Pesanan Lazada Sampai Dalam Masa 1Hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pesanan Lazada Sampai Dalam Masa 1Hari. Pantas dan terbaik itu yang saya boleh cakap dengan servis penghantaran lazada kali ni. Saya beli barang pada 11-11 dan keesoknya 12-11 sampai. Alhamdulilah, memang pantas service kali ni.

Pesanan Lazada Sampai Dalam Masa 1Hari
Sebelum ni beli barang dalam 3-4 hari bekerja juga baru sampai. Tapi kali ni satu hari dah sampai. Saya beli barang keperluan anak dan sebuah almari kecik. Saya ada cerita cerita dalam entri semalam.

Jika ingat balik berita dalam TV3 hari tu, rasanya bagi jualan MY Online Revolution 1111-1212 yang berlangsung selama 30hari ni mereka ambil ramai pekerja untuk bagi servis yang baik dan cepat. Baguslah jika lazada selalu buat macam ni. Tak perlu lagi nak bersesak-sesak dan ianya boleh menjimatkan masa tak perlu pergi pasar raya lama-lama. Jika pergi pun beli barang yang tak ada dalam ni aje. Yang ada boleh beli online dengan lazada. Dah beli tak perlu nak angkat bawa balik rumah. Mereka yang datang hantar sendiri ke alamat yang kita minta.

Barang-barang yang sampai tu nanti ada masa, sabtu ahad ni sambil-sambil buat kerja jobdirumah saya buka pasang mana yang perlu.

Baiklah, jualan masih berlangsung lagi jika anda tak sempat beli barang online di lazada lagi. Ada macam-macam barang dan beraneka pilihan. Boleh pilih dan beli, tak perlu nak berjalan ke sana sini macam kita pergi pasar raya nak bandingkan harga satu satu. Semuanya dihujung jari aje. Dah oder nanti barang tu sampai ikut alamat yang kita hendak. Sama ada di pejabat atau di rumah.

Boleh shopping sakan dengan jualan MY Online Revolution Teaser ni.  Nak shopping boleh klik benner dibawah dan terus bershopping.

Lazada Malaysia

Barang yang ada banyak yang menarik dan murah berbanding dengan harga yang kat luar, beli cepat sebelum orang lain beli.Lambat-lambat nanti takut habis stok yang ada tu. Salam Jumaat.

ps: Jom esok buat Jobdirumah.

19 Comments

  1. Pantas betul.. 1 hari dah sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Tak sangka secepat itu sampai. Sebelum ni macam banyak hari juga. Kali ni cepat.

      Delete
  2. Company yg business online semakin tip-top servis mereka
    Strategy pemasaran kena ada agar pelanggan tak lari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Bila servis bagus dan cepat macam ni orang akan rasa nak beli. Sebab ianya membantu dan mudah.

      Delete
  3. cepat tu! sy cuma sekali je guna lazada ni. sy byk borong kt zalora sbb baju + kasut kannnn hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zalora baju banyak yang cantik juga. Saya suka lazada sebab ada macam-macam.

      Delete
  4. Bagus la kalau cepat..saya dulu sampai seminggu lebih..bukan salah lazada pun..tapi salah syarikat penghantar nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Betul tu. Saya pernah kena juga. Memang macam tu. Bergantung kepada syarikat penghantaran. Tapi kali ni cepat. Alhamdulillah.

      Delete
  5. Bgusnya servis..sehari jr..
    Hri tu knor beli daging salai online..4 hari juga sampainya..kira lmbat jugalh tu..kn..jnjinya cpt dn pntas..apa2anlh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus yang kali ni. Harap dapat servis cepat macam ni selalu.

      Delete
  6. asslmkm..
    dah lama x shopping kt lazada.. nti hjng bln pun nk bli pmpers ank jgk.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun beli masa ada sale aje. Masa tu banyak yang menarik untuk dibeli.

      Delete
  7. Lazada semakin improve

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Semakin bersistemetik pada saya lazada sekarang ni.

      Delete
  8. slmt tenghari PMDR
    wah tip top lah servis Lazada sehari je boleh sampai mesti ramai yg beraleh arah lepas ni

    ReplyDelete
  9. Teman sesekali jer beli kat Lazada... hari tu depa bagi cash voucher... service memang terbaik...

    ReplyDelete
  10. Belum pernah try beli online. Malaslah nak bukak link tu, kang kalau berkenan payah pulak mak nak handle keghairahan bersoping hihi.......

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.