Catuan Air di 71 Kawasan Selangor bermula Khamis ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 kawasan membabitkan 60,185 akaun di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami catuan air berjadual hanya bermula Khamis ini hingga 31 Mac depan.

Pengarah Eksekutif, Pembangunan Teknikal SYABAS, V Subramanian berkata pengagihan air berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi.

Beliau berkata demikian pada sidang media Notis Pengagihan Air Berjadual di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang di sini, hari ini.

Catuan Air di Selangor
Catuan Air di Selangor
Kawasan terbabit dibahagikan kepada dua zon yang akan bergilir-gilir menerima pengagihan air selang dua hari mengkikut jadual.

Giliran mendapat air selama dua hari akan bermula dengan kawasan di Zon 1 Kuala Langat dan Sepang serta Zon 2 Hulu Langat pada 27 Februari ini.

Selepas itu, kawasan di Zon 1 Hulu Langat serta Zon 2 Kuala Langat dan Sepang akan mendapat air untuk dua hari bermula pada 1 Mac nanti.

Pada hari dijadualkan mendapat air, bekalan air disediakan pada jam 4 petang sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi dua hari selepas itu.

Bagi zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9 pagi pada hari dijadualkan tiada air sehingga jam 4 petang dua hari selepas itu.

Subramanian berkata, pengumuman SYABAS itu sekali gus menafikan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa catuan air akan dimulakan hari ini.

Beliau berkata, ini kerana sebarang keputusan membabitkan rancangan pengagihan air berjadual perlu mendapat kelulusan Surahanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Pelan berkenaan mendapat kelulusan SPAN semalam, jadi memerlukan notis sekurang-kurangnya dua hari, justeru kenyataan Khalid bahawa catuan air bermula hari ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat khususnya pengguna terbabit," katanya.

Jadual Catuan Air di 71 kawasan Selangor

WILAYAH HULU LANGAT
Zon 1

  •     Taman Juara Jaya
  •     Taman Bukit Belimbing
  •     Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
  •     Taman Harmoni Indah
  •     Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
  •     Taman Putra Budiman
  •     Taman Balakong Jaya
  •     Taman Seri Timah
  •     Taman Tanming Jaya
  •     Kawasan perindustrian Balakong
  •     Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
  •     Taman Industri Balakong
  •     Taman Tanming Permai
  •     Taman Industri Lifong
  •     Taman Tanming Ria
  •     Taman Sungai Besi Indah Zon 1
  •     Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan
Zon 2
  •     Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
  •     Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
  •     Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
  •     Kampung Baru Balakong
  •     Taman Kasturi Cheras
  •     Taman Sri Indah Cheras
  •     Taman Bukit Emas
  •     Taman Cheras Jaya
  •     Taman Impian Indah
  •     Taman Taming Indah
  •     Taman Sejati
  •     Taman Seri Sungai Long
  •     Taman Bukit Sungai Long
  •     Rumah Kenangan Cheras
  •     Taman Dutamas
  •     Taman Setia Kasturi Cheras
  •     AEON Cheras Selatan
  •     Taman Industri Balakong Jaya
  •     Taman Setia Balakong
  •     Taman Sinaran
  •     Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan
  •     Dataran C180 Balakong
WILAYAH KUALA LANGAT & SEPANG
Zon 1

  •     Kampung Olak Lempit
  •     Kampung Bukit Changgang
  •     Kampung Labohan Dagang
  •     Selangor Dredging
  •     Taman Changgang Jaya
  •     Kompleks Perabut Olak Lempit
  •     RTB Bukit Changgang
  •     Bandar Sri Ehsan
  •     Bandar Mahkota
  •     Bandar Sungai Emas
  •     Taman Arked
  •     Taman Ambar
  •     Taman Sri Dagang
  •     Taman Langat Murni
  •     Taman Langat Utama
  •     Taman Murnimas
  •     Taman Seri Telok Datok
  •     Taman Sri Cheding
  •     Sekolah Tamil Sungai Sedu
Zon 2

  •     Kota Warisan
  •     Warisan Bestari
  •     Taman Bunga Raya
  •     Taman KLIA Indah
  •     Tiara Heights
  •     Taman Ixora
  •     Taman Dahlia
  •     Taman Seroja
  •     Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )
  •     Taman Kenanga
  •     Taman Desa Vista
  •     Taman Desa Bestari
  •     Salak Permai

Sumber: Syabas
Sumber: Harian Metro


9 Comments

  1. Semoga krisis air ni tak berpanjangan....

    ReplyDelete
  2. kena berjimat cermat dan banyakkan berdoa semoga kemarau segera berakhir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Rdz. Semoga kemarau cepat berakhir. Amin.

      Delete
  3. mg krisis air cpt berlalu.. dan semua yg terlibat banyakkan bersabar

    ReplyDelete
  4. Dengarnya xsemua tempat kena catuan air kan...harap tak berpanjangan la..

    ReplyDelete
  5. Moga krisis air tak berpanjangan ... diharap gunalah air dengan bijak...

    ReplyDelete
  6. kesian org2 disana.. harap2 hujan trun. semuanya darinya kan

    ReplyDelete
  7. sabarlah orang lembah kelang. kami di sp ni dalam tempoh terdekat ni belum lagi walaupun cuaca amat panasssss...alhamdulillah

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.