.A.W kerana dalam Sunnah ada kejayaan. Rasulullah S.A.W suka berbuka puasa dengan kurma basah dan bersahur dengan kurma kering.

4- Segerkan Solat Maghrib
Waktu solat maghrib di segerakan kerana waktu Maghrib amat singkat.Makan ringkas kurma atau kuih dan air sedikit.Lepas tu solat dan selepas solat baru sambung makan berat.

5-Makan Secara Sederhana
Jangan makan secara berlebihan.Ramadhan dah berlalu 20 hari boleh timbang berat badan kita.Jika berat badan turun ok la,tetapi jika naik berat badan kita,pasti ada yang tak kena sikit dengan puasa kita.

6-Mengajak orang berbuka bersama kita.
Sesiapa bagi makan berbuka kepada orang berpuasa,kita akan dapat pahala puasa dengan tidak mengurangkan pahala puasa orang tersebut juga. Bagus jika ajak orang berbuka dengan kita,tak pun kita berkongsi juadah berbuka dengan bersedekah kepada jiran-jiran dan saudara mara di tempat kita tinggal.

Semoga kita dapat jadikan Tips Berbuka Puasa atau Iftar Cara Rasulullah S.A.W ini sebagai panduan untuk kita meneruskan perjuangan puasa kita di hari-hari akhir bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Wallah'hualam.


24 Comments

  1. Thanks for sharing.... :D

    ReplyDelete
  2. ini cara sebaiknya, jom pakat2 kita buat

    ReplyDelete
  3. thanks for info

    ReplyDelete
  4. yeh.. semalam juga baru saya tahu yang doa sebelum berbuka yang keluar kat tv tu berstatus hadits doif. tapi tak salah nak beramal sebab namanya pun doa.

    ReplyDelete
  5. betul tu dik... bt masa nih 1 umah je jiran yg selalu akak berkongsi juadah berbuka, yg lain2 tuh kadnag tk gelap je... mungkin yg keje balik mlm kot,

    ReplyDelete
  6. kita kena ikut cara-cara ni.. cara-cara kekasih kita semua.. :)

    ReplyDelete
  7. dah tgok smlm kat tv..hanya 3 org tetamu yg hadir..ilmu yg sgt bagus..

    ReplyDelete
  8. tq for sharing

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Anonymous4.8.13

    Pengamalan berbuka puasa yang terbaik.. Jika perut kenyang atau penuh, berat nak solat maghrib.. Ikutlah nasihat terbaik..

    ReplyDelete
  11. terima kasih...
    kalau dah mkn byk sangat nnt berat nak buat kerja..nk solat pun berat jugak...mkn ala kadar sahaja...

    ReplyDelete
  12. berat sy turun 800gram..

    ReplyDelete
  13. Semoga ianya dapat diamalkan bersama..

    ReplyDelete
  14. Anonymous7.8.13

    hari ni dah hari last puasa dah..semoga diberi kesempatan bertemu ramadhan tahun depan..

    ReplyDelete
  15. Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Rakan-Rakan Blogger ..
    Blogwalking Malam Raya...hehehehe.

    Dari Hanif Idrus Blog and Family.
    Thanks be my friend

    ReplyDelete
  16. Selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  17. Selamat hari raya aidilfitri. Jangan lupa sambung posa enam..

    ReplyDelete
  18. salam aidilfitri..
    maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  19. ramai juga yang dah tahu sebenarnya tapi tak diamalkan

    ReplyDelete
  20. bagus tips dan panduan ini. mmg lengkap...
    masih boleh dipraktikkan dalam puasa enam atau puasa sunat... :D

    ReplyDelete
  21. nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada tuan blog.. maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  22. panduan yang berguna boleh dipraktikkan mana2 yang berkenaan selain dari Iftar Ramadhan... terima kasih

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.