Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia. Alhamdulillah kita masih berada di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Pada hari ini kita bakal diketemukan lagi dengan Tarikh dan Masa Istiwa Matahari di bumi Malaysia. Pada masa tersebut kedudukan matahari adalah betul-betul berada tepat di atas Kaabah. Fenomena ini dipanggil  Istiwa A'zam.

Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia
Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia
Pada waktu tersebut carilah dimana kedudukan matahari di saat itu, maka itulah arah kiblat yg betul kerana matahari betul-betul di atas kaabah pada waktu tersebut. Bila tiba waktu tersebut kita akan dapat melihat sendiri arah kiblat sama ada di rumah, pejabat, di kebun-kebun atau tempat kerja sambilan kita yang mana tempat kita menunaikan ibadat solat. Tidak perlu kompas mahupun pengesahan dari mana-mana jabatan agama tentang arah kiblat pada masa tersebut. Kita sendiri boleh menentukan arah kiblat tersebut. Baiknya Allah SWT kepada kita semua hambaNya. Tidak perlu bersusah payahkan. Allah SWT sediakan kemudahan kepada kita.

Tarikh dan Masa Istiwa Matahari di Malaysia.

Alhamdulillah bagi kita yang berada di bumi Malaysia. Tarikh dan Masa Istiwa Matahari di Malaysia adalah seperti berikut pada setiap tahun:

TARIKH: 28 Mei    MASA:Tepat pukul 5.16 petang.
TARIKH: 16 Julai  MASA:Tepat pukul 5.28 petang.

Macam Mana Nak Tentukan Arah Kiblat Berpandukan Waktu Istiwa Matahari?

Caranya mudah sahaja macam ini:-
1) Sediakan tiang atau kayu yang lurus, jika nak guna pen atau batang penyapu pun boleh jika tak ada kayu yang lurus bagi tujuan tersebut.

2) Pastikan jam anda telah diselaraskan mengikut waktu SIRIM atau dengan merujuk pada jam di warta berita tv, coder astro atau menghubungi 1051 dengan telefon anda  bagi mendapatkan waktu SIRIM. Mudah sahaja, call no tersebut dan anda akan terus dapat mendengar waktu di Malaysia mengikut waktu dan masa yang paling tepat mengikut waktu SIRIM. Jam di SIRIM adalah JAM yang menjadi jam rujukan waktu paling tepat di Malaysia. Jika nak tahu lebih lanjut boleh ke laman web SIRIM MALAYSIA.

3) Kemudian tegakkan tiang di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari pada waktu tersebut, samaada anda nak pegang atau cucuk tiang tersebut terpulang kepada anda.

4) Perhatikan arah BAYANG yang terhasil pada  waktu tersebut dan arah bayang yang terhasil adalah mengarah kearah kiblat yang sebenar terus dari kaabah.

5) Tandakan bayang tersebut menggunakan cat, atau pen sebagai rujukan.

Alhamdulillah dah selasai anda bolehlah buat tanda yang lebih terang lagi. Insyallah anda boleh ikut arah yang telah ditandakan tadi untuk mendapatkan arah kiblat bagi bilik-bilik lain dalam rumah anda bagi tujuan menentukan arah kiblat yang sebenar. Raya pun dah dekat, nanti ramai saudara mara yang berkunjung untuk berhari raya dan solat di rumah anda.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada kita semua bagi menentukan arah kiblat yang betul dan ini akan dapat memperbaiki lagi MUTU SOLAT yang kita kerjakan selama ini.

Seseorang yang menjaga solatnya, Allah SWT akan menjaganya. Bersama-samalah kita memperbaiki dan mempelajari dengan lebih baik lagi solat kita. Sesungguhnya solat adalah perkara pertama yang akan di soal pada hari akhirat. Jika baik solat, maka amalan lain Allah SWT akan terima dengan mudah, namun jika solat  tidak sempurna takut-takut nanti amalan lain juga Allah tolak. Ini kerana solat merupakan Tiang Agama. Dapatkan tips dan panduan bagi MENCANTIKKAN lagi mutu solat kita melalui perkongsian ilmu oleh Ustaz Hasnan disini --->> Rahsia Solat (Rujuk disini)

Selamat beramal di bulan Ramadhan yang penuh berat ini. Ada masa petang nanti boleh berbuka di Buffet Ramadhan Casa Ombak.

8 Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih akak. Nanti boleh periksa arah kiblat juga.

      Delete
  2. info yg bagus CM. tapi akak terlupa nak semak semula..teralpa sekejap masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kakyon. Tak apa. Nanti bila tiba tarikh dan masa istiwa matahari boleh tengok balik.

      Delete
  3. Menarik entri ni untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ezlaila. Harap berguna bagi yang nak tengok arah kiblat untuk solat berpandukan istiwa matahari semalam.

      Delete
  4. Kakak boleh katakan tiap tahun buat (biasa anak kakak yg tolong) tapi tahun baru lepas ini tak dpt buat sebab hujan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus macam itu kakak. Buat kita rasa yakin bila nak bersolat berpandukan arah kiblat yang betul.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.