10 Cara Menjimatkan Elektrik Di Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
10 Cara Menjimatkan Elektrik Di Sekolah. Semalam balik dari kerja anak buah tanya. Pak cik macam mana cara menjimatkan elektrik di sekolah? Dia tanya saya sebab katanya sekarang ada minggu penjimatan elektrik di sekolah. Jadi mereka macam kena buat "peta minda" macam tu langkah-langkah atau cara-cara yang boleh di ambil untuk menjimatkan penggunaan elektrik di sekolah.
bilik darjah cantik
Bilik darjah cantik
Saya pun buat-buat fikir jap. Taraa..baiklah macam ni kata saya. Malam nanti pakcik cari kat internat. Mana tahu ada tips yang berguna. Memang sekarang ni kadang-kadang bil elektrik naik tinggi. Bila dah dapat tinggi baru rasa bersalah dan nak cari panduan nak jimat elektrik kan.

Biasalah tu, saya pun pernah kena juga. Bil elektrik tinggi pas tu mula salah kan TNB. Sebenarnya diri sendiri yang salah gunakan elektrik ikut suka hati kan. Hujung bulan bila datang bil kena tanggung aje kan. Tapi itu dulu, Alhamdulllah sejak guna ebuku " Panduan Jimat Elektrik "(klik sini) sekarang ni bil selalu aje dapat bawah RM20. Bila dapat macam tu memang best. Sebab kerajaan malaysia yang bayarkan. Terima kasih Kerajaan.

Baiklah saya nak kongsikan tips dan cara-cara yang boleh kita gunakan untuk menjimatkan elektrik di sekolah mahupun di pejabat dan rumah sekali.

1) Tutup suiz lampu bila hari cerah.
-Ramai pengguna mengendahkan tabiat menutup lampu semasa keluar dari bilik. Tabiat tidak menutup lampu adalah salah satu punca pembaziran tenaga.

2) Tutup suz kipas bila meniggalkan bilik darjah dan bil hari hujan.

3) Tutup tingkap dan pintu semasa penyaman udara digunakan terutamanya di dalam bilik guru dan makmal komputer.
-Ini boleh mengelakkan pembaziran tenaga semasa menggunakan penyaman udara.

Makmal komputer sekolah
Makmal komputer sekolah
4) Operasi komputer di makmal komputer dan bilik guru.
Komputer yang beroperasi dalam mod sedia atau mod tidur membazirkan tenaga. Adalah menjadi amalan baik untuk menutup komputer apabila tidak diperlukan untuk mengurangkan pembaziran elektrik

5) Cerek Elektrik di makmal dan bilik guru
Pengunaan cerek elektrik amat menjimatkan kerana elemen pemanas di dalam cerek elektrik di letakkan terus di dalam air untuk mendidihkannya supaya kehilangan haba berlebihan dapat di kurangkan. Elemen pemanas juga harus dibersihkan untuk mengurangkan pengunaan tenaga.

6) Kipas yang baik.
Jikalau kipas telah lama maka pertimbangkanlah untuk menukar kipas baru yang lebih cekap tenaga. Ia mengunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.

7) Gunakan Lampu Kalimantang daripada Lampu Bulat
Lampu kalimantang adalah beberapa kali lebih cerah daripada lampu mentol bulat untuk Watt elektrik yang sama. Seboleh‐bolehnya gunakan lampu kalimantang yang Cekap Tenaga.

8) Tanam Pokok
Penanaman pokok di sekitar persekitaran sekolah sedikit sebanyak akan membantu dalam process penyejukkan sekolah kerana pokok‐pokok meresap CO2 di udara. Gas CO2 antara penyumbang terbesar pemanasan global dunia. Nak tanam pokok manggis pun boleh.

9) Penebatan bumbung dan siling
Ada kaitan antara penebatan bumbung dan siling dan penggunaan tenaga dalam rumah.Penebat pelbagai pilihan di sediakan untuk rumah di lokasi sejuk dan panas.

10) Selalu buat minggu jimat tenaga elektrik.
Ada bagusnya selalu buat minggu jimat tenaga elektrik dan dalam minggu tersebut juga boleh diselitkan sekali program dan ceramah kesedaran kepada guru dan murid tentang pentingnya menjaga dan menjimatkan penggunaan elektrik. Bagi hadiah kepada yang berjaya dan kenakan denda untuk kelas yang lupa untuk menutup kipas atau lampu semasa keluar dari bilik darjah. Insyallah dengan cara ini guru dan murid akan lebih peka macam mana nak jaga dan menjimatkan elektrik.

Dah cukup banya ni. Kepada yang nak tahu lebih terperici lagi macam mana nak jimatkan elektrik sama ada di sekolah, pejabat dan lebih-lebih lagi di rumah. Saya sarankan anda dapatkan ebook " Panduan Jimat Elektrik " ini. Dalam ni ada 1001 cara lagi yang boleh anda praktikkan supaya bil elektrik anda pun dapat dijimatkan.

Dapat selalu bil macam ni baru seronok!!
Jika dapat bil macam ni pun best kan, kerajaan yang bayarkan bil-bil rumah saya. Nak tahu macam mana? Dapatkan segera " Panduan Jimat Elektrik " ini. Pasti berbaloi memilikinya, kerana lepas ni anda tak perlu lagi nak bayar BIL ELEKTRIK yang TINGGI kepada TNB. Dapatkan dan lihat hasilnya.

10 Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih Kak Nur. Boleh cuba cara-cara nak jimat elektrik ni yea.

      Delete
  2. Salam. Nak tny, bilik darjah ctk tu mg btol bilik darjah ke? Sekolah dlm Msia? Kku btol, wow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah nak buat bilik sekolah macam ni juga ker?

      Delete
  3. Pada kakak semua ini juga boleh diaplikasikan di rumah bukan aje di sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakak. Boleh juga di aplikasikan penjimatan macam ni di rumah-rumah kita.

      Delete
  4. Anonymous1.10.14

    good one, tapi Angah duk komplen smpai cikgu suh bawak kipas sendiri dari rumah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunjuk entri ni kat cikgu sekolah angah ni akak. Kasihan nak kena bawa kipas ke sekolah.

      Delete
  5. yap.

    jadi kerajaan pun tak perlu kena bayar elektrik tinggi-tinggi tetiap bulan.

    duit kerajaan banyak jimat. leh guna untuk benda lain

    dan boleh bantu kerajaan bayar hutang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat elektrik di sekolah. Nanti boleh guna duit sekolah untuk aktiviti lain bagi manfaat pelajar.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.