Punca MH17 Ditembak Bentuk Hampir Sama Pesawat Presiden Rusia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Punca MH17 Ditembak Bentuk Hampir Sama Pesawat Presiden Rusia. Terdapat laporan yang mengatakan bahawa peluru berpandu yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 tersalah sasaran kerana pada mulanya ia disasarkan untuk pesawat yang membawa Presiden Rusia; Vladimir Putin.

Punca MH17 Ditembak Bentuk Hampir Sama Pesawat Presiden Rusia
Dikhabarkan bahawa reka bentuk warna pada kedua-dua pesawat berkenaan adalah hampir sama iaitu jalur merah dan biru di bahagian badan pesawat dan fiuslaj pesawat.

Bagaimanapun perbezaan boleh dilihat apabila lengkung jalur berkenaan berada di hadapan bagi pesawat Putin manakala ia berada di bahagian belakang pesawat.

Pesawat rasmi kenamaan Rusia adalah jenis IL-96 dan pesawat MAS jenis Boeing 777-200 iaitu model sama dengan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.

Memetik laporan laman web RT.com, pesawat kenamaan Rusia itu terbang pada laluan penerbangan yang hampir sama dengan jet Putin. Jet Presiden Rusia itu terbang hanya beberapa minit sebelum nahas malang itu berlaku.

Pesawat IL-96 itu berada di ruang udara sama pada pukul 3.44 petang (waktu Moscow) dan pesawat MH17 berada di ruang udara berkenaan selepas itu pada pukul 4.21 petang (waktu Moscow).

“Saya boleh katakan, pesawat Putin dan MAS berada di tempat sama dan pada ketinggian yang sama iaitu pada ketinggian 10,100 meter,” kata sumber yang dipetik RT.com.

Pada masa sama, terdapat laporan bahawa pesawat Presiden Rusia itu tidak terbang di ruang udara Ukraine ketika kejadian berlaku.

Menurut satu sumber kepada portal berita Gazeta.ru, pesawat Putin berlepas dari Vnukovo-3 iaitu sebuah terminal yang menerima pendaratan pesawat eksekutif tetapi pesawat itu tidak terbang di atas ruang udara negara yang sedang berkonflik dengan Moscow iaitu Ukraine.

“Putin hanya memiliki satu pesawat, pesawat itu sentiasa berlepas dari lapangan terbang Vnukovo-3, tetapi sudah beberapa ketika pesawat itu tidak terbang di ruang udara Ukraine,” kata sumber berkenaan.

Presiden Putin dikatakan pada ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Moscow, Rusia.

Jika dilihat warna kedua-dua pesawat, sememangnya agak sukar untuk dibezakan jika dilihat dari permukaan bumi dengan jarak ketinggian melebihi 10km sebegitu rupa.

Penerbangan MH17 terhempas malam tadi (waktu Malaysia) di Ukraine berhampiran sempadan Rusia ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan membawa bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Ketika kejadian, pesawat itu dijangka memasuki ruang udara Rusia pada pukul 5.20 petang waktu tempatan tetapi ia tidak berlaku. – sumber

#prayformh17, #doakanmh17, #mh17,

Jika inilah antara puncanya. Nampaknya kita semua kena lebih berhati-hati semasa menaiki pesawat. Banyakkan berdoa. Semoga ada kebaikan selepas ini akan menyusul. Anda dah tengok Iklan Raya Petronas 2014. Jika belum boleh lihat disini. " Iklan Raya Petronas 2014 " ada yang nak berbuka di Buffet Ramadhan Casa Ombak ker hari ini?

2 Comments

  1. Apa2 pun semua dh berlaku. Ketentuan Allah swt
    simpati tak terkta pd semua ahli klurga mangsa dn keseluruhannya.
    Byk yg berlku akhir2 ini.

    ReplyDelete
  2. Biar apa pun alasan mereka tetap mereka bersalah. Namun inilah yg dikatakan takdir yg Allah dah tentukan. Moga ada penyelesaian terbaik. Sedih sebab perbalahan mereka M'sia jadi mangsa.

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.