Buat Duit Dengan Bisnes Kuih Raya Setiap Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Buat duit dengan bisnes kuih raya setiap tahun. Alhamdulillah sekejap sahaja masa belalu. Pejam celik dah nak masuk bulan Ramadan dan selepas ramadan hari raya bakal menjelma. Bila sebut pasai raya pasti akan ada yang terfikir baju raya, kasut raya, langsir raya dan kuih raya. Kalau yang mampu boleh tambah lagi kereta raya, rumah raya dan macam-macam raya lagi. Yang ni mengikut kemampuan masing-masing.

Saya nak kongsikan satu peluang buat duit yang mudah menjelang hari raya ialah buat duit dengan bisnes kuih raya. Jika anda perasan sekarang ni pun dah ada di kedai-kedai kuih raya dah mula dipasarkan oleh usahawan-usahawan kuih raya. Pada mereka, masa yang ada apabila menjelangnya musim perayaan cukup untuk bekalan mereka satu tahun. Percaya atau tidak anda boleh lihat sendiri.

Buat Duit Dengan Bisnes Kuih Raya Setiap Tahun, Bisnes Kuih Raya, Usahawan Kuih Raya,
Buat Duit Dengan Bisnes Kuih Raya Setiap Tahun
"Jika anda ingin menjana pendapatan lumayan melalui Bisnes Kuih Raya pada setiap tahun. Dapatkan ebook panduan pededahan teknik pemasaran kreatif Usahawan Bisnes Kuih Raya (klik sini). Semuanya dibongkar walaupun anda tidak tahu membuat kuih raya sendiri."

Pasaran kuih raya di Malaysia sangat luas. Biasanya mereka-mereka yang suka membeli kuih raya ini adalah daripada golongan mereka-mereka yang tak sempat nak buat kuih raya sendiri. Kenapa tak sempat? Saya akan ceritakan sebabnya :-

1) Encik Ali- Bukan nama sebenarnya yea. Seorang pengurus besar di sebuah syarikat. Setiap tahun apabila hari raya beliau akan adakan rumah terbuka bagi beramah mesra dengan pegawai dan para pekerjanya. Beliau juga akan menjemput para pembekal dan pelanggannya untuk menghadiri majlis rumah terbuka tersebut. Berapa banyak kuih raya yang akan beliau sediakan?

2) Puan Nur - Pandai membuat kuih raya. Tetapi beliau bekerja dan mempunyai anak-anak yang masih kecil. Pagi sibuk dengan kerja di pejabat, bila petang dan malam sibuk menguruskan anak-anak dan hal ehwal rumah tangga. Hari minggu masa bersama keluarga,berehat, menghadiri kelas pengajian, jemputan dan bermacam-macam lagi. Tak sempat nak buat kuih raya juga. 

3) Mak cik Ani - Pandai buat kuih raya. Sudah pencen. Bagi Mak cik Ani beribadat pada bulan puasa adalah saat yang paling di tunggu. Masa muda kadang-kadang tak sempat kerana sibuk dengan urusan dunia yang terikat dengan peraturan dan juga urusan kerja luar. Masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya untuk urusan ibadat.

4) Puan Yaya- Selalu cuba buat kuih raya. Tetapi tidak disukai sesiapa mungkin tak menjadi kuih raya yang dibuatnya. Tak berapa pandai agaknya.

Sebenarnya banyak lagi yang nak saya senaraikan. Namun cukuplah ini sebagai senarai yang nak saya ceritakan tentang peluang besar yang boleh dilihat melalui bisnes kuih raya pada setiap tahun. Cuba anda lihat disekeliling anda, adakah terdapatkan mereka-mereka ini?

Jika ada inilah masa untuk anda bertindak dan menjadi usahawan bisnes kuih raya. Peluang yang ada jangan dilepaskan. Jangan tunggu musim raya tahun depan baru nak mula. Dengan hanya mengeluarkan sedikit modal anda mampu berhari raya dengan aman dan tenteram menikmati hasil keuntungan bisnes kuih raya yang dijalankan.

Usahawan Kuih Raya
Usahawan Kuih Raya
Ebook Panduan Usahawan Bisnes Kuih Raya (klik sini) ini terdapat kupasan yang terperinci dari mula mendapatkan bahan, cara membuat kuih raya, senarai kuih raya terlaris setiap tahun, jana untung tanpa promosi hebat, tips-tips promosi berantai, bisnes kuih raya tanpa buat sendiri dan banyak lagi.

Selamat maju jaya kawan-kawan bersama buat duit dengan bisnes kuih raya.

18 Comments

  1. Replies
    1. Boleh cuba bagi yang nak buat duit dengan kuih raya tahun ni.

      Delete
  2. sedapnye. telan air liur tgk biskut. buat biskut kita pandai, tp malas nak buat. hihi
    biskut kat kedai jugak yg menggoda jiwa n raga
    dah nak dekat puasa ni, elok benar beli buku tu, blh jual biskut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Boleh jadi taukeh kuih raya tahun ni. Asyik beli yang orang aje. Kena tahu cara yang betul. Insyallah boleh buat duit raya banyak.

      Delete
  3. Kakak tersenarai salah satu yg disenaraikan.
    Kerja sibuk, tapi tetap buat kuih sendiri.
    Jual tak mampu lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai antara kita yang berada di kedudukan no dua. pandai buat kuih dan biskut raya. Tapi tak ada masa. Peluang nak buat bisnes kuih raya memang luas tahun ni.

      Delete
  4. salam. hee moga senantiasa murah rejeki., masyukk tuu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih TL. Semoga murah rezeki untuk anda juga.

      Delete
  5. Bila dengar org yg dah berjaya dlm bisnes, mmg bestkan PM....tp tulah.....masalahnya sebelum masa nak berjaya tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Kena usaha dan belajar dari mereka yag berjaya insyallah boleh berjaya juga.

      Delete
  6. Assalam PMDR, sihat ka? hurm..akak biasa gak bisnes kuih raya ni.. tapi tahun ni, cam tak rajin nak niaga... rajin nak tunjuk2 je, tapi tadi dah ade org juai kuih raya, ade sample lagi, sedap... jgn sample je sedap, yg kite beli tu nnt tak same rasa cam sample, heeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap kuih raya sedap macam sample yang diberi. Memang untung buat bisnes kuih raya akak walaupun setahun sekali.

      Delete
  7. Dah semakin jarang beli kuih raya.. time raya biasanya hidang menu yang berat2.. kuih raya takde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok juga buat macam tu bagi yang sempat masak berat-berat.Tapi yang tak sempat kena hidang biskut dan kuih raya juga.

      Delete
  8. boleh tambah rezeki bulan Ramadan nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ana. Boleh buat bekal duit raya nanti.

      Delete
  9. kak sama dengan puan yaya...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa akak. Boleh buat bisnes kuih raya tanpa perlu pandai buat kuih. Ada caranya dalam ebook panduan di atas. Boleh cuba dan jana pendapatan masa raya nanti.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.