Kecurian di Surau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Seperti biasa bila ada di rumah saya akan ke surau untuk solat berjemaah lima waktu. Kerana solat Lima Waktu bagi laki-laki sebaiknya di tempat di mana azan di laungkan, sama ada di masjid atau surau. Pergi ke surau ada jemaah surau bagitahu yang kipas dinding kat surau kami kena curi malam tadi. Hilang 6 buah semuanya. AJK surau dah buat laporan polis dan polis tengah menyiasat kes kecurian di surau ini. Harap-harap dapat tangkap pencuri yang bertuah tersebut.

Kecurian di Surau
Kecurian di Surau
Kerja siapa la yea? Harap-harap buka kerja Orang Islam, sebab tergamak pencuri tersebut curi kipas di surau.Tempat orang Islam solat boleh lagi dia curi kipas. Tapi tak tahu siapa yang buat " kerja baik " macam ni. Macam mana dia nak makan duit haram hasil jualan kipas yang di curi kat surau ni. Semoga pencuri tersebut di beri hidayat oleh Allah S.W.T dan bertaubat atas perbuatan mencuri. Semoga Allah pelihara kediaman kita dari kes-kes kecurian seperti ini.

Jadi nak lebih selamat jika keluar dari rumah kena baca DOA KELUAR RUMAH. Boleh amalkan doa tersebut untuk menjaga kediaman kita dari kes-kes kecurian macam ini. Paling kurang pun boleh baca AYAT KURSI 3X minta Allah lindungi diri,keluarga dan orang kampung kita dari kes-kes kecurian macam ini. Ini belum masuk kes nak jaga dan selamatkan alam sekitar untuk genarasi akan datang  lagi. Sama-sama la kita semua menjaga dan memeliharanya.


17 Comments

  1. Anonymous25.9.13

    bagus ni..petua yang berguna

    ReplyDelete
  2. astagfirullah.... kt surau pun nk curi... akak tak rasa org bangsa lain yg curi dik, selalunyer org mcm kite gk yg curi, yg konon2 nk tumpang kencing ke tumpang teduh ke time mlm2... selalu kes yg hilang wallet lah, hilang jam, hp tu kt surau kan ke keje sapa lg kan... moga Allah berikan hidayah la kt org yg bt nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Semoga Allah beri hidayat kepada mereka yang mencuri macam ni.

      Delete
  3. dulu surau di kampung habis duit sedekah dicuri...speaker kena angkat dan siap pagar surau pun kena curi..

    ReplyDelete
  4. Allahhhh.... sedihnya kakak. Kakak rasa mana-mana ada masalah yg lebih-kurang. Surau tampat kakak tabung pulak dipecah. Kami sekarang setiap kali habis solat isyak' akan ada salah seorg AJK bawa balik. Tiap seminggu kami buka dan masuk dlm bank (acc. surau). Susah bila iman dan aqidah kian tipis. Yg sedihnya kami rasa yg mencuri itu anak bangsa & beragama sama dgn kita...

    ReplyDelete
  5. tak tau la nak ckp ape.. mcm takleh nak dbendung gejala mencuri ni.. makin menjadi2.. geram..mmg geram.. tapi apa daya kita.. hanya mohon kepada Allah swt moga dijauhkan dari perkara-perkara sebegini.. jauhkan lah..

    ReplyDelete
  6. tak taula nak gelarkan apa manusia2 sebegini. macam2.. ada tue siap buat zina dalam surau. bila pegangan agama tiada dalam diri, semua jadi tak betul..
    Ya Allah, lindungi kami dari hasutan syaitan..

    ReplyDelete
  7. makin teruk orang kita ni.. kat rumah Allah pun tak segan silu nak mencuri..

    ReplyDelete
  8. ya ALLAH kat surau pun nak mencuri juga..memang teruk betullah perangai..

    ReplyDelete
  9. kenapalah sampai macam tu sekali...geramlak saya..agak2 kat surau pun ader org nak curik...

    ReplyDelete
  10. sekarang ni kat surau pun mereka berani..memang tak takut...
    bagus kita amalkan ayat tuh..tq

    ReplyDelete
  11. Anonymous25.9.13

    kerja sapalah ni, kat tempat2 macam ni pun diaorang nak buat kerja tu !

    ReplyDelete
  12. kes pecah kereta di masjid juga berlaku. buka angkara orang lain, orang kita juga. sebenarnya bila terdesak, mereka tidak takut kerana balasan tidak diterima sekelip mata, mereka lupa, Allah tangguhkan balasan kerana mahu mereka bertaubat. Mudah2an...

    ReplyDelete
  13. tergamak mereka mencuri di surau yer...

    ReplyDelete
  14. Bila iman dah semakin tipis apa saja dia boleh buat ;)

    ReplyDelete
  15. Kalau orang Islam punya kerja memang menyedihkan. Tergamak pulak nak curi barang dekat Surau ye.

    ReplyDelete
  16. Semoga pencuri tu diberikan hidayat oleh Allah S.W.T

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.