Keputusan SPM 2013 Diumum 20 Mac 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Keputusan SPM 2013 Diumum 20 Mac 2014. Kurang dari seminggu lagi keputusan SPM 2013 akan diumumkan 20 Mac 2014 pada hari khamis. Kepada adik-adik yang telah menduduki Peperiksaan SPM 2013 mesti dah tak sabar nak tunggu tarikh tersebut. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dah syabas kepada mereka yang berjaya. Bagi yang tak berjaya jangan terlampau sedih, boleh cuba lagi jika nak baiki keputusan peperiksaan anda. Kepada adik-adik mahupun pihak ibu bapa yang rasa risau tak tenteram nak tunggu masa tersebut. Boleh lagi buat solat sunat hajat memohon yang terbaik daripada Allah S.W.T.


Keputusan SPM 2013 Diumum 20 Mac 2104
Keputusan SPM 2013 Diumum 20 Mac 2014
Pengumuman secara rasmi keputusan SPM 2013 akan dilakukan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6 Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya pada jam 9 pagi. Seramai 470,395 calon yang telah menduduki Peperiksaan SPM 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Keputusan SPM 2013 dan Cara Mendapatkannya
Calon-calon SPM 2013 boleh mula mendapatkan keputusan peperiksaan bermula jam 10 pagi di sekolah masing-masing pada hari tersebut. Bagi calon-calon persendirian akan dimaklumkan menerusi pos, atau boleh terus ke pejabat pendidikan tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon SPM 2013 juga boleh menyemak keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau mySMS yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Semakan menerusi SMS hanya boleh dilakukan selepas jam 10 pagi pada 20 Mac 2014 tersebut sehingga jam 11:59 malam pada 26 Mac 2014.

Bagi membuat semakan menerusi mySMS, sila taip SPM[Jarak][No Angka Giliran] dan hantar ke 15888.
Contohnya : SPM DK1234567    --->> Hantar ke 15888.

Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang adik-adik. Semakan untuk PLKN siri 2 telah bermula. Bagi membuat semakan boleh lihat disini.( Semakan Penempatan Pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 11/2014 ) 

Sumber : Moe

17 Comments

  1. kepada yang berkenaan boleh la semak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. 20 Mac nanti boleh semak keputusan SPM 2013.

      Delete
  2. Yg pasti calon pelajar, ibu-bapa dan guru-guru memang berdebar menunggu masa keputusan itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila keputusan SPM nak keluar. Semua orang akan rasai debarannya.

      Delete
  3. pasti yang sedang menunggu keputusan SPM tu tak sabar nak semak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20 mac nanti boleh semak keputusan SPM 2013.

      Delete
  4. Tq info PMDR... semuga calon-calon SPM akan beroleh kejayaan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Amin. Semoga semua calon SPM 2013 berjaya bila keputusan keluar nanti.

      Delete
  5. DEBARANNYA SGT KENYANG....

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak tau result anak atok sedara.. tetiba rasa berdebar-debar teringat masa zaman amik keputusan SPM dulu.. ;)

    ReplyDelete
  7. pasti mereka yg sedang tunggu result ni rasa berdebar...

    ReplyDelete
  8. Anak saudara bunda ada dua orang tengah tunggu keputusan...

    ReplyDelete
  9. semakin dekat keputusan makin berdebar pulak. semoga keseluruhan dapat keputusan yang lebih baik tahun ni.

    ReplyDelete
  10. fuhhh.. template baru.. mantap

    ReplyDelete
  11. umum 2104??!!
    seratus tahun lagi tu..
    hihihi


    gurau je, typo kan? ;)
    salam kenal ^_^

    ReplyDelete
  12. Anonymous17.3.14

    doakan kejayaan untuk semua anak2 & adik2 kita kan !

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.