SEGMEN BEN ASHAARI: Aku Seorang BLOGGER!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
SEGMEN BEN ASHAARI:Aku Seorang BLOGGER!. Menarik tak tajuk dia, tengok nama Ben Ashaari pun dah tahu dia bloggerkan. Antara blogger taiko yang menjadi guru saya. Saya pernah cerita beliau dapat duit hanya dengan menulis blog sahaja. Boleh baca di sini.

Saya takbik kat Ben Ashaari ini. Macam-macam dia dapat hasil dari menulis blog. Ini antara contoh hasil mereka-mereka yang berusaha dan menjana income dari blog. Tulis sahaja blog. Tapi di sebalik tu boleh buat income tambahan.

Oklah, lari tajuk pula. Saya nak join segmen Ben Ashaari ini. Tanda terima kasih sebab bayak bagi ilmu kepada saya. Sama-sama memeriahkan segmen blogger dan megengeratkan hubungan baik sesama blogger.

Jika anda nak joi juga, boleh pergi ke SEGMEN BEN ASHAARI:Aku Seorang BLOGGER! ini dan sertainya. Tutup hari ini sebelum malam macam gitu :-)


Ada beberapa soalan yang perlu dijawap. Semuanya macam menarik aje. Ini jawapan saya untuk Bro Ben Ashaari.

Soalan Pertama:
Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini!.
-Peranan yea? macam nak jawap periksa pula. Pada saya peranan saya sebagai blogger haruslah baik dan tidak sampai tulisan saya boleh mengguris hati mana-mana pihak. Kena sampaikan maklumat dengan sebaik mungkin. Jangan susahkan orang dan banyak bagi manfaat kepada orang. Insyallah akan ada kebaikan untuk kedua-dua pihak.

Soalan Kedua:
Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnes yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?
-Jawapan saya yea. Harus berhenti kerja. Sebab jad blogger best. Saya nak kerja di rumah aje :-). Bisnes untuk Backup Plan.. apa yea. Saya nak buka kedai runcit. Nak jual macam-macam benda kat kedai runcit saya.

Soalan Ketiga
Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?
-Harapan. Banyak harapan saya. Nak senaraikan kat sini jenuh juga rasanya. Cuma satu yang saya pgang dan harapkan adalah. Dari blog saya orang yang membacanya dapat manfaat, Tidak kira untuk kebaikan di dunia dan lebih-lebih lagi kebaikan di akhirat kelak.

Dah.ok rasanya jawapan ni. Dah siap boleh hantar kat komen blog Bro Ben Ashaari. Jika anda nak join juga cepat-cepat yea. Last boleh hantar sebelum jam 6 petang. Sebab lepas tu Bro Ben Ashaari dah tak nak terima.

15 Comments

  1. selamat bersegmen. nampaknya harapan blogger hampir sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih YBI. Yea ker. Ada harapan macam ni. :-)

      Delete
  2. semoga Berjaya..Ben pun dah tak kerja kan PMDR..Berjaya dia sebagai seorang blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Terima kasih buat Acik Erna juga.

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak guna komen "Name/URL" . Rasanya itu lagi baik. Maaf saya delete komen ni.

      Delete
  4. Assalamualaikum...
    cute name la blog nie...mesti suka buah manggis tak pon depan umah mmg banyak pokok manggis ..
    Singgah dari blog E.ben

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..
      Yea khaty. dua-dua betul tu. :-)

      Delete
  5. Assalamualaikum PMDR,
    bukak kedai runcit itulah yang best berbanding kedai lain... sebab apa tau, setiap hari dari pagi sampai petang mesti datang pelanggan punya, nak beli barang dari gula sampailah belacan he heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..betul tu Akak Amie. Kedai runcit semua orang suka singgah. Macam-macam ada. :-)

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan..
    Nama blog sgt unik..tringat sy pokok manggis dpn rumah arwah opah..tpt lepak ptg2..
    Apapun smg tercapai apa yg dhajati.
    Gud luck.
    Jemput ke blog sy..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.