Keputusan Segmen Dua Kerja Minggu Depan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Keputusan Segmen Minggu Depan. Alhamdulillah dah nak habis bulan Januari 2016. Sekejap aje masa berlalu. Pejam celik-pejam celik dah nak habis bulan ni. Hanya beberapa hari lagi akan masuk bulan Februari pula.

Keputusan Segmen Dua Kerja Minggu Depan
 Keputusan Segmen Dua Kerja Minggu Depan
Berbalik kepada segmen yang saya anjurkan, setakat ni saya rasa sambutanya kurang menggalakkan. Susah juga nak anjurkan segmen ni rupanya. Rasanya sebab blog saya tak berapa glamor. Jadi sambutannya pun macam tu jugalah. Sehingga semalam  tak sampai 10 orang blogger menyertai segmen ini. Sadis betul rasa.hohoho..

Saya tidak mengharapkan apa-apa dari penganjuran segmen ini. Tujuan asalnya adalah untuk membantu rakan-rakan di luar sana sama ada blogger atau bukan blogger mencari idea untuk memulakan kerja kedua mereka atau buat dua kerja. Di dalam entri penyertaan tersebut boleh aje nak cerita apa-apa tentang kerja kedua tersebut. Harapan saya, dari penerangan yang dibuat akan bagi idea untuk kawan-kawan lain juga buat kerja kedua bagi manambahkan pendapatan mereka. Tak kisahlah kerja kedua tersebut secara online atau pun offline. Saya terima aje.

Setakat ni saya memang nak bagi hadiah wang tunai kepada tiga(3) orang blogger bertuah yang terpilih nanti. Keputusan tersebut insyallah saya akan umumkan pada minggu depan. Jadi kepada yang dah hantar penyertaan tersebut, semuanya saya dah senaraikan mereka di dalam senarai ini." Senarai Blogger Segmen Dua Kerja Apa Kata Blogger "

Bagi yang belum sertai segmen ni. Jika rasa-rasa nak mencuba nasib dan nak dapat hadiah juga, boleh sertai segmen ini. Insyallah penyertaan masih lagi dibuka sehingga akhir bulan Januari 2016 19 Feb 2016.

Nak tahu cara-cara bagi menyertai segmen ini boleh lihat panduannya di sini " Segmen Dua Kerja Apa Kata Blogger "

Terima kasih kepada yang telah menghantarkan penyertaan. Inyallah nanti saya akan update lagi senarainya jika ada penyertaan baru. Jika tak ada penyertaan baru, peluang mereka yang dah sertai segmen ini amat cerah. Kerana kurang persaingan.

Harapan saya, akan ada lagi yang sudi menyertai segmen saya ini bagi membantu kawan-kawan diluar sana mencari idea memulakan kerja kedua mereka untuk manambahkan pendapatan sampingan dan dapat meningkatkan ekonomi diri dan keluarga mereka. Kita bantu orang, insyallah Allah SWT akan bantu kita.

Dengan bantuan perkongsian idea yang anda berikan, semoga Allah SWT memberi balasan yang berlipat ganda. Salam segmen.

11 Comments

  1. selamat bersegmen

    ReplyDelete
  2. Moga akan ada yang join lagi segmen ini

    ReplyDelete
  3. Selamat bersegmen..
    Akak tak ada dua kerja PMDM..
    Tu yg tak juin..

    ReplyDelete
  4. Kakak rasa sebab bulan awal tahun ni ramai yg sibuk.
    Nak buat entri sendiri pun miss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah lanjutkan tarikh segmen ini sehingga 19 Feb 2016 pula kakak. Ada masa boleh join.

      Delete
  5. Setuju dengan kak Zakie..awal tahun banyak cuti lak tu..masing2 baru nak cari rentak menulis blog yang kejap timbul kejap tenggelam ni..di tambah dengan masa ..kalau cari penaja hadiah gempak2 sikit , lanjut kan tarikh sampai lepas raya cina ke..mesti ramai join..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan diterima Diana. Saya dah lanjutkan tarikh segmen ini sehingga 19 Feb 2016. Boleh sertai juga yea.

      Delete
  6. Biasalah PM ...segmen yg berilmiah cenggini nak kena fikir so kalau blogger mcm mak ni mmg outlah haha....Apa pun tahniah kpd awak PM sebab bersemangat untuk membantu rakan rakan

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum... PMDR,

    segmen nie ada lagi ker.. ingat nak cuba join. Boleh promote kan sekali segmen PMDR.. sesama join dan meriah segmen nie.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Tuan Selim. Saya dah lanjutkan segmen ini sehingga 19 Feb 2016. Boleh buat dan hantar entri penyertaan yea. Mana tahu ada rezeki jadi antara 3 blogger bertuah.

      Delete
  8. mungkin ramai agak bz, jadi tak sempat nak join

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.