Ahli Syurga Dan Ahli Neraka

Assalamualaikum..
Saya nak berkongsi sedikit kisah hari ni.. Semoga ianya menjadi pedoman untuk kita semua.

Ada ketikanya kita tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapakah diri ini sering ditimpa kesusahan dan sentiasa diuji..

Bergembiralah wahai teman, kerana Syurga itu memang tersedia untuk mereka yang susah dan berjaya melepasi setiap ujian yang diberi.



Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin.

Aku juga melihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni Neraka, di mana mereka diarahkan terus pergi ke Neraka.

Ketika aku berdiri di hadapan pintu Neraka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita.


Diriwayatkan daripada Harithah bin Wahab r.a katanya: Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:

Inginkah kamu aku beritahu tentang ahli Syurga?

Para Sahabat menjawab: Ya!

Rasulullah s.a.w bersabda: Mereka semua adalah orang yang lemah dan merendah diri, seandainya mereka bersumpah kerana Allah nescaya Allah akan memperkenankannya.

Kemudian baginda bersabda lagi: Inginkah kamu aku beritahu tentang ahli Neraka?

Mereka menjawab: Ya!

Baginda bersabda: Mereka semua adalah orang yang selalu diagung-agungkan dan bermegah-megah serta sombong.

WALLAHUALAM

10 Comments

  1. semoga kita tergolong dikalangan ahli syurga..

    ReplyDelete
  2. sha nak mohon pinjam beberapa ayat dari entry ni nanti utk entry sha besok. Boleh tak?

    ReplyDelete
  3. jangan la kita sombong kat bumi Allah ni :)

    ReplyDelete
  4. sama2 elakkan bermegah n sombong xkena tempat...

    ReplyDelete
  5. Allah...
    Kalau boleh semua kita mahu menjadi ahli syurga kan. Tak payahlah sombong-bermegah - rugi sendiri kan.

    ReplyDelete
  6. takde maknanya kita sombong n bermegah..semuanya pinjaman. moga kita semua menjadi penghuni syurga..

    ReplyDelete
  7. betol tu, semoga kita semua dilindungi dari wujud perasaan sombong dan bermegah2 tu..allah melihat segala apa yg kita lakukan..

    ReplyDelete
  8. btl tu, nak sombong kat mana , semuanya milik Allah kita hanya pemegang amanah jer..

    ReplyDelete
  9. btul tu..na taw na xlayak utk kesyurga tp na takot utk keneraka

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.