Study:Fakta Menarik Berkenaan Online Game

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Study Fakta Menarik Berkenaan Online Game. Menarik pada saya untuk dikongsi tentang game ni. Bukan untuk bermain game suka-suka dan habiskan masa. Tetapi sebaliknya daripada game hari ni macam mana anda boleh menjana pendapatan. PERCAYA atau TIDAK?

Saya ada membaca report yang dihasilkan oleh spilgames sebanyak 17 mukasurat. Hasil dari kajian yang dijalankan oleh mereka, sekarang ini ada lebih kurang 1.2 billion orang bermain game di seluruh dunia dimana 700 juta merupakan mereka yang bermain secara online.

Kalau anda berminat untuk membaca report tersebut, tajuknya report tersebut ialah "2013 State of Online Gaming Report".

700 Juta Orang bermain Game Online!!

Data-data yang mereka kumpul adalah dari beberapa sumber antaranya ialah comScore dan eMarketer.

Antara fakta yang menarik ialah 17 peratus dari penduduk dunia bermain games.

Sejumlah 44 peratus dari populasi online adalah mereka yang bermain game.

Anda jangan ingat hanya lelaki sahaja yang bermain game, 46 peratus pemain game adalah wanita.


Hasil kajian mereka juga menyedari "peningkatan ketara golongan wanita dan ibu didalam sektor online game".

Di Turki, 73 peratus daripada wanita turkish yang berumur sekitar 35-44 tahun bermain game online.

Fakta Berkaitan Jenis Kategori Game.

Kalau kita lihat top kategori game mengikut kumpulan maka, Kumpulan wanita lebih menyukai game dalam kategori Puzzle, Quiz dan word games.

Manakala kumpulan kanak-kanak perempuan, mereka lebih menyukai kategori game seperti Cooking, dress-up dan pet caring games.

Kanak-kanak lelaki dan dewasa biasanya lebih menyukai kategori game seperti Racing, sports dan juga action games.

Fakta: Peratusan tempat bermain game

Ini pula peratusan mereka yang bermain game melalui mobile mengikut tempat. Jagan terkejut bila tengok tempat tersebut yea.

Tempat Bermain Game online


Sofa di ruang tamu - 69%
Didalam Kenderaan - 63%
Diatas Katil - 57%
Didepan TV - 41%
Didalam Tandas - 34%

Hampir kebanyakan orang menghabiskan masa lebih banyak dengan bermain online game berbanding menonton video di YouTube atau membaca news artikel.

Sebenarnya data-data ini sangat penting buat Advertiser dan anda sebagai publisher untuk menghasilkan pendapatan online melalui online game.

Ini satu lagi data penting yang wajib anda ketahui iaitu melalui permerhation terhadap 180 juta mereka yang aktif bermain game ini, secara purata mereka menghabiskan masa lebih kurang 30 - 40 minit (average session) bermain game dan ini merupakan jumlah dua kali ganda lebih berbanding mereka yang menonton video di youtube.

Tanggapan terhadap "gamer" ini sudah berubah sebenarnya kerana kalau dulu hanya mereka yang ada game arked atau game console sahaja yang bermain game tetapi sekarang dengan adanya smartphone, hampir semua orang bermain game.

Dianggarakan pada tahun 2015, USA mobile game audience akan mencapai jumlah 162.4 juta (lebih dari separuh penduduk US).

Tidakkah satu kerugian buat anda setelah anda mengetahui fakta ini dan langsung tidak mengambil peluang untuk hasilkan pendapatan dari online game ini?

Ini adalah sebab utama wujudnya SGO v2.0 untuk membantu anda membina portal online game dengan mudah. Memang jika anda mengikuti panduan yang diberikan didalam Suka Game Online V2.0 (SGO v2.0) ini  Anda tak perlu lagi berhempas pulas memikirkan peluang bagaimana nak mencari pendapatan online lagi. Semuanya tersedia bersama jutaan pengguna yang akan menggunakan aplikasi game tersebut sambil mereka bermain dan anda menjana pendapatan daripada platform tersebut.

Berminat nak belajar dengan lebih mendalam lagi. Anda boleh belajar dengan mendapatkan maklumat tersebut sini-->> Suka Game Online V2.0 (SGO v2.0) (klik sini)

Selamat maju jaya kawan-kawan.

11 Comments

  1. Ada juga yang main game dalam toilet rupanya...haha
    Kalau mak orang....mesti tak nak bagi anak nampak...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin yang main game tempat ni bukan negara kita..

      Delete
  2. Ya Allah ramainya org main game
    Kakak tak tersenarai tapi anak kakak ada dlm carta itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main suka-suka isi masa lapang boleh naik main game online.

      Delete
  3. ramainya main gama online ni...sy belum terjebak lagi..harap2 tak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang main game online. Dari pada game online hari ni ramai yang buat duit. Boleh cuba dan belajar dari panduan di atas akak.

      Delete
  4. mmm... ada juga yang main game dalam toilet rupanya... hehehe... Actually, games apps nie memang ada yang menjana pendapatan... contohnya Clash of Clan, nak upgrade cepat boleh beli pakai duit... Ada yg lagi best tu, offer jual tanah tepi laut Clash of Clan tu sampai beribu ringgit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. tengok contoh game Clash of Clan tu boleh mejadi pembakar semangat nak libatkan diri dalam pembinaan game online yang boleh menjana pendapatan.

      Delete
  5. Fakta yang sangat menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SP. Memang boleh buat duit dengan geme online. Cubalah.

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.