8 Sebab Kenapa Wanita Masih Solo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
8 Sebab Kenapa Wanita Masih Solo. Entri kali ini nak menyentuh kisah wanita dan para gadis yang saya hormati. Ianya sebagai perkongsian untuk wanita diluar sana. Untuk kebaikkan bersama. Pada saya sesungguhnya 'membina masjid' itu baik jika tujuannya ingin mencari keredaan Allah SWT. Apa yang saya dapat lihat hari ini. Ramai lagi kawan-kawan baik zaman sekolah mahupun rakan sekerja yang masih solo atau pun single.

8 Sebab Kenapa Wanita Masih Solo
8 Sebab Kenapa Wanita Masih Solo
Jika diikutkan dengan umur dan tahap kerjayanya macam dah layak sangat berkahwin. Tapi kenapa masih lagi belum bergelar isteri mahupun suri rumah atau ibu kepada anak-anak yang soleh serta solehah. Sayang bila jadi begini. Sesungguhnya di akhirat nanti Nabi SAW akan berbangga mempunyai umat yang ramai berbanding dengan umat lain. Tetapi jika wanita tidak berkahwin manakan akan bertambah bilangan umat nanti.

Saya nak kongsikan apa yang saya dapat dari pembacaan dan perkara yang saya perhatikan dalam kehidupan seharian. Mungkin ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan Hawa mendapatkan pasangan yang terbaik untuk diri mereka.

8 Sebab Kenapa Wanita Masih Solo  atau Single
1) Pemalu. 
Sebenarnya mempunyai sifat malu memang dituntut dalam agama Islam kita. Tetapi jika wanita mampunyai sifat pemalu yang bersangatan menyebabkan mereka tidak berani untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki. Sehingga boleh mendatangkan perasaan cemas yang melampau dan ini akan menyebabkan lelaki sukar untuk mendampinginya atau berkawan dengannya.

2) Tidak Mahu Berubah
Ada kalangan wanita yang sudah menetapkan ciri-ciri lelaki idaman hatinya. Jika mereka jumpa lelaki seperti yang diingini baru mereka bersetuju untuk menerimanya sebagai kawan dan menjadi pasangan hidup. Namun dia masih belum berjumpa dengan ciri-ciri lelaki yang mereka hajati. Kadang-kadang yang berlaku. Mereka inginkan pasangan yang soleh. Tetapi mereka masih lagi mengekalkan kehidupan sosial mereka. Manakan akan ada 'kumbang' yang ingin kepada wangian yang berbau busuk. Semestinya sang kumbang hanya inginkan yang wangi sahaja. Jadi berubahlah menjadi baik. Insyallah jodoh yang baik akan datang kepada anda.

3) Jarang Bergaul
Ada kalangan wanita yang hanya menumpukan kepada kerja atau pelajaran sahaja. Tidak pernah berfikir untuk bermasyarakat. Hanya tahu kerja/belajar sahaja setelah itu balik rumah rehat. Sebaiknya luaskan pergaulan anda. Di samping menjaga batasan agama di dalam pergaulan. Jika tidak bila anda akan bertemu dengan kekasih hati yang sesuai?.

4) Tidak Terbuka Hati Kepada Lelaki
Jika ini berlaku sebenarnya anda berada dalam situsi yang tenat. Cuba lupakan kisah lama bekas teman lelaki anda. Bukan semua lelaki seperti bekas teman lelaki anda. Cuba cari sifat baik insan lain dan menerima pasangan baru dengan seadanya.

5) Jangan Terlalu Menolak
Jangan terlalu bersikap menolak orang lain. Cuba cari sifat baik lelaki-lelaki lain juga walaupun anda pernah dilukai oleh lelaki. Kadang-kadang sikip anda yang membuatkan lelaki lari kepada anda. Cuba lebih bersikap positif dan bersangka baik. Insyallah Allah akan membantu anda membuat pilihan yang tepat.

6) Ada Sikap Kurang Ajar
Kebiasaannya juga, punca utama lelaki lari kepada anda adalah dek kerana sikap kurang ajar anda. Mungkin anda bercakap kasar, suka melihat orang lain dengan 'sebelah mata', menghina sesuka hati dan banyak lagi. Walaupun hanya dengan bergurau. Tetapi jika berlebihan ianya akan memudaratkan hubungannya dengan diri anda.

7) Meletakkan Standard Tinggi
Jangan terlalu memilih, hanya inginkan yang kacak bak bintang filem, yang kaya berstatus jutawan dan sebagainya. Cuba menerima pasangan anda dengan sebaiknya. Cari kebaikan dan tambahkan kebaikan pasangan anda. Pasti hidup akan lebih bahagia.

8) Tidak Berdoa
Pohonlah jodoh anda kepada Allah Yang Maha Esa. Hanya kepadanya tempat pengaduan yang sebaiknya. Jika anda minta, Allah SWT sentiasa akan menerima permohonan doa dari hambanya. Cuma kadang-kadang dilambatkan atas sebab-sebab yang hanya DIA yang lebih Mengetahui.

Banyak lagi punca dan langkah penyelesaian TERBAIK yang saya nak kongsikan. Jika anda nak tahu dengan lebih terperinci lagi. Cuba dapatkan Panduan Pikat Lelaki Idaman yang dihasilkan oleh Pakar Motivasi DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj.

8 Sebab Kenapa Wanita Masih Solo
8 Sebab Kenapa Wanita Masih Solo
Semestinya tips rahsia yang dikongsikan akan membantu wanita dengan lebih mudah dan selamat macam mana nak menamatkan zaman solo dan single minggel anda. Dapatkan ebook panduan ini yea gadis cantik!

Kongsikan entri 8 Sebab Kenapa Wanita Masih Solo ini dengan rakan-rakan ada juga di laman sosial. Terima kasih.

18 Comments

  1. Ada jugak kwn kwn yg dh nak masuk 40 x kawin lagi. X de yg berkenan kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea ker. Kena bantu mereka juga Ibu.. Kasihan lambat bertemu jodoh.

      Delete
    2. sian mak pokok ., kanns ;p

      Delete
    3. Kena usaha cari jodoh yang baik akak. Boleh jadikan ebook di atas sebagai panduan.

      Delete
  2. wanita sekarang ramai masih solo sebab takut dengan consequences selepas marriage...dah banyak yang mereka lihat di hadapan mata mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tengok yang tak baik ada. Banyak yang baik dapat bila berkahwin. Sebab dalam perkahwinan banyak kebaikan yang Allah SWT jadikan. Kena kawin dan minta jodoh dengan berusaha juga mencarinya di samping berdoa.

      Delete
  3. apa2 pon jodoh ni rezeki...tp btol jgk, kdg2 mungkin sikap seseorg wanita tu buat org kurang tertarik,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cikgu ma. Ada jodoh dari Allah. Sikap wanita kena jaga juga.

      Delete
  4. Org takut nk masuk minang sbb pandai sangt pun ada juga,gaji mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jumpa juga macam ni. Mungkin orang tua kena main peranan carikan jodoh atau nasihat kepada mereka agar berkahwin.

      Delete
  5. Depan mata kakak dan dlm keluarga terdekat kakak. Ikut mata kakaklah orgnya cantik, baik, beragama tidak memilih tapi peritnya sehingga kini tak ada jodoh lagi. Kesian... pada kakak org begini perlukan org ketiga membantu, sayangnya kakak tak mampu nak membantu.

    Apa yg pasti Jodoh juga ketentuan Allah. Tak bertemu di dunia mungkin di akhirat kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakak. kasihan jika lambat bertemu jodoh. Kena ada yang bantu-bantu juga.

      Delete
  6. Mungkin ada betulnya tips awak tu PM.....tp mcm yg Kanda Zakie ckp, jodoh tu rahsia Allah, ada yang dah dekat nak berkahwin tp tak kesampaian pun ada jugak, kalau dah katanya bukan jodoh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea betul tu. Semoga mereka cepat diketemukan jodoh yang terbaik.

      Delete
  7. kalau yg bersikap negatif tu mmg x dpt laa nk menolong...tp yg dah berusaha tp rezeki belum berpihak, x boleh jg nk slh kn mereka...kita doakan, krn lambat itu nnt dia kan dpt suami yg jauh lbh baik... insya allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jika ada yang bersikap negatif memang susah nak tolong. Apa yang penting kena banyakan doa agar Allah percepatkan dapat jodoh yang baik dan kena usaha juga cari jodoh yang baik. Jangan solo lama-lama rugi.

      Delete
  8. mmm... ada juga yang aimmkan suami orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami orang. Minta jauhlah. Cari dulu laki-laki yang masih bujang atau pun yang belum punya isteri. Itu lagi bagus untuk para wanita. Takut nanti gaduh susah pula, tak aman hidup jadinya.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.