Tips Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 15 April 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya nak berkongsi sedikit maklumat tentang Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang akan diadakan pada 15 April 2016 di seluruh Malaysia.

Di sini saya sertakan sedikit panduan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 ini yang saya perolehi daripada laman web SPA.

Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
Panduan Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41


Sukatan Peperiksaan :-

Peperiksaan ini mengadungi empat seksyen iaitu:-

(i) Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
(ii) Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
(iii) Seksyen C - Esei Bahasa Inggeris
(iv)Tidak dinyatakan - PENAKSIRAN PERSONALITI

SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM 
SEKELILING

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, pengurusan sumber manusia dan organisasi, pentadbiran kerajaan, bidang ekonomi, bidang sosial serta perkembangan-perkembangan semasa yang lain.
Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian di dalam pelbagai bidang akademik. Siswazah-siswazah yang sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui media massa dan media elektronik seperti surat khabar, majalah, internet dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.
Masa : 40minit 
Bilangan Soalan : 50 

Contoh Soalan:

1. Malaysian Cyber Security Agency (MCSA) telah ditubuhkan pada tahun 2006 dengan 
tujuan menangani masalah keselamatan komputer internet di Malaysia. Sebelum tahun 
2006, MCSA dikenali sebagai 
A Malaysian Computer Emergency Response Team. (MyCERT)
B. Government Computer Emergency Response Team. (GCERT)
C. National IT Security Emergency Response Center. (NISER)
D Jawatankuasa IT Untuk Internet kerajaan. (JITIK)

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Dalam kertas ini, calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

i) Kebolehan Menggunakan Logik
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan

ii) Kebolehan Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisis untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan Tingkatan 5 (SPM). Walaupun ada di antara calon mempunyai kelayakan dalam bidang matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada bentuk soalan logik.

Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)

Contoh Soalan Kemahiran Logik:

Sebanyak 12 keping kad berlabel seperti berikut dimasukkan ke dalam sebuah 
beg. Jika sekeping kad dicabut keluar secara rawak, apakah kebarangkalian untuk 
mendapat kad bertanda A?
S A T U M A L A Y S I A
A. 5/12 
B. 2/6 
C. 1/4
D. 1/3 
Jawapan: D
Teknik menjawab
Jumlah semua kad = 12 keping
Jumlah kad bertanda A = 4 keping
Kebarangkalian kad bertanda A dicabut = 4/12
= 1/3

Contoh Soalan Kebolehan Menginterpretasi Data:

1. Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada 
cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara 
rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.
Bilangan Pengunjung Lelaki Perempuan
Dewasa 52 68
Kanak-Kanak 104 136
A. 1/3
B. 2/3
C. 1/4
D. 2/4
Jawapan: B
Teknik Menjawab:
Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 
= 360 orang
Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136
= 240 orang
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 
= 2/3

Contoh Soalan Konsep-konsep Matematik:

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika 
perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu 
sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam
pertandingan tersebut? 
A. 28 
B. 49 
C. 56 
D. 62 
Jawapan: A 
Teknik menjawab:
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu 
antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 
7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8x7) permainan. Tetapi setiap pasukan 
bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan 
pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah
8x7 = 28

SEKSYEN C – ESEI BAHASA INGGERIS

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Masa : 1 Jam
Soalan : 3 Soalan Pilih 1 (esei)
Panduan Menjawab Soalan

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini. 
Soalan Objektif 
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B) 

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini 
adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga 
meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa 
soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana 
berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau 
bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam 
bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab 
dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalansoalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan 
tersebut. 

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan 
calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul 
tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang 
dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan 
meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan 
berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang 
tepat.

(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses 
menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. 
Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana 
komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, 
jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang 
yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan. 

PENAKSIRAN PERSONALITI:-

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, integriti, disiplin dan kejujuran.
Masa : 30 minit
Soalan : 94 (aneka pilihan)

Penutup

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, 
calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temu duga. Hal ini bermakna peluang untuk 
dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Teknologi MaklumatGred F41 adalah lebih baik. 
“Selamat Maju Jaya” 
Bahagian Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Selamat Maju Jaya kepada mereka-mereka yang menduduki peperiksaan "Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41" 15 April 2016 nanti. 



8 Comments

  1. good luck kepada yang akan ambil peperiksaan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ramai calon yang berjaya pada kali ini. Dapat kerja jadi pegawai Teknologi Maklumat memang seronok.

      Delete
  2. penah try exam penguasa kastam...fail...wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba untuk Pegawai IT F41 pula jika terpilih Aishah.

      Delete
  3. Anonymous30.7.13

    gd sharing ni dear !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama akak. Boleh bantu calon-calon yang nak menduduki exam pada kali ni pun ok.

      Delete
  4. inteview je mesti hana lemah.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa, biasalah tu. Semua orang takut nak pergi interview. Tapi jika buat persedian insyallah yakin sikit jadinya. Untuk peperiksaan pegawai teknologi maklumat ni harap ramai yang berjaya. Persaingan sengit juga. Jika buat persediaan insyallah boleh jawap dengan baik harapnya.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.