Pasarmini 99SpeedMart dan Hari Tanpa Plastik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Masuk ke dapur perasan banyak barang-barang dapur yang dah nak habis. Hari minggu macam ni la berpeluang nak cari barang-barang keperluan yang dah nak habis. Gula, bawang, beras, kicap dan sos dah makin kurang.

Alhamdulillah cuti dapat beli barang dapur dan nak berkemas apa-apa yang tak kemas lagi kat rumah ni. Nanti tak pasai-pasai ada yang datang bertandang lihat rumah macam tongkang pecah.

Biasanya kedai yang menjadi pilihan pasarmini 99SpeedMart. Entah kenapa suka pergi kedai ni jika nak cari barang dapur. Bukan sebab nak tengok pekerja-pekerja kat sini yang comel-comel dan kacak-kacak. Cuma rasa selesa bila datang sini.

Pasarmini Speedmart
Dekat lagi Murah..memang betul la..
Pegi ke Pasarmini 99SpeedMart - "Dekat lagi Murah" hari ni nak cari barang dapur. Biasa la dah hujung-hujung bulan macam ni masa ni la nak beli balik barang-barang dapur yang dah habis.Kedai ini menjadi pilihan sebabnya bagi saya
  • Kedai ini bagus walaupun kedainya bukan macam pasaraya tapi bila nak barang keperluan dapur terutamnya tu ada.
  • Kedainya agak selesa berbanding kedai-kedai lain,ada aircond,ada bakul dan troli kalau nak bawa barang banyak.Kira macam mini pasaraya macam tu :-)
  • Semua barang keperluan dapur ada bila nak cari kat kedai ni.
  • TAPI yang NO.1 sebab kedai ni saya suka kerana,HARGANYA JAUH LEBIH MURAH berbanding dengan kedai-kedai lain hatta pasaraya sekali. Yea ker? jika tak percaya kita boleh datang dan bandingkan harganya pun.
  • Lagi SATU sebab saya suka, HARI SABTU kan HARI TANPA PLASTIK,dan kita yang datang beli barang-barang kat mana-mana pasaraya biasanya jika nak plastik kena beli dengan harga 20 SEN UNTUK SATU BEG PLASTIK. Teringat pula kisah  CINTA 20 sen antara Pasangan Razali & Izyan.
Berbeza dengan pasarmini  99SpeedMart ni kedai ni bagi kotak kat saya.Kita tak minta pun dia akan bagi.Ada tak kedai yang siapa-siapa pernah jumpa nak bagi kotak percuma. Bagus kan. Salah satu cara yang baik yang ditunjukkan oleh kedai ini yang mana tak pernah saya dapat kat kedai-kedai lain.

Mereka buat macam ni sebab nak menyahut seruan dunia dan kerajaan untuk menjaga dan memelihara bumi kita untuk kesejahteraan Generasi akan datang. Jom sama-sama Menjaga BUMI Hijau kita. Jangan guna Plastik lagi.Boleh ker?

Semoga kita semua menjadi penyumbang di dalam menghijaukan bumi kita untuk generasi akan datang. Ini satu cara sahaja. Ada 9 cara lagi nak hijaukan bumi  kita bagi kesejahteraan genersi akan datang. Selamat berhujung minggu kawan-kawan.


10 Comments

  1. Kat Tesco SP ni, bukan hari Sabtu aja, hari Jumaat pun tak de plastik. Masa dok Klang 13 tahun lalu, pasaraya ni dah wujud...tapi tak tulis speedmart. 99 saja, warna dan logo tetap sama. Lebih lama wujud dari econsave

    ReplyDelete
  2. Sy pun suka beli brg kt sin esp susu ank.

    ReplyDelete
  3. kat carrefour dan giant pun ada sediakan kotak jugak... saya suka shopping hari sabtu sebab tak ramai orang...

    ReplyDelete
  4. Anonymous29.9.13

    kt tempat aku tak ada 99speedmart ni..tunas manja ada la..huhu

    ReplyDelete
  5. Mmg betui...den dulu depa bg kotak...now...kawe selalu plak mintak kotak bila tiba sabtu....ahakz

    ReplyDelete
  6. Akak mmg suka g sini jugak cuma dia tak menyeluruh ke satu Malaysia ;) kalau tak mmg semua pakat p sini

    ReplyDelete
  7. suka ke speed mart kerana murah dan dekat
    mmg kena dgn slogan mereka

    ReplyDelete
  8. 99speedmart memang menarik. tapi kekadang kalah kat giant kalau ada berdekatan

    ReplyDelete
  9. Teman biasanya reload barang dapur sebulan sekali di Giant Shah Alam. Kalau ada yang tak cukup, teman biasanya akan beli di SU mall. Sesekali je teman ke Speedmart atau Maidin :)

    ReplyDelete
  10. so far kat area umah aku takde pasar speedmart yang terdekat. Biasa kalau kakak aku nak shopping pun dia akan pergi carefour jer..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.