Zakat Fitrah 2012 Seluruh Malaysia


Assalamualaikum .
Hari ni saya nak berkongsi info zakat fitrah 2012 di seluruh Malaysia. Kadar ini telah ditetapkan oleh Jawatankuasa fatwa Negeri dengan disahkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri. Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Oleh itu zakat adalah wajib kepada semua orang-orang Islam.
Tujuan kewajipan membayar zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir dan tunjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah. InsyaAllah, semoga anda semua dapat menunaikan kewajipan ini.
 Info Kadar Zakat Fitrah  2012 Seluruh Malaysia
NegeriKadar Zakat Fitrah 2012/1433H (RM)
Perlis6.00
Kedah7.00
Pulau Pinang7.00
Perak7.00
Selangor7.00
Negeri Sembilan6.50
Melaka6.50
Johor5.00/8.00
Pahang7.00
Terengganu4.50/7.00/7.60
Kelantan7.00
Sarawak6.50
Sabah7.00
WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan7.00
Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) untuk pengguna Celcom dan Maxis.
Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.
CELCOM : Taip FITRAH [Jarak] [Negeri] dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
MAXIS : Taip FITRAH [Jarak] [Negeri] dan hantar ke 22032 serta ikuti arahan seterusnya
Antara dalil yang mewajibkan Zakat Fitrah ialah hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Rasulullah  S.A.W. telah mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan kecil, besar dari kaum muslimin dan disuruh mengeluarkannya sebelum orang keluar untuk sembahyang hari raya. [Hadis riwayat al-Bukhari]
Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya. Selamat menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam!
Walllah hu'alam.

9 Comments

  1. Alangakah rugi kalau bersolat, berpuasa tapi lupa utk berzakat. Banyak zakat yg kena ambil perhatian sebenarnya bukan fitrah saja tapi juga seperti harta, business, kebuh, ternakan semua kena ambil kira...

    ReplyDelete
  2. salam...perak RM7 ya.InsyaAllah,HB akan membyrnya sblm raya menjelang.

    Slmt berpuasa...

    ReplyDelete
  3. en. hubby dah bayarkan :)

    ReplyDelete
  4. Anonymous30.7.12

    terimakasih berkongsi ye1. mcm syiela tu, KA pown en hubby yg settlekan bab2 zakat ni

    ReplyDelete
  5. macam2 cara sekarang ni kalau nak berzakat.. nak dgn tak nak je kan..

    ReplyDelete
  6. tanggung jawab en. somi nie..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Along dah bayar zakat untuk seisi keluarga kami. :)

    ReplyDelete
  8. kat trg ada 3 pilihan.. tp kebanyakannya taraf sederhana

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.