Tahun Baru 2017 Dan Cara Palaksanaan Azam Tahun Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tahun Baru 2017 Dan Cara Palaksanaan Azam Tahun Baru. Rasanya masih tidak terlambat nak ucapakan selamat tahun baru 2017 buat semua. Walaupun dah masuk hari ke 5 tahun 2017. Awal tahun macam-macam perkara nak kena selesaikan.
Tahun Baru 2017 Dan Cara Palaksanaan Azam Tahun Baru, Selamat Tahun Baru 2017, Tahun 2017,
Tahun Baru 2017 Dan Cara Palaksanaan Azam Tahun Baru
Urusan kerja, nak buka itu, nak tutup ini. Nak hantar itu, nak semak ini. Perkara biasa bila masuk awal tahun. Ada anak sekolah. Lagi macam-macam persiapan nak kena buat bila awal tahun.

Bagaimana Azam Tahun 2016 Lepas?
Macam mana azam tahun 2016 yang telah lepas? Berjaya capai semua, atau berjaya capai 99%, 80%, 50%, 40% atau di bawah 30% sahaja?.

Jika markah waktu kita sekolah dulu. Berjaya dapat 100%-80% masih dapat keputasan A lagi iaitu cemerlang. Jika 79% ke bawah dapat B dan jika dapat 50% dapat C.

Jika dapat 39% ke bawah dah dikira tak berjaya. Mungkin dalam buku rekod pelajar tu 39% dah kena tulis dengan pen merah. Dapat keputusan D atau F. Betul tak?

Inilah azam yang biasa saban tahun kita buat bila saja tahun baru bermula. Sebaiknya bila awal tahun 2017 ini, semak balik azam tahun 2016 lepas. Jika berjaya, Alhamdulillah.

Jika tak berjaya kena siasat balik. Apakah punca yang menyebabkan azam tersebut tidak mencapai sasaran yang diimpikan. Salah apa, kenapa jadi macam tu, kena kaji balik supaya ianya tak berulang untuk tahun ini pula.

Insyallah jika kita 'jumpa' kekurangan yang berlaku tersebut. Cubalah sebaiknya pada tahun 2017 ini perkara tersebut tak diulangi lagi.

Azam Tahun 2017 Cara Palaksanaan Azam Tahun Baru
Yea azam tahun baru. Semestinya lebih baik dan lagi menarik dari tahun 2016. Jika sama aje. Akan jadi sama seperti tahun 2016 juga. Jadi perkara pertama yang nak kena buat adalah dengan menyenaraikan azam yang kita nak nak capai pada tahun 2017 ini.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh dibuat untuk menjayakan azam tahun baru 2017.

Langkah Pertama:Tulis azam tahun baru 2017.
Tulis azam ni mudah aje. Jika tak tahu anda boleh pecahkan kepada beberapa bahagian. Seperti di bawah:-
1) Azam untuk pencapaian diri sendiri.
Contoh: Nak jadi baik, nak dapat berat badan cantik, nak bagun awal setiap hari, tak nak makan luar, nak dapat keputusan peperiksaan semua A, nak ambil lesen memandu, nak dapat kerja yang baik dan lain-lain lagi.
2) Azam untuk pencapaian perniagaan
Contoh: Nak buka kedai baru, nak dapat untung RM5,000 sebulan, nak tambah pekerja dan lain-lain lagi.
3) Azam untuk pencapaian keluarga
Contoh: Nak kahwih, nak dapat anak kedua, nak bawa keluarga bercuti ke mana-mana, nak pergi umrah dengan keluarga, nak beli rumah, nak beli kereta, nak beli motor dan lain-lain lagi.
4) Azam untuk pencapaian Agama
Contoh: Nak baca Quran satu juz sehari, nak zikir 300 kali sehari, nak solat 5 waktu secara berjemaah di masjid, nak solat awal waktu, nak tutup aurat sempurna dan lain-lain lagi.

Daripada pecahan tersebut anda boleh tambah lagi. Azam setiap kita pasti berbeza. Yang saya bagi di atas sebagai contoh sahaja. Anda boleh buat point-point kecil. Yang ini boleh fikir sendiri.

Tak semua azam yang saya bagi itu azam yang baik. Ianya cuma sebagai panduan untuk anda dapat idea nak tulis azam dan point bagi azam anda. Jangan terlampau terperinci. Jika terlampau terperinci nanti jadi dairi pula.

Anda juga boleh tulis azam mengikut bulan atau pecahan suku tahun 2017 ini.

Contohnya: Bulan Januari 2017 nak capai apa? Bulan Februari 2017 nak capai apa. Tak pun anda boleh tulis empat bulan sekali ( Januari-April), (Mei-Ogos) dan (September-Disember). Anda juga boleh tulis dua bulan sekali ( Jan-Feb),(Mac-April) dan seterusnya.

Langkah Kedua: Cetak azam tahun baru 2017.
Ambil satu masa, dan tulis azam anda. Buat draf dulu, tulis lepas tu fikir balik lepas tu tulis balik sampai siap.

Jika dah siap tulis. Ada baiknya anda print cantik-cantik. Letak dalam plastik keras azam tersebut. Tampal atau simpan di tempat yang selalu anda boleh lihat dan baca senarai azam tersebut.

Langkah Ketiga: Laksanakan azam tersebut.
Bab pelaksanaan ini susah sikit. Tapi insyallah jika anda cekal anda mampu untuk melaksanakannya. Ianya akan jadi mudah. Apa yang penting, kena salalu berazam nak buat perkara sampai berjaya. Disiplin diri penting dalam menjadi penentu kejayaan azam yang dibuat.

Jika tak ada perkara ini, ianya akan jadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Awal tahun panas dan bersemangat nak buat. Tapi bila dah masuk penghujung bulan Februari. Azam tersebut dah hilang entah ke mana. Azam jadi angan-angan sahaja.

Oklah, sempena tahun baru 2017 ini. Saya nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ini. Semoga tahun 2017 ini menjadi tahun yang lebih bermakna buat kita semua.
p/s: Lepas ni tulis azam yea. Jangan lupa print azam tersebut dan baca selalu.

Kongsikan entri "Tahun Baru 2017 Dan Cara Palaksanaan Azam Tahun Baru" dengan rakan media sosial anda juga. Terima kasih.

16 Comments

  1. azam ni memang kena tulis dan selalu nampak. kalau senyap je, memang kelaut lah azam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena tulis dan tengok selalu. Lepas tu bertindak.

      Delete
  2. ni baru nak tulis azam tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus. Tulis yea. Nanti boleh selalu rujuk, dah capai ke belum azam tersebut. Selamat berazam baru di tahun baru.

      Delete
    2. insyaAllah kena tulis juga

      Delete
  3. Setiap org ada cara mereka sendiri
    Ini satu dari langkah yg boleh diikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Mana-mana yang dah ada boleh teruskan dengan cara mereka. Yang tak ada, boleh jadikan ini sebagai panduan.

      Delete
  4. Nice entry... Apa azam admin tahun nie... buat pecahan azam tu bagus jugak... nanti teman pun buat list azam jugak la... pernah juga dengar penceramah cakap azam tu, perlu ingatkan selama 44 hari, azam tu boleh di review kalau sasaran tu agak mustahil... and satu perlu tick azam yang berjaya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azam admin bnayak setiap tahun. dah tulis.
      Tapi tak masukkan dala blog.
      azam untuk diri sendiri aje.
      betul tu, kena buat tick juga lepas aam tu tercapai.

      Tulis azam boleh baca dan tengok selalu.

      Delete
  5. azam tahun ni
    berusaha untuk mencapai hidup bertiga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga bertambah rezekinya.

      Delete
  6. alamak..terspontan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok aje. Azam yang selalu bermain di minda memang cepat keluar spontan.

      Delete
  7. Orang yg menyimpan azam ni bagus tau! Ada objektif dalam hidupnya. Ada semangat nak mencapai azam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, bila tulis azam boleh selalu rujuk. Kadang boleh jadi lupa pula jika tak tulis.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.