"Si Pemalu Besar" Mengalami Kepupusan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Gajah binatang PEMALU ker? Percaya atau tidak.. Gajah adalah haiwan yang sangat pemalu.
Sebab itu kita jarang boleh jumpa gajah jika kita masuk hutan. Jika nak tengok dengan jelas pun masa kita pergi masuk zoo.Tetapi itu pun gajah-gajah ini akan menjauhkan diri sedikit daripada manusia.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita lagi jarang-jarang dapat dengar orang jumpa gajah. Kenapa yea? Sebenarnya tak ada sebab lain,melaikan gajah sebenarnya dah mengalami kepupusan.

"Si Pemalu Besar" Mengalami Kepupusan..

Ada berapa jenis gajah sebenarnya yea?
Gajah merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Terdapat 3 spesies gajah di dunia.
1)Gajah Asia
2)Gajah Afrika
3)Gajah Kerdil Malaysia(Borneo)

Gajah Asia
-Gajah Asia berbeza daripada Gajah Afrika dari segi telinganya yang kecil sedikit, mempunyai dahi yang rata, dan dua bonggol di kepalanya merupakan puncak tertinggi gajah, berbanding dengan Gajah Afrika yang mempunyai hanya satu bonggol di atas kepala. Selain itu, hujung belalai Gajah Asia hanya mempunyai 1 bibir, sementara Gajah Afrika mempunyai 2 bibit di hujung belalai.

Gajah Afrika
-Gajah Afrika merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Terdapat dua subspesies gajah Afrika iaitu Gajah Savana Afrika dan Gajah Hutan Afrika. Ia adalah haiwan darat terbesar, dengan jantan berdiri 3,2 meter (10 kaki) hingga 4 meter (13 kaki) pada bahu dan berat 3500 kilogram sehingga 12000 kg. Betina lebih kecil, berdiri sekitar 3 meter (9,8 kaki) di bahu.

Gajah Kerdil Malaysia(Borneo)
-Gajah kerdil atau Gajah kerdil Borneo dengan nama saintifik Elephas maximus borneensis adalah spesies terkecil gajah, bahkan lebih kecil dari Gajah Sumatra.Ukuran tubuhnya hanya sekitar 2,5 meter. Habitat tempat hidup mereka ada di kedalaman hutan Borneo, perbatasan antara Kalimantan Timur - Indonesia dan Sabah,Malaysia. Gajah kerdil Borneo dapat dibezakan dengan melihat ekornya yang lebih panjang dan mencecah ke tanah,mempunyai telinga yang lebih lebar,mempunyai belalai yang pendek dan gading yang agak lurus.
[sumber: Wikipedia ]

Gajah Borneo mengalami kepupusan kerana: -
-Kehilangan habitat mereka disebabkan oleh anjakan oleh pertanian berskala besar dan perladangan yang dilakukan tanpa kawalan.
-Berlakunya konflik antara gajah dan manusia akibat kehilangan dan fragmentasi hutan.
-Pemburuan haram  untuk mendapatkan gading gajah
-Ada juga yang menjadikan daging gajah sebagai makanan eksotik.

Bagaimana nak megelakkannya daripada gajah terus PUPUS?
-Bertidak segera dengan melaporkan jika berlakunya pemburuan haram gajah dihutan.
-Mengekalkan kawasan hutan simpan daripada diterokai daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.
-Bekerjasama dengan kerajaan dan bukan kerajaan kaji selidik hidupan liar, penyelidikan dan pembinaan kapasiti pengurusan kawasan perlindungan seperti yang dilakukan oleh WWF.
-Menjaganya dengan baik untuk tatapan generasi akan datang

JIKA sayang kepada Si Pemalu Besar ini. Boleh sertai usaha murni WWF untuk mejaga habitat gajah ini daripada terus pupus.

*Boleh pergi Menderma untuk Si Pemalu Besar
*Boleh juga menderma untuk usaha pemeliharaan Penyu di negara kita.

Perkongsian maklumat ini bukannya berbayar. Boleh" share" dengan kawan-kawan lain juga tentang info ini.Semoga usaha murni kita ini akan dapat membantu "Si Pemalu Besar" daripada mengalami kepupusan.


5 Comments

  1. last week baru je tengok gajah kat zoo negara...

    ReplyDelete
  2. Kalau tak dipelihara dengan baik......generasi masa depan hanya tengok dalam gambar sajalah...huhu

    ReplyDelete
  3. moning drop here early moning:)
    comelnya gajah

    ReplyDelete
  4. Tidak mustahil beratus tahun akan dtg cucu-cicit kepada cucu-cicit kita hanya mengenal gajah dari gambar atau dlm muzeum macam kita tak jumpa dinasaur...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.