Misi Alexa.com Bawah 1000 dan Tipsnya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Misi Alexa.com Bawah 1000 dan tipsnya. Macam menarik aje tajuk entri ni kan? Kata Mail, macam best aje ko. Saja nak bercerita tentang salah satu misi saya dengan blog ini. Kali ni nak cerita misi Alexa nak berada di bawah 1000.Macam susah, sebab tu yang dikatakan misi. Jika senang saya tak buat misi..hehe. Misi ini senang jika kita nak buat kerja di rumah.

Misi Alexa.com Bawah 1000 dan Tipsnya
Misi Alexa.com Bawah 1000 dan Tipsnya
Kenapa Nak turunkan ranking Alexa.com?
Kenapa sebab nak blog nampak baik dan bagus macam tu. Biasa lah kan, jika dalam senarai nombor dalam kelas dulu pun nak no 1. Dalam berblog pun macam tu juga sebenarnya. Kena buat dan baik pulih bagi blog kita berada di kedudukan yang paling rendah. Baru masyuk bila blog berada dikedudukan terendah dalam senarai Alexa.

"Lagi kenapa ko nak turunkan ranking Alexa ko"? Tanya Mail. Jawap saya, nak lagi dipandang pak cik google. Jika blog kita  ada ranking di kedudukan bawah Alexa ni, Peluang entri blog kita berada dalam page pertama google lebih cerah.

Macam mana turunkan ranking Alexa.
Mudah cerita anda kena rajin. Antara cara-cara mudah yang boleh diamalkan untuk menurunkan ranking Alexa adalah:-

1. Blogwalking – Kena selalu buat dan rajin-rajin ziarah,lawat dan akhir sekali komen blog yang anda lawat tu. Insyallah nanti ada rezeki kawan-kawan kita akan lawat blog kita baik.

2. Update secara konsisten – Yang ni antara perkara yang sukar juga nak buat. Update secara tetap. Kalau boleh jangan terlepas satu hari pun nak update entri anda. Jika rasa nak pergi bercuti atau sibok tu. Buat 10 entri siap-siap. Lepas tu buat entri auto publish. Insyallah dapat mengelakkan dari anda terlepas nak update entri

3. Comment Blog High Ranking – Yang ini pun susah juga. Lebih kurang cara pertama juga. Kena pandai-pandai cari dan rajinkan diri anda untuk terjah blog mereka.

Baiklah, ini antara beberapa tips yang saya tahu macam mana nak turunkan ranking Alexa blog kita. Cuma antara cara, yang paling bagus untuk jaga ranking semua ni. Anda kena belajar SEO. SEO tu apa, nanti saya cerita lagi. Tak pun boleh baca perkogsian " Kenapa SEO Penting Dalam Blog? "   Cuma jika nak tahu lebih bagus dan belajar sendiri dari mereka yang pakar. Anda boleh belajar dengan Juara SEO (klik sini). Memang juara jika ikut tips dan panduan yang diberikan  oleh mereka yang juara ni.

Lagi senang nak turan dan nak buat apa sahaja dengan blog jika anda master dengan SEO ini. Nanti boleh tengok dan dapatkan Panduan Juara SEO (klik sini) yea. Selamat maju jaya kawan-kawan.

4 Comments

  1. Klu SP blh capai dibwh 100k pun dah cukup bertuah sbnrnya. Misi tahun ini..:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih infonya, saya akan mulai praktekkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Sam. Insyallah akan ada hasilnya nanti.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.