CPUV Earning dari Nuffnang - DiGi WWWOW 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
CPUV Earning dari Nuffnang - DiGi WWWOW 2014. Alhamdulillah hari ini dapat lagi CPUV Earning dari Nuffnang. Sebelum ini dapat CPUV Oreo Better Together Kali ini dapat CPUV Earning DiGi WWWOW 2014 pula. Nampaknya tak sia-sia letak iklan Nuffnang dalam blog. Rezeki sentiasa ada. Cuma lambat atau cepat bergantung kepada rezeki kita. Terima kasih nuffnang  bagi CPUV Earning DiGi WWWOW 2014 kali ini. Nampaknya menjadi ilmu yang digunakan dalam " Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang "

CPUV Earning dari Nuffnang - DiGi WWWOW 2014
CPUV Earning dari Nuffnang - DiGi WWWOW 2014
CPUV Earning DiGi WWWOW 2014 ini sebenarnya tentang pengiktirafan atau anugerah yang dianjurkan oleh DIGI dan macam-macam syarikat besar lagi kepada blogger-blogger. Ianya terdapat bermacam-macam kategori yang dipertandingkan. Bagi anda yang berminat nak mencalonkan blog anda di dalam DiGi WWWOW 2014 ini. Penyertaan masih lagi dibuka.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah Commerce, Content dan Community. Anda boleh pilih mana satu yang berkenan dan sesuai dengan blog anda. Terdapat kriteria - kriteria yang disertakan didalam setiap kategori tersebut. Pastikan blog anda sesui dengan kategori yang anda calonkan.

Kepada anda yang berminat nak calonkan blog anda di dalam DiGi WWWOW 2014. Anda boleh lakukan sedemikian. Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Wang tunai untuk pemenang bernilai RM5000 dan bermacam-macam lagi hadiah yang akan diberikan. Termasuklah kelas daripada pihak "Yahoo" dan perjumpaan dengan orang kuat " MSN " dan bermacam-macam lagi. Tiket penerbangan pergi balik ke Singapura juga diberikan. Lumayan bukan.

Tak nak bercerita banyak lagi. Bagi anda yang berminat nak jadi pemenang kepada DiGi WWWOW 2014 tahun ini. Ambillah langkah untuk mendaftarkan blog anda dan bolehlah berkira-kira dan berusaha untuk menjadi pemenang pada tahun ini. Jika tak menang pun tak apa. Sekurang-kurangnya dapat menaikkan nama jenama blog anda, dapat juga meluaskan jaringan kenalan bersama rakan blogger serta dapat menimba pengalaman yang baru. Tahun depan boleh cuba lagi insyallah.

Tak semua orang yang berjaya sekarang, cuba sekali mereka terus berjaya dan cemerlang. Semua mereka bermula dari bawah. Lama-lama baru boleh berjaya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada anda yag berjaya buat duit dengan blog. Kepada yang belum berjaya, jangan putus asa. Teruskan usaha anda. Kejayaan pasti akan menemui mereka-mereka yang tidak putus asa dan berusaha.

Rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. Cuma kita sebagai hamba kenalah berusaha mencari rezeki yang diberkati dan halal di sisi Allah S.W.T. Dapatkan tips  dan Formula untuk Menyeru Rezeki <<--(disini). Semoga mendapat rezeki yang diberkati.

18 Comments

  1. Tahniah dapat CPUV DIGI.

    ReplyDelete
  2. Best kalau dapat cpuv ni. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat selalu cpuv earning lagi best Hazmin.

      Delete
  3. tahniah...semoga makin murah rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih puteri. Untuk puteri juga semoga murah rezeki.

      Delete
  4. TAHNIAH2...

    rezeki tuuuu...hope lama iklan running n byk collect rm....heheheehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lie. Harap-harap macam tulah bila dapat WWWOW 2014 rasa seronok juga.

      Delete
  5. Tahniah! Moga terus murah rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Nor. Semoga akak pun murah rezeki juga bersama Nuffnang.

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Tahniah dpt cpuv digi wowww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya dapat sikit sahaja. Ramai yang dapat banyak lagi.

      Delete
  8. tahniah cik manggis. dpt cpuv digi

    ReplyDelete
  9. TAHNIAH...Alhamdulillah rezki..

    ReplyDelete
  10. Akk x dpt pun cpuv nuffnang ni. X aktif kut

    ReplyDelete
  11. salam...singgah jap yeerr,, kat cini ,,,untuk infonya sangat membantu sekali ..tq

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.