Dapat Tugasan AdvertorialMy Masa Cuti Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dapat Tugasan AdvertorialMy Masa Cuti Raya. Alhamdulillah rezeki hari raya. Jika kecil-kecil dulu semua orang kata duit raya jika dapat duit masa raya kan. Saya pun kira macam tu jugalah. Dapat duit raya dari 'pengiklan' melalui AdvertorialMy. Balik dari cuti raya buka email baru perasan ada pingiklan dalam AdvertorialMy  yang sudi nak beriklan dalam blog saya. Kerjanya macam biasa, menulis review tentang barangan yang mereka nak iklankan dalam blog saya. Saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tak ambil banyak. Sekadar tolong menolong sesama kita.

Dapat Tugasan AdvertorialMy Masa Cuti Raya
Dapat Tugasan AdvertorialMy Masa Cuti Raya
Saya sendiri dah lupa ini hasil yang keberapa dapat kerja dari penulis review produk yang dapat melalui AdvertorialMy ini. Bila dapat macam ni rasa berbaloi sangat. Bukan apa, ini menunjukkan kerja menulis blog hari ini terkesan kepada pihak pengiklan yang ingin mempromosikan produk dan barangan mereka melalui blog pribadi. Biasanya dapat dilihat pengiklan hanya nak promosikan dan beriklan barang mereka dalam ruangan akhbar dan televisyen sahaja.

Hari ini mereka dah nampak bahawa melalui blog juga barangan mereka dapat diiklankan. Rasanya dari blog kesannya lagi baik. Kerana setiap penulisan review akan kekal selagi sesebuah  blog masih wujud. Bayar sekali sahaja dan manfaatnya berterusan.

Jika mereka iklankan barangan dan produk mereka di dalam akhbar, majalah mahupun tv. Ianya hanya untuk jangka waktu yang singkat sahaja. Bila tamat tempoh masa iklan. Pihak akhbar, majalah mahupun tv akan menghentikan iklan mereka. Namun jika mereka beriklan di dalam blog melalui penulisan review. Selagi blogger dan juga blog tersebut wujud. Selagi itu iklan mereka akan dibaca oleh pengguna yang ingin mendapatkan maklumat produk tersebut. Ini belum lagi jika blog tersebut ada elemen SEO yang mantap memang boleh dapat hasil cepatlah.

Dari sini kita boleh nampak kenapa hari ini ramai pengiklan yang ingin mengiklankan barangan mereka di dalam blog peribadi sebegini. Mudah cerita mereka hanya perlu bayar sekali sahaja dan hasil yang mereka dapat berkali-kali.

Melalui AdvertorialMy ini peluang terbuka luas kepada blogger baru mahupun blogger lama yang ingin mendapatkan tawaran kerja membuat penulisan review. Caranya amat MUDAH, daftarkan blog anda di dalam AdvertorialMy. Semasa mandaftar anda kena masukkan maklumat blog anda seperti nama anda, no Hp, email dan maklumat tentang trafik blog serta beberapa kelebihan blog anda yang boleh menarik minat pihak pengiklan agar ingin beriklan di dalam blog pribadi anda.

Bagi anda yang ada blog dan ingin mendapat kerja tugasan menulis review blog seperti yang saya dapat ni. Anda boleh daftar dan dapatkan hasil menjadi penulis blog di dalam AdvertorialMy  ini. Boleh daftar disini--->> Pendaftaran AdvertorialMy

Tak rugi laburkan modal pertama kali dan dapat hasil yang berterusan melalui jemputan penulisan review blog dari pihak pengiklan yang berkali-kali. Jika dapat 3-4 tugasan setiap bulan dah boleh UNTUNG sangat. Saya dulu dapat yang pertama kali buat penulisan review dah balik modal terus.

Yang bestnya pengiklan berkali-kali minta saya menulis dan setiap entri yang saya tulis saya dibayar secara berasingan. Jika anda berminat nak dapat jana pendapatan sampingan melalui penulisan review blog ini.  Anda boleh daftar di sini--->> Pendaftaran AdvertorialMy

Dah dapat hasil nanti. Jangan lupa belanja insan tersayang. Seronok buat duit dengan AdvertorialMy ni.

6 Comments

  1. Bila bijak mengolah masa dan berblog memang boleh menjada pendapatan
    Apa lagi kalau rajin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat tambah-tambah perbelanjaan yang perlu. Boleh cuba juga akak.

      Delete
  2. tahniah..seronoknya dapat habuan dalam berblog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Seronok juga. Boleh cuba juga Zee.

      Delete
  3. Tahniah ... blog ni mesti dah jadi pilihan ramai pengiklan ni. Sis ada dapat 2 request beberapa minggu lepas, sayangnya tak menjadi pulak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah sikit-sikit. Seronok dapat tawaran kerja macam ni. Insyallah ada rezeki Dja nanti.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.