Pesawat MAS MH17 Terhempas di Ukraine

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pesawat MAS MH17 Terhempas di Ukraine. Lagi berita yang berat untuk kita sebagai rakyat Malaysia menerimanya. Pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine di percayai telah ditembak. Bila tahu berita ini rasa macam tak percaya. Namun setelah memeriksa sendiri kebearannya. Berita ini setakat ini adalah benar. Berikut antara berita tentang pesawat MAS MH17 yang dikatakan terhempas di Ukraine dikeluarkan oleh laman web MAS

Malaysiaairlines Website
Malaysiaairlines Website
" Media Statement : MH17 Incident
Released at 12:30am/18 July 2014
Malaysia Airlines confirms it received notification from Ukrainian ATC that it had lost contact with flight MH17 at 1415 (GMT) at 30km from Tamak waypoint, approximately 50km from the Russia-Ukraine border.
Flight MH17 operated on a Boeing 777 departed Amsterdam at 12.15pm (Amsterdam local time) and was estimated to arrive at Kuala Lumpur International Airport at 6.10 am (Malaysia local time) the next day.
The flight was carrying 280 passengers and 15 crew onboard.
More details to follow."
Sumber: Malaysiaairlines 

Facebook Malaysiaairlines
Facebook Malaysiaairlines 
Juga terdapat maklumat tersebut di dalam Facebook Malaysiaairlines 

Pesawat Malaysia ditembak jatuh - Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine_BH
Pesawat Malaysia ditembak jatuh - Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine_BH
Sumber dari berita harian online juga menyatakan kenyataan daripada Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine bahawa Pesawat Malaysia ditembak jatuh

KIEV: Seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu.

Menurut sumber lain, pesawat itu ialah jenis Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.

Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara. 

Setakat ini, tiada pengesahan lanjut mengenai laporan berkenaan walaupun pegawai Russia berkata, penduduk tempatan menjumpai bangkai pesawat.

Gerashchenko dipetik sebagai berkata: "Sebuah pesawat awam yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh oleh sistem anti-pesawat Buk....280 penumpang dan 15 kru terbunuh." - Reuters 
sumber: BH online

Berikutan dengan penyebaran dan berita ini juga. PM Datuk Seri Najib Razak juga melahirkan rasa terkejut beliau di atas kejadian tersebut.

PM lahirkan perasaan terkejut
Bagi mengetahui lebih lanjut lagi tentang kes Pesawat MAS MH17 Terhempas di Ukraine, anda boleh lihat update terkini di dalam laman twitter Malaysia Airlines disini : https://twitter.com/MAS

Berikut adalah rakaman video yang di ambil oleh penduduk tempatan disana.


Semoga ada perkhabaran yang baik selepas ini. Sama-sama berdoa di dalam keberkatan bulan Ramadhan  untuk kesejahteraan penumpang dan mereka yang terlibat. Semoga Allah bagi ketenangan dan ketabahan kepada rakyat Malaysia dan keluarga yang terlibat. Amin.

4 Comments

  1. mereka terpilih menghadapNya di bulan ramadhan ini ... al fatihah .

    ReplyDelete
  2. satu lagi musibah buat malaysia..
    al fatihah buat mereka yang beragama islam

    ReplyDelete
  3. Takziah buat keluarga MH17 ni PMDR.. semoga kita lebih dekat dengan Allah bila diuji ni ..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.