Adab Menguap

Assalamualaikum..
Hari ni saya nak berkongsi ngn kawan2 tentang Adab Menguap.. Semoga kita dapat sama2 mengamalkan nya.. AMIN.


Dari Abu Hurairah dari Nabi saw ia bersabda:
Sesungguhnya Allah Taala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang yang) menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan hamdalah kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca YarhamukAllah(Semoga allah memberi rahmat kepadamu). Adapun menguap itu adalah dari syaitan. Apabila salah seorang dari kalian 
menguap maka hendaklah ia mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang dari kalian menguap, syaitan pun tertawa kerananya. [Riwayat Bukhari]

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.[Riwayat Muslim]

Dari Abu Said Al-Khudri ra dari Nabi saw ia bersabda:
Jika ada di antara kamu menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk [Riwayat Abu Dawud]

Terdapat beberapa hadis lain lagi yang berkisar perihal menguap dan adab-adabnya. Dan kesemua hadis-hadis tersebut membawa kepada satu makna, iaitu Islam tidak suka seseorang menguap terutama TANPA menutup mulut apatah lagi ketika sembahyang.

 Dari Sahih Muslim Syarah Nawawi membicarakan mengenai maksud "Menguap adalah dari Syaitan. kata Imam Nawawi :"Apa-apa perbuatan dari akibat kemalasan dan penyebabnya ditambah kepada seseorang bagi memuaskannya. Didalam Al-Bukhari Nabi saw berkata [Hadith no 1 diatas] : "Sesungguhnya Allah swt suka kepada bersin dan benci kepada menguap". Dan berkata : Bersin menunjukkan kecegasan (aktif) dan ringan badan. Dan menguap pula sangat berbeza kerana ia memberatkan berat badan dan kepadatannya, dan kerehatannya membawa kepada bibit-bibit kemalasan. Ia satu penambahan kepada kerja Syaitan kerana ia akan menyeru kearah Syahwat. Ia ia disasarkan kearah menambah dan berlebihan didalam makanan dan makan yang berlebihan. Dan mengetahui bahawa menguap telah menambahkan. " - Al-Nawawi

Menurut Mohammad bin Ismail as-Shan'ani didalam bukunya Subulus Salaam bahawa "Menguap dikatakan termasuk perbuatan syaitan, kerana dia keluar dari akibat kekenyangan atau kemalasan, dan kedua-dua perbuatan ini termasuk perkara-perkara yang disukai syaitan"

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid berkata, dari hadis-hadis yang mengkhabarkan perihal menguap ini, boleh disimpulkan bahawa:
1)Syaitan menyukai manusia yang menguap kerana ia tanda kemalasan
2)Syaitan memasuki seseorang itu ketika menguap.
3)Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan memperlekehkan keburukan wajah diri yang sedang menguap

Maka jelas menguap itu satu tingkahlaku yang tidak beradab/baik. Bahkan dibenci Allah. Oleh yang demikian, seseorang itu hendaklah cuba sedaya upaya untuk tidak menguap. Cubalah sedaya upaya untuk merapatkan mulut ketika menguap sedapat yang mungkin. Sekiranya perlu, tutuplah mulut dengan tangan.
Dan juga janganlah menghasilkan sebrang suara ketika menguap itu.

Wallahualam

Rujukan
Terjemah Al-Azkar
oleh Imam An-Nawawi

5 Comments

  1. saya suka baca ni! saya akan kurangkan menguap lepas ni . saya akan cuba tahan .. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. @ Ini Kisah Tia: Amin.. Insyallah :)

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH.pagi-pagi dah buka blog awak...sebab tercri-cari apa yang ada dalam blog awak..setelah beberapa hari awak menyapa saya...saya sangat-sangat bersyukur mendapat info ini...selepas ini saya akan praktikkan adab menguap tu..yang kadang-kadang terlepas nak tutup mulut...dalam solat isyak selalu jadi..(menguap)...dulu selalu juga bersin waktu solat...macamana pula tu...kena sebut alhamdulillah juga tak waktu dalam solat tu...dan kalau ketika solat berjemaah macamana pula bila kita dengar imam atau ahli jemaah yang bersin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih.Saya pernah tanya ustaz tentang ni. Dalam solat, bila kita bersin @ dengar orang bersin tak perlu sebut Alhamdulillah.. Selain solat boleh sebut Alhamdulillah.

      Delete
  4. terima kasih banyak atas info yang diberi...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.